Dia seorang abang
Bukan sekadar abang
Malah abang kandung
Lahir dari satu perut seorang ibu
Tetapi
Aku malah lupa aku punya dia
Kerana aku tidak mengganggap dia wujud
Kerana aku malah sangat benci dia
Aku masih ingat
Aku pernah tenung dia dalam dalam dan menjerit
“Kau bukan abang aku.”
“Kau pergi masuk neraka!”
“Kau bukan abang aku.”
“Kau pergi mampus!”
“Pergi!”
Ya
Kini
Baru aku sedar
Dia memang sudah pergi
Memang sudah tiada
Kerana doa aku yang meminta dia pergi
Dia pergi untuk membuat aku gembira
Tetapi
Aku tidak sedar
Bila dia tiada
Hidup aku malah kosong
Aku jadi rasa bersalah dan takut
Bersalah kerana dia sebenarnya baik
Dia seorang abang yang sangat baik
Takut kerana kematian itu bukan hanya menimpa dia malah akan menimpa aku
Abang itu sudah pergi
Tetapi aku tidak gembira
Dia pergi membawa kenangan pahit
Tetapi meninggalkan satu rasa kesal yang mendalam
Rasa kesal yang tidak akan pudar sampai bila-bila
Setidak-tidaknya
Sehingga aku pula dijemput menghadap Tuhan Yang Maha Esa
Dan bertemu abang itu.
adik sayang abang cik sangat-sangat.
Muhammad Rafiuddin bin A Rahman
18/03/1990 - 23/09/2009
No comments:
Post a Comment