Air mata langit turun lagi
Dengan pekikan maha kuat dari atas sana
Payung pun tak mampu menyeka air mata itu
Apatah lagi yang tak punya apa apa
Namun takdirku baik
Aku di dalam kotak berpintu bertingkap
Merenung ke luar dengan rasa gerun
Kerana bunyi pekikan itu tidak membuat aku seronok
Bukan aku sahaja
Malah menakutkan setiap makhluk Tuhan yang mengharapkan kasih sayang-Mu
Pada waktu itu
Tuhan
Jangan kau turunkan bala itu kepada kami
Kerana salah dua tiga makhluk yang menjadi sebab kemarahan-Mu
Kerana
Kami yang lain di sini
Masih bersujud, tunduk serendah rendahnya kepada keagungan-Mu
Dan masih percayakan kasih sayang suci Mu
Wahai Tuhan
Jauhkan kami dari bala dunia yang merungkai segala kasih sayang kami kepada makhluk lain
Kerana kami risaukan mereka
Dan kami perlu amat mereka
Selamatkan mereka di luar
Yang berjalan jalan di atas muka bumi bulat Mu
Sebagaimana Engkau selamatkan kami di dalam kotak ini
Dan selamatkan juga semua makhluk Engkau yang tunduk dan patuh kepada Mu
Tuhan
Kami mohon
Walaupun air mata langit itu tumpah kerana marah-Mu
Tapi aku mohon
Biarlah untuk kami
Air mata itu turun
Kerana rahmat
Bukan laknat
Kami mohon Ya Allah.
No comments:
Post a Comment