Yang atas
membakar
Yang bawah
memancar
Buatkan
dunia jadi Padang Mahsyar
Ngauman
alam berbunyi kasar
Kerana
makhluk durjana yang membuat onar.
Mereka
marahkan Tuhan
Air mata
langit ditahan tahan
Hamparan
luas tidak lagi menjadi dahan
Syaitan
Azazil bersorak keriangan.
Tuding jari
salah belaka
Yang tahu
hanyalah marah dan murka
Tangan
sendiri membuat celaka
Hasil seni
kotor dipandang suka.
Dunia
dihentam ancaman
Neraka
Jahannam dilontar geram
Mendung dan
hujan tidak lagi jadi pujian
Hanya
makian gambarkan takdir Tuhan
Makin murka
makin hebat dugaan.
Tuhan juga
sedang murka
Diberi
pinjam tidak dijaga
Cukup masa
diberi bala
Biar sedar
si penghuni dunia
Murka Dia
angkara siapa
Bala Dia
juga angkara siapa.
Bila si
bulat dipenggal
Tiada lagi
makian yang tinggal
Hanya ada
Dia yang tunggal
Mengawal
cakerawala dan isinya yang dangkal.
No comments:
Post a Comment