Wednesday, January 25

Tuesday, January 24

a gift.

      Aku terpanggil untuk juga memberi pendapat tentang apa yang dipanggil baucar Satu Malaysia?.fahamkah? ke tak pernah dengar? eh noob gila kau tak pernah dengar. ohh lupa kau belajar kat oversea. patut tak pernah dengar. kau mesti tak tahu jugak kan yang sekarang tengah heboh pasal baucar tu dijual merata rata oleh orang yang tak berapa ada otak. aku tahulah kalau kau pembangkang sekalipun, benci Dato Najib tu nak mampos sekalipun tak perlulah kau nak buat macam macam dengan baucar kau tu. jual merata, promote sana sini, or whatever benda buruk yang kau nak buat. sebab apa pun yang datang dari kerajaan, itu datangnya dari duit mak bapak adik beradik pakcik makcik tok nenek dan jugak saudara mara kita yang membayar pelbagai jenis cukai sebagai rakyat Malaysia. paham? jadi bila itu duit mak bapak kita kita jugak, tolonglah guna. guna dengan cara yang betul lah. yang betul. rasanya tak payah kot beli rokok dengan duit tu. memang tak boleh pun kan kehkeh. I mean, beli buku ilmiah lah, novel pun boleh, asal dapat ilmu dari buku tu sudah. siapa pulak cakap dalam novel ada ilmu bercinta je? haa inilah masalahnya kalau otak sempit dan dangkal. haishh. entah kenapalah ramai sangat orang nak tukarkan baucar tu dengan duit. kononnya buku dah beli. or kononnnya pakai buku yang lama, yang senior punya or nak photostat. dah apa pun, itu bukan masalahnya. masalahnya timbul bila kau tukarkan dengan duit then beli benda benda yang langsung tak nampak faedahnya depan mata, habuk je ada melayang layang. itu masalah. tak perlulah tak nak hargai pemberian sampai macam itu sekali kan. bersyukur itu perlu walaupun kita tak suka dengan apa yang kita dapat. itu kesimpulannya untuk hari ini.

Sunday, January 8

sadness.

just now I had a dream. A nightmare actually. It's hurt just to think about that. About what? I don't remember it now. I don't. But it's hurting me. Deep inside.

It's 6.11 p.m. And I'm crying. with no reason. maybe, and I need my family right now. Right now. Maybe my brotha. abang idan, abang cik and abang jih. please. I want them. I want mama, abah, kak ida, kak jie, and adik. that little boy. and all the little kids. I want them right now.

Monday, January 2

malang.

Teruna dan dara menyulam kasih
Setelah sebulan berkenal masih
Akhirnya janji mematri kasih
Datang keluarga menjunjung sirih
Meminang si dara bermuka bersih
Cantik menawan memikat rasa kasih
Semua saudara mertua dan juga kekasih
Akhirnya ke jinjang pelamin jalan dipilih.

Hari itu mereka gembira
Berbalas renungan mata ke mata
Muka berseri seri bak bulan purnama
Bagai cincin dengan permata
Bagai pinang dibelah dua.

Malam itu bermulalah segala
Di bilik itu terbongkar segala
Si teruna merah muka
Bagai raja murka sahaja
Tiada dara dia bising merata
Kain putih diberi tiada apa
Keluar dari bilik diterkam mertua
Dikatakan tupai sudah menebuk kelapa.

Tetapi yang orang tidak tahu
Rupanya teruna dia juga entah ke mana
Terpinga pinga ibunya buat tak tahu apa
Bagai anak dia tak salah apa
Mahu kata apa anak dia juga sama
Dua dua sudah  terkena
Berbuat dosa dari mula
Tapi yang dicaci maki si dara belia
Menangis juga sudah tak guna
Diceraikan setelah malam pertama
Itulah nasib menjadi si dara
yang sudah hilang daranya.


rasa macam dah publish, kenapa ada di draft pula. haihh.


malam yang manis.

(buat A. Rahman dan Rohmah)

Kata bersahut salam bersambut
Hujan gerimis turun berderai
Berarak sebuah utusan
Bersama tepak sirih dari Landak Paya
ke Kampung Rambong merestu harap.

Di tikar sila anyaman berbunga
Bersila teruna penuh budi
Dara di langsir berkulum senyum
Tanda hajat manis menjelma.

Malam ini 12 Rabiuawwal
Bersahut nama huruf senada
Nama ayah dan mentua seiring kata
Terkabul ijab keredhaan ternanti
Terdakaplah sepasang hati.

Aku yang turut mengiringi
Terkenang sejarah dihayati
Cintanya berbunga di musim cuti
Hingga aku jadikan sebuah puisi.

Rahman dan Rohmah
Dua insan sudah berkeluarga
Teramanah sudah harapan impian
Mekar harum setaman
Gunung damai usah diruntuhi
Jurang perbezaan jangan digali
Hati gajah sama dilapah
Cecahlah jua si hati nyamuk
Jika senyum manis berbunga
Berbalah tangis jangan dihina
Kerana kita tak pernah ada semua sempurna.

ikhlas oleh: SHAARI A. B.