Monday, January 2

malang.

Teruna dan dara menyulam kasih
Setelah sebulan berkenal masih
Akhirnya janji mematri kasih
Datang keluarga menjunjung sirih
Meminang si dara bermuka bersih
Cantik menawan memikat rasa kasih
Semua saudara mertua dan juga kekasih
Akhirnya ke jinjang pelamin jalan dipilih.

Hari itu mereka gembira
Berbalas renungan mata ke mata
Muka berseri seri bak bulan purnama
Bagai cincin dengan permata
Bagai pinang dibelah dua.

Malam itu bermulalah segala
Di bilik itu terbongkar segala
Si teruna merah muka
Bagai raja murka sahaja
Tiada dara dia bising merata
Kain putih diberi tiada apa
Keluar dari bilik diterkam mertua
Dikatakan tupai sudah menebuk kelapa.

Tetapi yang orang tidak tahu
Rupanya teruna dia juga entah ke mana
Terpinga pinga ibunya buat tak tahu apa
Bagai anak dia tak salah apa
Mahu kata apa anak dia juga sama
Dua dua sudah  terkena
Berbuat dosa dari mula
Tapi yang dicaci maki si dara belia
Menangis juga sudah tak guna
Diceraikan setelah malam pertama
Itulah nasib menjadi si dara
yang sudah hilang daranya.


rasa macam dah publish, kenapa ada di draft pula. haihh.


No comments:

Post a Comment