Friday, July 26

Kini.

For some reasons, I have to be strong. It is not because I'm bored enough to be weak, but it is a matter of time. For how long will you attach to your past and haunted by them? Think.

Rasanya, boleh mula pandang ke depan. Sekarang, itu yang sedang aku buat. Berjalan, berlari, merangkak sekejap, dan jatuh. Menangis untuk beberapa ketika dan bangun balik. Ah, itu biasa.

Mungkin sakit itu masih ada, mungkin luka itu masih dalam, mungkin juga rasa sedih hiba itu masih punya, tapi apa sajalah. Tuhan ada. Dia mampu sembuhkannya.

Dan sekarang, selepas hampir dua tahun, nah. Inilah dia.

Positifnya aku, selalu doakan dia yang sudah jauh dari mata dan hati. Bukan saja untuk dia, malah yang dekat, yang jauh dan yg punya hati dia kini pun kena tempias sama. Tak apa, percaya yang sekali kebaikan dihulurkan buat dia, sepuluh pula akan Tuhan balikkan pada yang berdoa. Itu janji Tuhan. Tak apa, percaya yang tuhan itu maha menyembuh, maha menenangkan dan semuanya yang aku pinta dari Dia.

Sudah cukup sabar, dan masih sabar.
Sudah makin sembuh, dan masih usaha untuk sembuhkan lagi.
Daripada merangkak, sudah boleh berjalan kini.
Ini semua soal masa.
Sampai bila kita nak jatuh, merengek mengeluh sakit dan tak mahu bangun. Sampai bila? Bukannya tak ada orang hulurkan ubat, bukannya tak ada yang mahu bantu bangunkan dari lebih melarat, bukannya tak ada yang mahu hulurkan tongkat, dan bukannya Tuhan itu tidak ada untuk sembuhkan rasa sakit yang maha hebat. Ah, semalang malang aku, lihat sekeliling saja dua saat, kau akan tahu dugaan orang lain lagi hebat. Masih tak mahu bersyukur?

Tuhan, aku sudah nampak hikmahnya.

No comments:

Post a Comment