Kawan.
Itu antara
jenis- jenis hati yang sangat susah aku jaga. Bukan kerana dangkalnya aku, tapi
hanya kerana lainnya setiap satu.
Setiap
satunya lain. Amat. Aku lebihkan ini, kurangnya di sana. Aku hampir ke sana, di
sini rasa sakitnya.
Entah.
Mungkin aku salah, mungkin aku yang tak tahu arah, mungkin aku yang silap
langkah. Tapi, sebetulnya, aku mahu cuba samakan adilnya dalam setiap kasih
sayang yang aku curah.
Tapi
sungguh, cubalah macam mana pun, ada yang tak kena. Ada yang tak sama, ada yang
terasa, ada yang tak suka, dan ada yang merana dan rasa dihina. Sungguh, aku
tak sengaja.
Maafkanlah
aku, kerana semakin rapat kita, semakin berkali-kalinya kau akan rasa sakitnya.
Sebab itu orang kata, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’
Aku sudah rasa binasanya.
Hanya
kerana aku. Aku.
Buat yang
rapat, aku minta ampun. Buat yang jauh dan dekat, aku mohon ampun. Buat yang
setakat kenal dan bertegur sapa sekali dua kali sekala dua kala, juga aku
pohonkan maafnya.
Kerana,
dalam aku menjaga, masih juga aku terlupa yang sebenarnya, hati kita tak sama.
Maaf buat
yang rapat,
Khairani,
Ainmah, Sapik, Alip, Ila, Farah Ahyani, Nissa, Aishah, Acu, Muni, Qisthina, Mus, Adda
dan ramai lagi yang tidak mampu aku tuliskan semua namanya.
Buat Razan,
minta maaf juga.
Aku, Raihan
Nabilah binti Ab Rahman mohon maaf sesungguh-sungguhnya.
No comments:
Post a Comment