Saturday, December 3

dengar aku cakap.

boleh aku bercakap pasal cinta? aku layakkah?

rasanya aku layak sebab aku punya pengalaman. sedikit pengalaman. untuk aku ceritakan betapa tidak matangnya orang yang lebih mementingkan cinta yang tidak penting ini. ya, tahu kan perkataan priority? maknanya kau pentingkan apa yang patut dipentingkan dan letak di tepi dahulu apa yang tidak penting. aku tahu kau marahkan aku dengan cerita tak berguna aku ini, tapi aku mahu bercakap dari pengalaman, sebab pengalaman itu yang mematangkan aku. kau pun sama kan?

aku tahu kau marah lagi sebab kau terlalu cintakan dia, ya, aku pun pernah melalui pengalaman itu, pernah, dan aku seronok hidup dalam dunia kancah hiburan yang tiada berpenghujung sehingga kiamat. maafkan aku kalau aku kata kita sama-sama bodoh. sangat bodoh. kita sama-sama rasa yang cinta dia itu boleh bawa ke syurga. tapi aku sudah sedar. mahukah kau sedar bersama aku? mahukah kau kita sama-sama cari cinta yang lebih sempurna selepas ini?

ya, aku tahu kau marahkan aku lagi, tapi biar aku ceritakan yang dulu aku pernah merasakan lelaki itu lelaki terbaik yang layak dijadikan suami, pilihan hati, pembimbing diri dan keluarga kami, pelindung sejati dan penyejuk hati, tetapi bukan. aku malah salah sama sekali. salah. sebenarnya kau tidak boleh katakan dia sempurna kalau kau hanya kenal dia dua tiga tahun, kau pernah dengarkah yang bercinta 23 tahun pun boleh berputus kasih, bercerai malah bergaduh bagai? kau pernah dengar kan? sebab itu aku katakan, aku sudah sedar, sebab pengalaman itu sudah meninggalkan aku satu beban batu yang aku kira sangat sulit untuk aku lupakan, jauh lagi aku mampu hilangkan terus dari dalam titik-tik ingatan minda berakal bejat yang aku punya. sumpah aku tidak boleh. kalau kau jadi sepeti aku, pasti kau akan sesal amat. jadi, mari aku jelaskan kepada kau apa sebenarnya yang kau perlu lakukan.

kawan, aku mahu kau jadi sedikit mahal. kau punya dia, dan dia juga punya kau, tetapi jadi sedikit mahal. kau faham maksud aku kan? kau tak kenal dia. kau cakap kau kenal dia tapi sebenarnya kau belum cukup kenal. dari caranya sahaja, aku sudah tahu dia budak kurang tamadun diri, kurang sifat, dan kurang ajar. kau tahu kan dia bagaimana, jadi mengapa tanyakan aku apa pandangan aku tentang dia. aku beri pandangan, tapi kau tak mahu terima. salah akukah?

aku mohon pada kau, percayalah, kau akan rasa nikmatnya cinta itu bila kau ada dia, dia punya kau tapi sama-sama menjaga diri masing-masing. biar dia lindungi kau. bukan dia rosakkan kau. kau faham kan maksud aku? jangan marahkan aku kerana aku bercakap dari pengalaman. bukan aku cakapkan yang aku ada pengalaman menjadi gadis murah tetapi pengalaman pahit mencari cinta itu buatkan aku takut untuk masuk dalam lorong ke neraka cinta itu lagi. aku mahu tolong kau dan kau juga mesti tolong aku. aku keluarkan kau dari lorong itu dan kau pula jangan biarkan aku masuk sekali lagi dalam lorong hitam, hina dan penuh kejahatan itu. bolehkah kau tolong aku?

nota cinta buat seorang abang

ya.nota itu bukan nota biasa tapi nota cinta. nota itu khas buat seorang abang yang saya sangat sangat rindu. namanya muhammad rafiuddin bin a rahman. saya panggil abg cik. sangat sangat rindu. ya, ketika dia masih hidup,kami tak pernah bercakap. selalu bergaduh teruk, tak tahu kenapa. memang sejak kecil kami macam tu. sampaikan mama pernah cakap,"datang dari satu perut mama tapi bergaduh macam apa. nanti mama nak rebus air penyepit tali pusat tu n bagi kamu minum.".tak tahu pun apa kena mengena bergaduh ngan air rebusan tu.

masa tu tak rasa apa apa. rasa abg cik tak sayang adik langsung. teringin nak kita cakap macam adik beradik lain. abg cik. adik rindu abg cik sangat sangat. masa tu ingat lagi, bilik kita sebelah sebelah n ada ruang kat atas. kita main baling baling air, sampah n macam macam. kita tak bercakap. tapi kita bergaduh. hari yang lain, abg cik tendang gigi adik n adik tumbuk hidung abg cik sampai darah. masa tu, adik cakap kat abg cik, "hang bukan abg aku!". hari yang lain, masa kita tadika, adik ajak abg cik pegi toilet, tapi abg cik takmau, so adik kencing dalam seluar. hari yang lain, masa kita dah masuk sekolah rendah, abang cik lepak ngan kawan kawan abg cik, kawan abg cik nama akmal kata adik hodoh. abg cik tak bela langsung adik pown. adik sedih. adik marah abg cik sangat sangat. adik marah. kita tak bercakap sampailah kita besar. masa sekolah menengah, abg cik masuk ikbn kat bukit mertajam, adik pown masuk sekolah menengah sains kat bukit mertajam, still kita tak bercakap. adik teringin nak sembang ngan abg cik. tapi tak tahu apa masalahnya. tak tahu. semua kenangan tu, tu jelah yang adik mampu ingat. eh ada lagi, adik ingat abang cik pernah belikan nasi goreng yang pedas kat adik, n pernah belikan topup kat adik. adik ingat yang tu. tapi kita still macam orang asing.adik stilll bencikan abg cik sangat sangat.

satu hari, adik tido lewat sebab bercakap kat fon ngan kawan. pukul 4 pagi lebih, mama bising bising kat luar sambil menangis. mama cakap kat adik, abg cik accident teruk. tapi masa tu adik tak rasa apa apa. mama p hospital ngan abah n abg jih. adik kat rumah ngan kak shah. adik still tak rasa apa apa. adik sambung cakap ngan kawan. tak lama lepas tu, kak shah masuk bilik adik, peluk adik n cakap abg cik dah tak ada. masa tu, adik tak tau nak cakap apa. adik menangis abg cik. adik menangis. adik baru sedar, adik sayangkan abg cik sangat sangat. sayang sangat sangat. ya, adik tak tipu. tak. kul 8 lebih mama balik, abg cik pown balik. adik rindu nak tgk abg cik. adik buka kain tu n tgk abg cik lama lama. adik rindu abg cik. rindu sangat.

abg cik, ingat tak masa raya, adik kena paksa salam ngan abg cik, adik takmau tapi mama paksa, adik salam tapi abg cik tak cakap apa apa, abg cik pandang ja adik lama lama, adik tak paham lagi masa tu. sekarang adik paham kenapa abg cik pandang adik lama. adik tau abg cik pown sayang adik kan. 4 syawal, adik takkan lupa tarikh tu. adik suka ada abang banyak banyak. adik suka. adik sayang abg cik.masa abg cik dah nak dipakaikan kain kapan, mama panggil adik tgk abg cik. adik tgk n adik menangis sambil peluk abg idan. ya, adik baru sedar adik sayang abg cik. masa adik ikut abg cik pegi kubur, adik baru sedar dah tak ada orang nak gaduh ngan adik lepas ni. adik baru sedar. abg cik, kalau lah abang cik boleh balik, adik janji kita takkan gaduh dah.takkan.

abg cik, jangan risau, kat syurga nanti, kita akan jadi adik beradik yang paling baik. adik tak pernah lupa doa yang tu. adik janji. adik sayang abg cik. jangan risau, nota cinta tu, adik tak pernah lupa bacakan untuk abg cik. tak pernah lupa n tak akan lupa. abang cik, selamat hari lahir. walaupun sedikit lewat, adik tak lupa kan? :) adik sayang abang cik sangat sangat. sangat sangat. nota cinta tu adik bacakan bila adik rindukan abg cik.

rindu.


tadi mama berkata,

"buat apa memuja setelah dia tinggalkan kita?"

"kau lari dari rumah bawa gambar dia sekali?"

"kenapa tidak sayangkan dia ketika dia masih hidup?"

mama tidak tahu kenapa takdir aku begitu, aku juga tidak tahu

bukan aku sengaja,

mama, jangan menuduh begitu

aku ingin punya dia kembali

tetapi takdir menentukan begini

yang aku mampu lakukan hanya menitipkan sekalung doa buat dia di sana

menyesal juga tak guna

menangis meratap juga sia sia saja

kadang kadang aku bertanya,"abg cik, ingat adik lagikah?""tak rindu adikkah?"

dia tidak menjawab.

aku hargainya jika dia masih mengingati aku

kerana aku tak pernah lupakan dia

sekelumit benci langsung tidak ada

hanya rindu bertimpa timpa

doa yang aku titipkan

"abg cik, kau mahu dengarkah?"

"aku minta pada Allah, agar dia ketemukan kita di dalam syurga."

"abg cik, gembirakah kau mendengar itu?"

"aku juga berjanji pada Dia, waktu itu nanti, kita akan menjadi adik dan abang yang paling akrab, sehingga tidak ada yang mampu menandingi kita."

"abg cik, diam diam di sana sehingga aku datang menemani kamu."

tunggu adik ya.

Rindu yang teramat sangat,

adik nabilah.


muhammad rafiuddin bin a rahman
18/03/1990 - 23/09/2009









cinta Dia

aku jumpa cinta
cinta untuk dia
tapi aku mula sedar
cinta untuk Dia lebih bermakna

dulu aku cinta dia
tapi bila dia dia tinggal
aku rasa tak sempurna

sekarang aku mula cintakan Dia
kadang kadang ada aku tinggal Dia
untuk urusan dunia
tapi aku sedar
Dia tak pernah tinggalkan aku
walau sesaat tidak
jadi aku mula fikir
lebih baik aku tinggal dia untuk Dia
kerana Dia lebih bermakna dari dia.

Friday, November 18

berhenti berharap

sejak dulu
aku tak benci dia
kerana dia kumbang sempurna
kalau tinggal apa salahnya
kerana aku tak layak untuknya.

walaupun begitu
aku masih mahu tunggu
walaupun nampak macam tak malu
tapi aku hanya tunggu bukan ganggu.

tapi hari ini
aku berhenti menanti
kerana mula rasa patah hati
buat apa tunggu kalau aku bukan di hati.

aku hantar pesanan untuk dia
beritahu aku sudah tak daya
walaupun aku usaha sedaya upaya
makin aku tunggu makin aku rasa dia tak suka.

hilang sudah bebanan hati
walaupun sakit tapi tak mati
hilang juga gundah di hati
sakit tidak aku tanggung lagi
kerana aku sudah sendiri
dan aku berhak mencari
tanpa rasa terikat lagi.

dia

semalam aku tunggu dia
dia muncul sekejap sapa aku
oh teruja tak terkata
rasa dunia aku yang punya

tapi hanya sekejap
lepas itu aku mengharap
rasa hati tidak terucap
aku tunggu sehingga terlelap.

aku bangun dengan rasa hampa
padahal dia tak rasa apa-apa
rasa itu hanya aku yang rasa
walaupun sebelah tangan aku tepuk
aku terima.


kerana dia

aku ingin intai dia
tapi hanya di alam maya
kerana takut dia merasa
aku gadis tak punya susila

ramah aku ramah berisi
hati dia ingin aku curi
dia kumbang sempurna sekali
kerana itu dia aku sukai

tapi
setelah fikir banyak kali
aku rasa aku tak berani
kumbang sempurna tak layak didampingi
mungkin suatu hari aku akan cuba lagi
setelah aku juga menjadi
gadis punya kesempurnaan sendiri
dan merasa
aku layak untuk mendekati
kumbang itu lagi.