I don't have much friends so this is mine. I talk to it but I do welcome you to read and comment.
Friday, February 17
damn you.
Mr. A, you are the culprit who are responsible to everything. And I hate you much. Too much. Damn you.
aku minta maaf.
alah. ini yang aku sedih ni bila aku sedang memerli orang lain tapi orang lain yang terasa. haihh. rasa macam aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. ya, aku mengaku aku terlalu banyak kawan, tapi aku perlukan dia kerana dia seorang sahabat. yang selalu ada bila aku perlu dia. yang tidak pernah lari bila aku cari dia. yang selalu muncul bila aku rindu nasihat dia. itu sahabat. dan oleh sebab aku tidak punya ramai sahabat, jadi aku perlukan dia. ohh mari aku cerita pasal dia.
err dia ini kawan yang aku kenal di alam maya. sudah lama kenal lah sebenarnya tapi mula berhubung di situ, err di situ. ohh seronok tahu. dia macam lain sikit dari biasanya yang berlainan spesis dari aku itu. mulanya aku takut bersahabat dengan dia, err sebab aku perempuan mengada. dia nampaknya tak suka spesis mengada. tapi lama lama, seronok tahu. ilmunya banyak, dan aku suka dengar hujahnya. err mengutuknya pun banyak, tapi aku suka kerana dia tak menipu. dia jujur beritahu. kadang kadang dia buat aku malu, fikirkan perangai aku yang sangat bodoh itu. err aku masih ingat, aku bercakap dengan dia malam itu. kata kata dia buat aku fikir, spesis perempuan termasuk aku ini bodoh tahu. lima puluh lapan minit itu buat aku terpaku. untuk jawab hujah dia aku tak mampu, kerana aku juga mengaku aku begitu. jadi, aku dengar saja dan aku tunggu.
err ini untuk kamu.
sejak dari hari itu, aku mula belajar kenal kamu. kamu sedikit seksis, err banyak sebenarnya tapi kamu cuma beritahu pendapat kamu. dan untuk pengetahuan kamu, aku akan angguk kepala untuk semua kata kata itu. kerana kamu bukan bercakap semata, kamu kaji dengan fakta. kamu bukan mengata, kamu bukan reka cerita.
kamu buat aku jadi perempuan yang sedikit berhati batu. sungguh kamu banyak membantu. biarpun kamu tak perasan itu, tapi sungguh. aku lihat sendiri sisi lain diri aku sejak aku kenal kamu tahu. kamu juga selalu tegur aku, marah aku, nasihat aku. walaupun kata kata kamu, amboi menakutkan tahu. tapi setelah lama kenal, aku sudah kenal benar perangai kamu. kamu tak mahu aku jadi spesis perempuan itu. sungguh, aku beruntung punya sahabat seperti kamu. sungguh. terima kasih ya.
aku tak mahu hilang sahabat seperti kamu. yang bangunkan aku dari mimpi buruk itu. yang keluarkan aku dari kepompong ketakutan itu. yang tarik aku dari gaung perasaan gundah itu. yang hilangkan resah aku dengan kata kata keras kamu. yang kuatkan aku dengan nasihat demi nasihat yang kamu beri itu. yang puji aku bila semua orang caci aku. sungguh, aku masih perlu sahabat seperti kamu. bukan masih perlu, aku malah akan perlu kamu selama mana hidup aku masih berjalan. aku masih perlu bantuan kamu selama mana helaan nafas aku masih ada. sungguh aku perlu kamu, sahabat.
tapi sekarang, semuanya sudah lain. kamu macam benci aku. kamu macam jauh dari aku. aku mahu cerita ini itu tapi aku takut kamu. aku sebenarnya masih perlu kata kata keras kamu, nasihat dan teguran kamu. aku sangat rindu semua itu. dan kamu. terima kasih dan, aku minta maaf dari hati kecil aku. sungguh, itu bukan untuk kamu. kerana, kamu antara sahabat terbaik aku. dan itu, aku tak menipu.
aku akan pergi sana. tapi sebelum itu, aku mahu bercakap dengan kamu. kerana ada sesuatu yang aku perlu dari kamu. doa kamu.
terima kasih, aku sudah tak takut gelap, kerana kamu. err boleh tolong tukar link belog aku? :)
p/s: ini semua salah Mr.A. aku mengutuk hang, kawan baik aku yang terasa, lempang jugak hang ni kang. haishhh. -.-
pergi belajar elok elok. aku sudah tak mahu ganggu kamu. jaga diri dear. :)
sentap dan sexist.
Sentap. Aku tak tahulah word tu datang dari mana, kejadah aku nak cari dalam kamus kan, even aku suka baca kamus, tapi bukanlah tujuan aku hidup atas muka bumi fana ni nak mencari maksud word itu saja. Tapi itu yang aku nak huraikan sekarang. Bahasa mudahnya, terasa hati. Itu peribahasa, sayang. Terasa hati. Sentap lah. Aku tak tahu sebenarnya nak describe word sentap ni, but word tu banyak jugak masuk dalam hidup aku yang bosan ni. Haihh.
Tak ada apa sebenarnya. Cuma nak bercerita tentang seorang kawan. Kawan saja, bukan sahabat. Ceritanya, dia memang sexist. Sexistnya sampai aku rasa tak seksi langsung. Malah aku nampak bangang betul dia tu. Kejadah nak kutuk perempuan sampai macam tu. Menyampah pulak aku. Bukanlah aku bela sangat kaum aku, err banyak juga perempuan bodoh bangang bebai dan yang sewaktu dengannya, aku pun sama bodohnya kadang kadang, but ayat kau tu, buat seluruh dunia macam nak tengok kau seorang sajalah makhluk hakiki paling comel sempurna perfect tak ada salah silap langsung kan. Kepala hotak lutut kau. Itu bangang tahu. Terima kekurangan dan kelebihan orang itu satu seni tahu. Seni hubungan sosial sesama manusia. Okay ini aku merapu. Tapi yang aku tahu, kau pun kadang kadang bangangnya sama je dengan perempuan perempuan bangang tu.
Haihh, kalau perempuan asyik sentap, dikatanya manja, perempuan makluk bangang tak reti lain menangis je kerja, eh kepala hotak kau. Habis air mata yang ada bukan untuk lap cermin kereta, isi dalam akuarium, kejadah, biarlah dia air mata dia bukan air mata kau. Ohh aku faham betina perempuan perempuan tu cari kau kan bila ada problem. Dah apahal. Kau tak perlu nak buat baik pujuk pujuk diorang dengan ayat manis bergula bergaram kau, then kutuk belakang, ehh memang ayam kau ney. Dah tak suka kau cakap je kat betina betina tu. Biar dorang tahu kau tak suka perempuan menangis. Dorang pun tak payah nak mengadu kat kau. Menyampah. Sepatutnya kau kena lempang mak adik perempuan kau menangis. Dan bila bini kau menangis sakit nak beranak nanti, kau sumbat mulut dia dengan kain dan blah. Itu baru lelaki macam kau. Itu pun kalau ada orang nak buat kau jadi laki. Okay itu jahat.
Sexist itu tak perlu, semua orang, lelaki perempuan, tengah tengah atau tak ada jantina itu punya perasaan, sama ada kau suka atau tak, semua orang ada perasaan. Bajet lelaki tak menangis. Bajet perempuan lemah sangat. Eh come on lah kawan, terima kekurangan semua orang dan terima kekurangan kau sendiri. Tak perlu nak menyampah dengan semua orang. Aku dah cakap, semua orang ada kekurangan dan kelebihan. Sebab itu wujudnya lelaki dan perempuan, saling melengkapi sesama sendiri, kalau kau tak suka teori tu, kau boleh pergi mati. Jangan sembunyi dalam dunia ni. Pergi.
p/s: eh tajuk pidato aku, sentap atau sexist ini? -.-
Thursday, February 16
h.a.p.p.y b.i.r.t.h.d.a.y.r.a.i.h.a.n.n.a.b.i.l.a.h.
The day comes. But I don't feel happy to welcome the day, as I don't have the intention to celebrate it this year, I don't know why. at 12, they started to wish me. Ain is the first person to wish me, followed by leman and abrar. He is such a sweet guy, calling me at 12 just to wish me and plus, listening to his voice, I said nothing but crying loudly, I think for more than five minutes. He know my story, so I guessed he know why I was crying, So without telling him, I stopped and started to laugh profusely. I'm a hypocrite person, right? :) never mind. He made jokes, sang the happy birthday song, and talked craps. haha. so happy last night. Abrar, thanks, hang kawan yang sangat baik. :)
Then I can't forget, razan texted , and the word mengada in every single text he sent, so naughty that boy. -.- saying that I will get married next year, so cruel. I love you monster! best friend ever! :D
Ohh muni called too! she sang the song, but ended the call after minutes, realising that I was talking to abrar at that time. Saja je nak buat gosip baru. -.- Hee. thanks also to my lil brotha, ila, kak ida, kak jie, nasrul, kakcik and kaklong. their texts and calls made my day, actually.
Too many people wished actually, via facebook and twitter. So I can't say much, but thank you so much for the wishes. It was like they were crossing their fingers at the particular moment, because they love me. And really, I'm too grateful for that, having such great families, teacher, seniors, juniors, nephews, nieces, cousins, friends, best friends, and strangers. but however, really, I admit, this year is the worst birthday ever. :|
Too many people wished actually, via facebook and twitter. So I can't say much, but thank you so much for the wishes. It was like they were crossing their fingers at the particular moment, because they love me. And really, I'm too grateful for that, having such great families, teacher, seniors, juniors, nephews, nieces, cousins, friends, best friends, and strangers. but however, really, I admit, this year is the worst birthday ever. :|
thank you so much to them. :')
Wednesday, February 15
untuk mama.
Penghargaan buat seorang mama.
Hari ini hari lahir seorang gadis. Tapi gadis itu tidak sedikit pun ingin orang dekati dia dan ucapkan selamat hari lahir. Tidak, dia tidak mahu itu. Dia cuma mahu ucapkan sesuatu kepada orang lain. Walaupun itu hari lahirnya, tetapi gadis itu merasa dia yang mahu ucapkan sesuatu. Untuk seorang ibu. Ibu yang dia panggil mama. Kerana ibu itu yang lahirkan gadis itu. Gadis itu sudah dua puluh tahun. Bermakna, sudah dua puluh tahun kesakitan itu berlalu, tetapi ibu itu pasti masih dapat merasakannya, kerana kelahiran gadis itu bukanlah kelahiran yang biasa dialami seperti ibu-ibu lain. Tidak sama, malah lebih menyakitkan dari semua ibu lain. Gadis itu sedar kelahirannya menyakitkan ibu itu.
Oleh sebab itu, dia menulis warkah ini. Buat seorang ibu yang dia panggil mama. Ibu itu lahirkan dia pada 16 Februari 1992 pada pukul 10.55 pagi, dengan berat lima kilogram, dan itu yang menyakitkan ibu itu. Sakit amat. Dan gadis itu tahu, ibu itu hampir tidak bernyawa kerana bertarung kerana gadis itu. Kuasa Allah, ibu dan gadis itu masih hidup melihat dunia. Dan kerana itu, gadis itu menulis warkah ini.
Gadis itu belum kuat untuk bercerita pada mama. Tentang semua yang dia rasa. Tentang semua penyesalannya. Tentang semua perasaan yang wujud kerana mama. Rasa sesal, bersalah, terharu sedih dan marah. Percayalah, gadis itu tak pernah ingin buat mama begitu, gadis itu hanya tidak tahu cara membuat mama gembira, tidak tahu caranya. Tapi sungguh, gadis ini bukanlah sengaja mahu menyakitkan hati mama, kerana terfikirkan kesakitan itu, gadis ini sungguh rasa malu kerana jadi anak yang jahat, tetapi mama, gadis itu sungguh tak sedar. Sungguh gadis itu tidak sedar. Ketika itu, dia cuma rasa yang tinggikan suara pada mama itu tak salah, dia rasa marah mama itu buat dia menyampah, dan nasihat mama itu sunggguh buat dia rasa semua itu sampah. Gadis itu jahat. Jahat amat. Ya, dia ingat, dia pernah tinggikan suara pada mama, dia pernah tengking mama, dia selalu bantah nasihat mama, dan dia buat air mata mama tumpah sentiasa.
Sungguh, gadis itu tak sedar. Dia sebenarnya lupa itu mama. Mama yang lahirkan dia. Mama yang suapkan dia dengan air susu , yang buat dia hidup selama sudah dua puluh tahun. Mama itu juga sikatkan rambut dia, yang berjaga tengah malam bila dia tidak selesa, dan mama itu yang tersenyum tidak sampai lima minit selepas menangis kerana dia. Mama itu simpan semua rasa gundah, biarkan rasa sedih di di dalam hati, kerana dia mahu buat hari hari anaknya jadi indah. Walaupun tak mudah, dia pasrah. Biarpun sakit, dia buat tak endah. Biar apa sekalipun, mama itu buat semuanya tanpa rasa susah.
Tapi hari ini, setelah umur gadis itu sudah bermula dengan angka dua, gadis itu sedar, itu bukanlah caranya menghargai pengorbanan seorang mama. Bukan. Gadis itu bukan gadis jahat. Dia sedar, yang mama adalah segala galanya. Mama itu sungguh nyawa dia. Yang selalu ada di sisi dia. Yang selalu berikan mutiara indah untuk dia simpan. Yang selalu usap kepala dia. Yang selalu ada dengan gadis itu dan buat gadis itu rasa aman. Yang lebih baik dari seorang teman. Sungguh dia takkan buat mama itu menangis lagi. Gadis itu janji.
Terima kasih sebab lahirkan gadis itu, mama.
mimpi.
renung pada bintang
ingin hati memetik satu
renung pada bulan
ingin hati memijak situ
renung wajah kamu
rasa rindu menggebu gebu
hasrat hati ingin bertemu
apakan daya engkau tak mahu
dan juga
bila aku renung masa depan aku
aku tahu
kamu tidak ada di situ
kerana
aku tahu
aku bukan untuk kamu.
ingin hati memetik satu
renung pada bulan
ingin hati memijak situ
renung wajah kamu
rasa rindu menggebu gebu
hasrat hati ingin bertemu
apakan daya engkau tak mahu
dan juga
bila aku renung masa depan aku
aku tahu
kamu tidak ada di situ
kerana
aku tahu
aku bukan untuk kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)