Tuesday, May 8

Entah.


“Sayang, dah berapa bulan ya?” bisik Fariz sambil mengusap lembut perut isterinya yang tidak berapa besar itu. Dielus elus rambut ikal mayang Zarina, sambil bibirnya perlahan mengucup pipi lembut isterinya itu.
“Uh, baru lagi. Baru dua bulan lebih. Kenapa? Abang rasa macam dah lama ya? “ Zarina pantas bangun, memandang suaminya sambil tersenyum.
“Ya, abang tak sabar sabar dah nak tengok anak kita ni.” bisik Fariz perlahan.

Mereka sudah lima tahun berkahwin. Bukan tak ada rezeki nak dapat anak sejak awal, bukan pula sebab tak mampu dari segi kewangan, saja merancang. Maklumlah darah tengah muda, mestilah nak berseronok dulu. Tak mahu terikat dengan tanggungjawab. Zarina pulak masih belajar di salah sebuah universiti pengajian tinggi. Mestilah tak ada masa nak buat anak. Walaupun Fariz bekerja, dan kerjanya jugak menghasilkan gaji yang agak lumayan, tapi kalau dah siang malam rumahnya di pejabat sahaja, malam pun balik rumah setakat untuk tidur saja, bila masanya nak bermesra suami isteri.

*******
                Zarina berjalan lambat lambat ke arah lobi hotel. Dia yang baru balik dari kelas malamnya menghampiri kereta Toyota Vios merahnya. Heh. Kelas malam kepala hotak. Laki aku memang bodoh rupanya, fikir Zarina. Kelas malam lah tu. Kelas aku belajar cara cara nak berseronok dengan lelaki lain. Memang kelas ni ada waktu malam je. Kehkeh, ketawa Zarina dalam hati, puas dapat mempermainkan suaminya.  Lagipun, siapa suruh kau tinggalkan aku seorang tiap tiap hari, fikirnya lagi.
*******

Fariz sedang tidur nyenyak tanpa baju. Letih setelah dua hari tidak boleh melelapkan mata. Kerjanya di tapak dan juga di pejabat memang mengundang keletihan yang amat sangat. Zarina sedang mandi di bilik mandi. Dari setengah jam yang lepas. Entah apa yang dibuatnya. Bunyi deringan lagu “Beautiful Monster’ dari telefon bimbit Satio Zarina merimaskan Fariz. Bingit betul bunyinya. Direntap kasar telefon bimbit tersebut dari atas meja tepi katil dan ditekannya dengan niat ingin menjawab panggilan tersebut. Belum sempat menekan apa apa, deringan lagu itu berhenti dan telefon bimbit tersebut terkunci sendiri. Hendak dibuka, locked. Perlu isi password pula. Terfikir juga dia, sejak bila pula Zarina pandai lock telefon ni? Aish, macam ada apa apa je ni. Malas memikirkan, Fariz tidur semula. Lima minit kemudian dengkuran mula berbunyi.
Lima belas minit kemudian, telefon bimbit Zarina berbunyi lagi. Kali ini lama. Fariz terjaga lagi. Lama memerhati telefon bimbit itu. Dia perhati pula pintu bilik air.  Bunyi air dari pancuran masih ada. Zarina masih di dalam. Fariz teringat peristiwa pada bulan lepas, bila dan di mana dia temui kebenaran tentang Zarina. Di Hotel Quality Shah Alam. Dan sekali lagi kebenaran terbongkar. Di sini. Di bilik tidurnya sendiri. Terima kasih Zarina, bisiknya perlahan. Senyum.
********
Sambil melihat wajah isterinya lama lama, dia tersenyum. Cantik jugak bini aku ni. Patutlah ramai yang nak. Sampai aku tak kenal yang mana. Ramai betul. Ditariknya perlahan kedua-dua tangan isterinya ke arah birai katil. Dia bangun dan berjalan perlahan ke arah laci meja solek. Krek. Dibuka laci itu dengan kunci hitam. Diambil dua pasang gari. Tutup laci dan kunci. Zarina masih lagi nyenyak tidur. Fariz naik ke atas katil besar bersaiz raja itu. Dia menggari perlahan tangan isterinya sambil tersenyum, masih tersenyum lebar dari tadi.
Kemudian, Fariz bergerak pula ke arah kaki isterinya. Diusap lembut betis putih melepak isterinya. Sampai ke paha. Tersenyum lagi dia. Ha ha ha. Bunyi ketawa perlahan kedengaran . Entah apa yang kelakarnya tidak tahu. Krik. Kedua-dua kaki pula digari.

Kali ini, Fariz bangun lagi menuju ke pintu. Turun tangga dan terus menuju ke dapur. Diambilnya satu benda berkilat dari dapur. Bergerak ke atas menaiki tangga dan masuk ke bilik semula. Fariz tiba-tiba rasa marah. Dia merenung tajam sekujur tubuh cantik di atas katil.

Pisau pemotong daging yang diambil dari dapur tadi dikeluarkan. Direnungnya tajam pisau itu. Tajamkah? Diletakkan pisau itu di atas lidahnya. Ditekan. Tak ada apa apa. Ditekan lebih kuat. Lidahnya terhiris sedikit, mengeluarkan darah merah pekat bercampur air liurnya. Fariz tak rasa apa apa. Mungkin kerana penangan ecstacy tadi yang ditelannya beberapa biji.
Setelah berpuas hati dengan ketajaman pisau itu, dihampirinya si bakal ibu yang sedang nyenyak tidur berbantalkan bantal herba yang buatkan si bakal ibu tidur lena amat. Direnungnya wajah itu lama. Sesekali, perut isterinya diusap lembut.

“Abang, sayang seronok. Bahagia sangat.”

“Kenapa?”

“Sebab sayang mampu berikan zuriat untuk abang. Anak abang.”

Pang! Bunyi sesuatu di luar mengejutkan Fariz, mematikan lamunan perbualan mereka tidak berapa lama dahulu.

Damn! Dammit! Tak guna kau Zarina!

Mata Fariz terbuntang. Direntapnya kasar gaun tidur merah longgar Zarina. Ditariknya ke atas, kasar. Fariz tak tunggu lagi. Ditekannya pisau pemotong daging ke atas perut besar Zarina. Dikiranya mahu mula dari atas ke bawah. Fariz tersenyum. Dia punya idea yang lebih bernas. Ditekannya pisau di bahagian tepi pinggang isterinya. Darah merah mula menuruni laju dari hirisan kulit yang putih melepak itu, menampakkan sedikit daging berwarna merah yang mula kelihatan. Fariz senyum. Kerja seninya diteruskan. Pisau itu digoyang goyangkan sedikit, membentuk hirisan yang berbentuk zigzag di sepanjang kulit perut Zarina, secara horizontal. Belum sampai hirisan ke hujung, Zarina mambuka mata. Raungannya memecah keheningan malam, disertai dengan rontaan yang maha kuat, kerana pedihnya hirisan pisau pemotong daging yang baru dibeli minggu lepas itu. 2. 43 pagi.


Fariz tersentak. Lupa pula dia nak kejutkan Zarina untuk lihat hasil seninya, fikirnya.  Tapi tak apa, isterinya dah bangun. Dia senyum lagi. Zarina meraung dengan lebih kuat sambil meronta. Berbuih-buih mulutnya sambil menjerit. Bunyi yang tidak tentu butir katanya. Yang dapat Fariz dengar hanyalah, ‘sakit’, ‘abang’ ‘anak kita’ dan entah apa lagi. Mungkin merayu dilepaskan. Dilihatnya tangan Zarina pun sudah merah. Kelaran yang terhasil akibat rontaan tangannya yang digari, menerbitkan darah merah pekat. Mengalir laju ke atas cadar bercorak abstrak putih merah. Putihnya cadar itu sudah tidak kelihatan. Zarina sudah kehabisan tenaga melihat Fariz mengorek belahan itu dengan kedua dua tangannya. Dia memandang sahaja dengan mata putihnya.

Fariz menarik perlahan sesuatu dari dalam belahan perut itu. Tangan kanannya merah dan berlendir. Hanyir baunya boleh membuatkan sesiapa sahaja muntah hijau. Tapi tidak Fariz. Dia malah gembira melihat cairan darah merah pekat bercampur air ketuban yang membuak buak keluar dari perut isterinya. Macam mata air yang sedang terpancut. Seronok benar dia. Tangannya menyeluk ke dalam belahan zigzag perut isterinya. Ah, macam cari benda tersembunyi pula. Kehkeh! Dikeluarkan sesuatu. Zarina memandang sayu dengan air mata mengalir. Dia masih hidup. Kuat benar dia melawan tenaganya yang belum mahu pergi meninggalkan dunia. Fariz mengeluarkan sesuatu. Janin bayi yang sudah lengkap menjadi janin yang sempurna. Sihat mengikut usianya ketika itu. Tujuh bulan. Saiznya kecil, sebesar tapak tangan Fariz. Warnanya merah pekat dilumuri darah. Dan mata janin itu terbuka, bagai memandang dan meminta belas lelaki yang telah menariknya keluar dari dunianya.  Fariz membalas dengan renungan tajam ke arah janin kecil berdarah itu. Damn! Pekiknya kuat.
Pang!

Bunyi jatuhan kuat jelas kedengaran. Dan Zarina memejamkan matanya, meskipun dia sempat mendengar bunyi tersebut dan tahu dari mana datangnya bunyi kuat tersebut.

Fariz tak puas hati. Diseluknya lagi. Kali ini ke atas sedikit. Ditariknya perlahan, hendak memastikan apa yang ditariknya. Oh, ini rupanya hati bini aku. Organ merah pekat bercampur hitam itu direnungnya. Tajam. Diletaknya organ berlumuran darah itu ke atas katil basah dengan darah merah. Diangkat pisau pemotong daging tinggi tinggi dan ditetaknya organ tersebut sekuat hati, berkali kali. Memercik darah ke muka Fariz dan tangannya. Merata rata sebenarnya percikan darah itu. Dinding, lampu tidur, almari, meja solek malah pintu bilik mereka yang jaraknya agak jauh dari katil juga tidak terlepas daripada percikan darah dan cebisan cebisan organ tersebut, hasil tetakan dan cincangannya yang penuh seni itu. Dia puas tapi belum cukup puas.

Kali ketiga, Fariz menyelukkan tangannya lagi ke dalam perut isterinya. Bukan, mayat isterinya. Difikirkan mahu mencari sesuatu, tetapi terpegang sesuatu yang lain. Yang menarik perhatian tangannya. Ditariknya kasar dengan tangan kasarnya juga. Satu lagi janin. Sama seperti yang tadi. Merah berlumuran darah, tetapi saiznya lebih besar. Darah Fariz mengelegak lagi. Lima minit, Pang! Janin itu pecah dibaling ke dindIng putih bersih bilik mereka, menghasilkan corak merah bertompok tompok hitam dan jernih, juga kuning cair. Kelihatan janin itu hancur dengan kepala yang sudah pecah berterabur, tangan kaki yang penyek, dan angota- anggota lain yang sudah tidak kelihatan rupa asalnya, sama seperti janin yang pertama tadi.

Fariz tersenyum terbahak bahak, menyeringai menampakkan gigi putihnya,

“Sayangku, kalau bayi-bayi itu mukanya seperti aku, pasti kau masih hidup sekarang. Mereka pun pasti masih hidup.”

“Masalahnya bila muka diorang tak macam aku! Damn! “


Keliru.


Dia menapak di dunia keji
Berjalan dengan iringan hati
Bukan seorang diri
Di belakang ramai menemani

Tapi
Perjuangan yang tak pasti
Yang dijerit dimaki
Bukanlah revolusi
Bukanlah rekonstruksi
Tapi tunjukkan kelemahan diri

Pendirian tetap
Tapi tak mantap
Revolusi diingini
Tapi dengan cara keji
Juga memperkejikan
Mereka yang hilang diri

Guna demonstrasi sebagai sarana
Yang dicapai hanyalah bahana
Yang dilihat hanyalah bencana
Slogan duduk dan bantah dicanang merata
Tapi rosak dan punah jadi senjata

Kami yang melihat
Hanya mampu geleng kepala
Dan memerhati
Segala derita
Dan jeritan
Rakyat yang terus membara
Hilang ditelan retorik si ahli surga
Ciptaan dunia.

Dan wajah dunia kita
Terus jadi seperti neraka
Dan akan terus begitu
Selama lamanya.




kehkeh. ini bapak aku lah yang benci sangat demonstrasi ni. terpaksa aku tulis serupa ini! 

Friday, April 13

Peringatan.

"Raihan, jadi girl yang baik ya. Dan hang kena ingat, letaklah seorang boy tu macam selipar, tau? Di bawah.  Nanti hang tak sakit hati dah. Aku dulu pun macam hang jugak. Tapi sekarang tak dah. Hang kena ingat, bila hang ada selipar, bila selipar tu dah rosak, hang tak boleh simpan selipar tu, sayang sangat selipar rosak tu dan berkaki ayam. Paham? "

                                                                                                                                               (Abrar, 2012)
“Aku mahu yang mistik sedikit, yang punya feng shui yang tepat, dan pelik. Seperti syurga. Aku mahu seperti syurga. Tidak pernah ada di rumah orang lain. Kamu cintakan aku kan? Boleh kamu buatkan itu?” “Untuk kamu, apa saja, sayang.“Balasnya sambil memeluk hangat tubuh lembut langsing itu. Ray mengusap rambut Natalia perlahan. Harum. Ditariknya gadis comel berbibir mungil itu ke ruangan merah menyala. Semerah cintanya pada Natalia. Alunan muzik lembut John Levine mengalun perlahan, dimainkan oleh si pelayan yang ditempah khas. Meja bulat beralaskan kain putih merah menggamit mata Natalia. Dia melangkah perlahan. Botol Martini dipegang lembut, sambil tangan kirinya memegang gelas wain berkaki tinggi. Mewah amat. Sayang benar Ray padanya. Makan malam mewah mereka, ditemani  chandeliar tinggi dan alunan muzik tenang membuai perasaan. Selesai menikmati makan malam, Ray bangun. Tubuh Natalia dirangkul hangat menuju ke tengah ruangan. Dihayunkan kaki mengikut alunan muzik, lalu bahasa badannya menggesa Natalia mengikut alunan muzik dan langkah kakinya. Mereka tenggelam dalam keasyikan perasaan dan cinta ghairah pada malam itu. Keseronokan berakhir di bilik hotel  J.W Marriot bernombor 112. Titik.

----------------------------------------------------------------

“Kenapa aku tidak boleh datang ke rumahmu? Apakah kamu menyembunyikan sesuatu dari aku? Apakah kamu menyimpan perempuan lain di rumah itu? Mengapa?” Soalnya ganas. Dia merasakan ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kekasih hatinya itu. Perempuan simpanan barangkali. Ahh, dasar lelaki. Semuanya sama saja.

Semakin lama, semakin banyak keanehan yang dilihat pada Ray. Kerap menghilang tanpa alasan, jawapan atau penjelasan. Panggilan sering tidak dijawab, dan hubungan mereka tidak sehangat dulu. Natalia mula gusar, memikirkan ada perempuan lain yang cuba menggoda sang buah hati cintanya. Manakan tidak, keenganannya untuk membenarkan Natalia datang ke rumahnya cukup buat dia gusar dan resah. Cantik manakah perempuan itu? Licik benar dia menggoda.

Natalia tidak mampu bersabar lagi. Ditekannya punat butang pada telefon bimbit Sony Ericsson W8 miliknya. Kali ke enam puluh lapan. Tutt...Tutt. Masih tidak berjawab. Dihempasnya telefon bimbit itu kuat. Bercerai casing dari telefon. Bateri disini, bahagian lain di sini. Menjadi puzzle. Dia menghempas pula tubuhnya ke sofa empuk. Berbaring malas. Lalu tertidur, dengan kemarahan meluap luap.

------------------------------------------------------------------
Terjaga. Dia merasakan badannya sakit amat. Dia merenung ke atas. Hanya ada cahaya samar samar. Aneh. Ini pasti bukan rumahnya. Natalia bingkas bangun dan tersentak. Di mana aku? Di mana? Natalia melangkah perlahan. Dia ketakutan. Dia mahu pergi dari tempat aneh ini.
Krekkkkk!

Bunyi di belakang mengejutkan. Ada pintu yang terbuka. Sepertinya pintu kondonya sendiri. Tetapi lebih cantik. Gril berukir indah berwarna emas itu terbuka sendiri. Begitu juga pintu berwarna coklat itu. Dia langsung tidak nampak siapa yang membukanya. Cahaya samar samar agaknya buatkan dia tidak nampak, fikirnya. Berjalan perlahan menghampiri pintu. Berhenti sekejap. Jalan lagi.

Natalia terbelalak. Kerongkongnya menelan air liur berkali kali. Ngeri. Bermula di pintu, ditenung pelapik kaki di depan sliding door. Aneh. Licin. Sejuk sekali. Warnanya merah coklat pekat, bersaiz lima belas kali dua puluh inci dan dihiasi corak seperti urat urat daging. Disentuh lembut. Tersentak! Itu memang kepingan daging yang nipis! Urat urat putih daging jelas kelihatan. Natalia menjauh. Kakinya dilarikan dari memijak pelapik kaki aneh itu.

                Melangkah ke dalam, matanya terus menerus terbeliak. Dia berada dalam ruangan maha aneh.  Sofanya kelihatan biasa, tetapi matanya tertancap pada kulit sofa. Natalia menjerit nyaring. Itu bukan kulit sofa. Itu kulit manusia! Warna yang berbelak belak mengejutkan dia. Entah berapa orang manusia yang dibunuh dan disiat kulitnya untuk dibuat kulit sofa ini. Pasti banyak, kerana warnanya juga banyak tona. Pasti ada yang berkulit sawo matang, kuning langsat, putih melepak dan merah merah muda. Ngeri dia memikirkan itu.

Dia terus melangkah perlahan. Kali ini lebih berhati hati. Di satu sudut, kolam buatan menggamit perhatian. Bukan hiasannya tumbuhannya bagai hutan merimbun kecil yang menarik perhatian, tetapi air terjunnya dari guri bertingkat yang mengalir masuk ke dalam kolam. Ya, yang mengalir laju ke dalam kolam itu adalah darah merah pekat, bukan air biasa. Pemilik rumah ini sangat aneh. Luar biasa. Hanyir bau darah menusuk hidung. Dia ingin termuntah. Tapi ditahannya.

Natalia tidak mahu memandang lagi. Seluruh sudut rumah itu mengerikan baginya. Cebisan daging merata rata, juga tulang yang diletak sebagai hiasan di setiap sudut rumah bercat putih merah itu. Merah dengan darah. Tiba tiba, dia menjerit kuat. Terpekik pekik seperti diserang histeria apabila melihat sebuah kerusi rotan di ruang tengah. Ada mayat di atas kerusi tersebut! Mayat yang kelihatan sedang mereput, mengerekot kemas di atas kerusi, dan matanya bagai memandang tepat pada Natalia. Natalia bungkam.

------------------------------------------------------------------
Lampu terbuka tiba tiba, lalu Natalia memandang siling, kejutan demi kejutan diterima. Yang dipandangnya bukanlah lampu kalimantang atau pendaflour, tetapi lampu hiasan bermentol tiga yang terletak kemas pada tiga kepala, ya, kepala yang masih mempunyai wajah yang sempurna. Mentol menyala memancar di dalam mulut mereka. Tiga wajah itu pucat dan mata mereka terbuka luas, membayangkan  azab yang amat sebelum kematian dahsyat. Dan tiga biji mentol yang disumbat ke dalam mulut tiga buah kepala yang tergantung itu memancarkan cahaya putih yang terang, menyilaukan mata. Natalia sudah berpinar pinar. Pemandangan aneh yang dilihatnya itu menyukarkan dia untuk berfikir waras lagi. Pening pening lalat. Dan ketika dia hampir memejamkan mata dan jatuh, tubuhnya ditahan kemas.

--------------------------------------------------------------
Bangunnya di bilik asing. Putih merah. Dindingnya dihiasi cat putih merah dengan corak yang abstrak. Darah! Bau tengik segera menusuk hidung comelnya, dia sesak nafas. Dia menoleh. Di sebelahnya terbaring lelaki pujaan hati, Ray. Terbaring tanpa baju. Hanya boxer melekat di badan. Dia menggoncang kuat tubuh tidak bergerak si Ray. Disedarinya tangannya terikat kuat. Digari di kepala katil. Setelah beberapa kali mencuba, Ray bangun dengan malas. Pejam mata. Buka mata. Pejam. Buka semula.

“Sayang, kamu mahu yang mistik kan? Kamu tahu, aku penat sediakan semuanya untuk kamu. Untuk kamu. Kerana aku terlalu cintakan kamu. Aku turutkan semua kehendak kamu. Kamu tahu mistiknya di mana?”
Tangannya mengusap lembut pipi putih Natalia. Dengan pisau belati miliknya. Usapan itu menghiris pipi cantik gebu itu, mengalirkan darah merah pekat.

“Kamu tahu, apabila aku tidak ada di rumah nanti, mereka yang akan menemani kamu. Roh roh mereka bergentayangan di sini, masih tidak tenang, kerana mayat mereka masih ada di sini. Di merata rata dalam rumah ini. Jadi, mereka akan menemani kamu. Kamu suka kan sayang?” Sengihnya lebar, menakutkan Natalia yang bingung memikirkan.

“Kamu juga mahu yang aneh kan? Yang tidak ada di rumah orang lain. Kamu lihat, semua yang aku lakukan ini ada di rumah orang lain? Ada? Ada?” Jerkahnya kasar sambil menarik kasar rambut ikal mayang Natalia. Segumpal rambut dalam genggaman tangan Ray terlepas ke lantai. Natalia menjerit ketakutan.
“Dan kamu mahu syurga bukan? Kamu mahu syurga ya. Ha ha ha! Kamu tahu kan syurga itu hanya ada setelah kita menghadapi kematian. Tahu kan. Kamu mahu syurga? Mahu?” Ray berkata perlahan sambil tersenyum lebar. Sebelum Natalia sempat berkata apa pun, termasuk perkataan jangan,
Bang!Bang! Bang!

Jantungnya tersembur keluar. Pecah. Darah merah terpercik ke merata rata tempat, dinding dan setiap inci master bedroom tersebut, termasuk tubuh Ray. Jasad hancur itu terkeluar ususnya dan segala isi perut yang ada, milik Natalia, hingga tak dapat dikenal pasti lagi yang mana satu bahagian sebenarnya.
Hilai tawa yang kuat kedengaran bergema di segenap bilik, dan lima minit kemudian,
Bang!Bang! Bang! Arggggh!

Monday, April 9

List buku yang aku mesti habiskan baca sebelum cuti midsem habis.

1. Amerika by Ridhwan Saidi
2. Rojak
3. Mautopia
4. Ngeri
5. Dendam
6. Pecah
7. Zombijaya
8. Perjuangan Mahasiswa
9. Menakhoda Zaman by Najib Tun Razak
10. Mahathir vs. Abdullah Covert Wars & Challenged Legacies
11. Japanese Tales and Legends
12. Obama: Antara Islam, Israel dan Amerika

haihh. banyak sungguh. -.-

rindu.

Aku rasa macam dia itu bagai seorang abang bila dia usap kepala aku. Aku biar. Aku diam tidak berkutik. Kerana rasa selesa berdetik. Ya, sebenarnya aku rindu abang itu. Rindu yang amat sangat.

Padan Muka.

Dahulunya kau lantang mengkritik
Tapi kini kau ikut langkah aku dari titik ke titik
Kau gapai tangan aku
Kau ambil hati aku

Aku juga dulu benci membentak
Kini mula mengikut rentak
Seiring mengatur langkah
Sama sama menjaga biar tak salah

Sebenarnya aku tak mahu begitu
Aku punya masa depan sendiri
Yang aku mahu tuju
Kau cuma mengganggu
Kau hentikan usaha aku
Kau halang perjalanan aku

Dendam itu telah terbalas
Aku buat dengan rasa puas
Langkah kau aku rampas aku kebas
Aku tentukan dengan cara keras

Aku cuma mahu cakap
Padan muka
Kau sudah masuk perangkap
Kau sudah tertangkap
Oleh si gadis yang bijak
Mengatur baris dan rangkap.



2/4/2012