A Story.
Lately, I feel a sense of being an only human being alive on earth. Of all people around me, I feel alone. Alone in my own world. Alone I feel no one realize if I touch them in whatever part of their bodies. Alone I feel no one listens to my whisper. I am in pain. I am sad. I am deserted. I am being abandoned. I am being neglected. I have no one. I got nothing to give back.
Staying in that world, giving me some spaces to think. Think of what kind of people do I really need, what kind of people do I really want to mingle, what kind of people do I really want to rely on and ask for favour, and so on. The thought of being that type of human being irritates me. It hurts. It hurts so much I want to be killed in my past. I want to fade away from time and space. Sigh. I am still exist. Touch my hand. I am still alive. Still exist in this a so-called perfect world.
"Don't you have a lot of friends?" "I do. I do. But you know what? I can't call every people a friend. Friend is not someone who talk politely to me with the sweetest voice I could never imagine , and talks bad about me at other times. Friend is not someone who ask me to follow him or her everywhere he or she want, but when my time comes, he or she refuses. Friend is not someone who help me with no frown, no sigh, no bad words and one month later he or she keep on bringing up the past."
"She asked, "So what did you call me? A friend or what? " "You? Yeah, a so-called friend. Fullstop."
She turned around and walked. Never look back and look at me, never look for me again. That was last I met her and that was last I talked to her. So my assumption was right. She is a so-called friend all this while.
I don't have much friends so this is mine. I talk to it but I do welcome you to read and comment.
Saturday, March 23
Saturday, November 3
Cerita Cinta Gadis.
Berikan
aku tinta dan sebatang kayu kecil, akan ku karangkan secangkir syair yang akan
buat dunia berubah rasa dan juga fikiran mereka. Berikan juga aku secawan
cinta, akan ku gubahnya menjadi madu bahagia selama lamanya. Ini cerita mereka.
Cerita yang mereka punya di dalam kotak
hati yang sering bertukar figuranya: bahagia, derita, bahagia, dan lebih banyak
derita dari bahagia. Cerita yang aku ukir di batu belas kasihan seorang
saudara. Yang selalu mengintai kisah mereka.
Sungguh,
cinta buatkan dia jadi bagai air mata awan yang tidak dirancang jatuhannya, dan
orang yang memandang hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa, hanya mampu
meminta belas kasihan penciptanya. Tidak ada mampu menukar cerita cintanya,
walau bagaimanapun perancangan dan gubahannya, walau bagaimanapun janji mereka.
Tapi, dia bilang, ia bukan sekadar cerita, ia lebih dari sekadar segunung puisi
drama dunia, ia lah kalimat kalimat indah dari syurga dunia atas paksinya.
Ciptaan dia. Ya, pria itu. Pria itu yang buatkan dia jadi jasad tanpa rohnya,
yang buatkan dia jadi setiap tujahan panah beracun tanpa arahnya, dan juga
sekadar menjadi patung sembahan yang langsung tidak mampu berbuat apa apa.
Kerana cinta.
Pria itu aneh. Pria itu seorang
pendita agung yang datang secara tiba tiba dalam hati dia, seperti seekor lebah
yang menjeru sekuntum bunga mekar demi madunya, dan setelah itu, tidaklah
dibuang cuma ditinggalkan, tidak seperti perumpamaan yang berbunyi ‘habis madu
sepah dibuang’. Dia pula hanya melekat di kuntumnya, hanya membiarkan lebah itu
hinggap dan merasa madu cintanya, walaupun sekadar sedetik dua detik cuma,
nikmatnya lain daripada biasanya. Bukannya dia tidak pernah merasai cinta,
cumanya, cinta yang datang kali ini aneh rupanya. Jauh dari jangkauan mimpi
mimpi indah seorang manusia yang mengagungkan cintanya. Oh agungnya.
Pria itu bisa buatkan dia
terawang awang di tengah antara bumi panas derita dunia dan juga langit agung
berisi syurga, dan juga khayalkan dia dengan arak cinta sucinya. Ah, juga
lupakan dia dengan derita cinta masa lalunya. Juga jadikan dia jasad yang penuh
warna warni katanya, bahasanya, bicaranya. Sungguh, pria itu mengubah segala
galanya tentang dia. Detiknya sekejap cuma, tapi pria itu ubahnya seperti
mengubah dunia! Perinya mencairkan setiap kepingan duka dan ego wanita punya
dia.
Cinta
mereka suci, bak salji memutih di waktu pagi. Bak embun yang jatuh menyembah
bumi setiap pagi. Cinta mereka, jauh lebih agung dari semua penangan cinta
agung sang dewa dewi dan segala entiti. Jauh agungnya mencapai infiniti, dan
tingginya mencapai syurgawi. Tak dapat digambarkan dengan butir-butir bicara
sang pemimpi. Juga tak dapat digambarkan oleh lukisan atas kanvas impian gadis
ini.
Setelah
termeterai janji satu hari waktu mereka akan menamakan cinta itu bahagia,
membina teratak dari gunung salji cinta mereka berdua, setelah penat gunung
cinta mereka berdua dilelah, oh hari itu. Hari di mana segala arak, gunung, dan
bunga cinta mereka hangus dalam satu bakaran berita yang membawa duka derita.
Bahana berita itu yang hantar prianya ke syurga Tuhan, bukan bersama sama
seperti janji mereka, tetapi hanya sang pria menuju ke sana. Tangannya hanya
mampu mencapai gerbang syurga menghantar roh sang pria tetapi tidak mampu
memasukinya. Oh gadis itu sedih. Airmatanya menggegar pohon pohon syurga
teduhan sang pria. Awan yang membawa air mata gembiranya menanti hari bahagia,
kini mencari bahu langit memuntahkan segala. Mencari awan lain berkongsi derita
memuntahkan air mata jernih mereka.
Sekarang, gadis itu mahu pamit
dari dunia cinta yang dihulur dari pria mana pun. Dia sudah terpana dengan
setiap satu cerita cinta gagalnya. Kali ini, dia hanya menunggu kematiannya.
Yang mampu bawa dia berjumpa prianya. Yang mampu bawa dia naik ke langit arasy
merayu Tuhannya untuk berjumpa sang pria. Yang mampu hantarkan dia oleh
bidadadari syurga ke pohon teduhan prianya. Semuanya kerana sang pria, walaupun
dia tidak tahu, prianya sudah bahagia bertemu bidadari sebenarnya. Di atas
sana.
Sunday, August 12
kakirogol.
di lorong sunyi
si gadis sunti menyanyi nyanyi
sambil menyepak tin tin minuman bertaburan
ditemani bunyi
mp3 yang baru dibeli
dang!
ohh bunyi itu kuat
gadis itu berpaling dan menoleh
fikirnya tikus jahat
atau anjing yang hidup melarat
atau bunyi yang dibuat buat
sebenarnya
si gadis cuma tiga puluh saat lewat
waktu itu
tubuh kecilnya direntap kuat
didukung dan didakap erat
keringat mengalir laju
rasa loya bertamu
makhluk bertopeng meluru
setiap helaian dilurut
si gadis terkejut
menangis dan meronta
kehormatannya direnggut
dicabut bagai rumput
malam itu
gadis kecil sudah tidak mahu hidup lagi
kerana nyawanya seperti sudah dicabut
akhirnya ditinggalkan begitu saja
di tepi jalan tanpa sesiapa
hanya ditemani gelap dan gelita
kasihan si gadis
harganya hilang begitu saja.
si gadis sunti menyanyi nyanyi
sambil menyepak tin tin minuman bertaburan
ditemani bunyi
mp3 yang baru dibeli
dang!
ohh bunyi itu kuat
gadis itu berpaling dan menoleh
fikirnya tikus jahat
atau anjing yang hidup melarat
atau bunyi yang dibuat buat
sebenarnya
si gadis cuma tiga puluh saat lewat
waktu itu
tubuh kecilnya direntap kuat
didukung dan didakap erat
keringat mengalir laju
rasa loya bertamu
makhluk bertopeng meluru
setiap helaian dilurut
si gadis terkejut
menangis dan meronta
kehormatannya direnggut
dicabut bagai rumput
malam itu
gadis kecil sudah tidak mahu hidup lagi
kerana nyawanya seperti sudah dicabut
akhirnya ditinggalkan begitu saja
di tepi jalan tanpa sesiapa
hanya ditemani gelap dan gelita
kasihan si gadis
harganya hilang begitu saja.
Langit Petang.
Langit petang yang ahmar
Tuntun mataku yang samar
Memandang pria yang gusar
Kerna hilangnya cintanya yang besar
Dekati si pria, makin mendekat makin hati aku lanar
Kerna cinta hatinya aku yang bubar
Aku yang pecahkan dengan kasar
Aku yang ciptakan abar
Aku yang tinggalkan debar
Kerna pria lain yang aku kejar
Cinta yang ada diabur abur
Serpihan jiwa raga yang sakit ditabur tabur
Segala dendam jahat dihambur
Buat pria berhati luhur
Tetapi
Segala cinta dihulur
Buat pria yang hati sifatnya pujur
Lalu aku henti dan undur
Biarkan si pria yang keras kejur
Masih merenung takdir yang kabur
Langit petang muncul lagi
Pria itu masih menanti
Walau gadisnya lari
Dia sangat pasti
Dan hatinya tahu sekali
Akan ada seorang lagi
Yang akan kembali
Dan bawa dia pergi
Dari jatuhan katil mimpi
Dengan si gadis adi
Saturday, August 4
.....................
Lelaki itu berpakaian santai, duduk
di kerusi batu di tepi Masjid Biru. Dia melihat ke kiri ke kanan, lihat
gadis-gadis berjubah dan bertudung labuh. Ah cantiknya, fikirnya dalam hati.
Tunduk semula setelah beberapa saat, menjaga pandangan barangkali. Sekali lagi, dia berkira kira mahu memandang
sekeliling, melihat apa yang boleh dilihat. Ah, tunduk semula.
Dia mengangkat kepala. Seorang lelaki kelihatannya
berusia tiga puluhan duduk di tepinya. Keras bunyinya gaya duduk itu. Memegang
gitar, dengan selipar jepun dan jeans koyak di lutut, dipandangnya jelik lelaki
itu. Entah siapa, singgah masjid tetapi tak solat pun. Inilah dunia akhir
zaman, masjid hanya tempat melepaskan lelah. Keluhnya, juga berbunyi keras.
Kedua dua mereka diam. Sepi
berbunyi. Akhirnya, si lelaki alim memulakan bicara.
“Buat apa di sini? “
“Ah, takkan main boling pula di
sini.” Angkuh bunyi jawapannya.
“Marah bunyinya. “
“Tidaklah. Seronok. “
Lelaki alim diam. Ah, bukan jenis
boleh dibawa bersembang ni.
“Kau pula buat apa di sini?”
“Aku? Tentulah baru lepas solat. Takkan
datang sini nak menari pula. “ Dipulangkan paku buah keras.
“Aku agak, kau mesti parti PAS kan? “
Ah, soalan apa pula ni, fikirnya
pantas.
“Mestilah, aku kan orang Islam.”
“Oh ya? Jadinya parti yang lain itu
bukan Islam? Mereka sembah tuhan apa ya?”
“Tidaklah begitu. Cuma aku di pihak
yang benar. “
“Oh ya? Nama kau dah ada di pintu
syurga? “
“Manalah aku tahu, itu bukan urusan
aku. “
“Jadinya, siapa yang mengatakan kau
di pihak yang benar? Oh agaknya buku amalan kau dah diangkat. Kanan sahaja
diberinya. Pastilah begitu kan. “
“Engkau ini siapa?”
“Aku? Orang yang hina. Kau sudah ada
teman wanita? “
“Bercinta itu haram hukumnya.”
“Engkau ini bertuhankan apa? Siapa
pula yang cakap bercinta itu haram?”
“Tentulah. Cinta itu membawa kepada
kelalaian dan menghampiri zina. “
“Bodoh juga engkau. Selama ini untuk
apa kau sembah tuhan itu? Bukan kerana cinta? Untuk apa kau tunduk bangun
mengerjakan perintah-Nya? Bukan juga kerana cinta? “
“Tentulah cinta. Cinta kepada Allah
dan Rasul itu lain daripada cinta kepada manusia. “
“Engkau ini sungguh bodoh. Rasul
juga manusia. Engkau sebenarnya tahu atau tidak definisi cinta itu?”
Diam tidak berkutik.
“Engkau pasti belum berkahwin, dan
engkau pasti mahu berkahwin awal, kononnya untuk mengelakkan zina. “
“Tentulah. Kahwin muda dapat
mengelakkan zina. ”
“Tak faham juga aku. Lelaki berlagak
alim ulama seperti kau ini niat berkahwin untuk mengelakkan zina. Bagaimana
orang-orang seperti kalian yang kononnya alim warak ini boleh terjerumus kepada
zina? Bukankan hidup kalian kerana tuhan semata? Bagaimana orang seperti aku
tidak mahu berkahwin awal sedangkan aku ini lebih mudah terdedah kepada zina? Bagaimana
kalian fikir yang kalian akan melakukan zina sedangkan kalian sangat menjaga
segala-galanya? Aku tahulah sekecil kecil ingatan kepada wanita juga boleh
dipanggil zina, tetapi itu dengan hadirnya nafsu. Apakah kalian ingin berkahwin
hanya demi nafsu semata? Ataupun kalian tidak punya cara lain untuk mengelakkan
zina selain daripada berkahwin? Bukankah puasa juga boleh mencegah itu? Atau
kalian tidak mampu sebenarnya menahan nafsu kalian? Dan apa yang membuatkan kalian fikir yang tanggungjawab kalian selepas berkahwin hanya sekadar menyalurkan nafsu dengan jalan yang halal? “
Lelaki alim bangun, meninggalkan
kesan panas di atas kerusi batu di tepi Masjid Biru.
Lelaki kedua juga bangun, berjalan
perlahan lalu disandarkan gitarnya di tiang masjid, menuju hadrat tuhan. Di
tangannya ada plastik kuning berisi pakaian bersih. Penyamarannya selesai untuk
hari itu.
13 Julai 2012.
Thursday, July 5
Subscribe to:
Posts (Atom)