Buat kamu dan semua yang punyainya,
Ambillah sedikit derita ibumu
Diamkan, tenangkan dia.
Ya, tak semua yang baik itu ada selamanya.
Tapi biarkan yang tinggal sisa
Dipeluk erat sehabisnya
Kerana kita tak tahu
Lama mana masa yang kita ada
Untuk masih beri cinta pada jasad dia
Kerana, bila jasad itu sudah tak ada nyawa
Hanya tinggal ingatan yang menyambungkannya
Tangan sudah tak mampu menyentuhnya
Mulut sudah tak mampu memanggilnya
Jadi, yang tinggal, yang ada,
peluklah, sentuhlah selama mana masa kita masih ada.
Sungguh, aku cintakan kamu, Rohmah binti Abd Wahab.
Sebanyak banyaknya.
I don't have much friends so this is mine. I talk to it but I do welcome you to read and comment.
Friday, July 26
Minta Maaf.
Kawan.
Itu antara
jenis- jenis hati yang sangat susah aku jaga. Bukan kerana dangkalnya aku, tapi
hanya kerana lainnya setiap satu.
Setiap
satunya lain. Amat. Aku lebihkan ini, kurangnya di sana. Aku hampir ke sana, di
sini rasa sakitnya.
Entah.
Mungkin aku salah, mungkin aku yang tak tahu arah, mungkin aku yang silap
langkah. Tapi, sebetulnya, aku mahu cuba samakan adilnya dalam setiap kasih
sayang yang aku curah.
Tapi
sungguh, cubalah macam mana pun, ada yang tak kena. Ada yang tak sama, ada yang
terasa, ada yang tak suka, dan ada yang merana dan rasa dihina. Sungguh, aku
tak sengaja.
Maafkanlah
aku, kerana semakin rapat kita, semakin berkali-kalinya kau akan rasa sakitnya.
Sebab itu orang kata, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’
Aku sudah rasa binasanya.
Hanya
kerana aku. Aku.
Buat yang
rapat, aku minta ampun. Buat yang jauh dan dekat, aku mohon ampun. Buat yang
setakat kenal dan bertegur sapa sekali dua kali sekala dua kala, juga aku
pohonkan maafnya.
Kerana,
dalam aku menjaga, masih juga aku terlupa yang sebenarnya, hati kita tak sama.
Maaf buat
yang rapat,
Khairani,
Ainmah, Sapik, Alip, Ila, Farah Ahyani, Nissa, Aishah, Acu, Muni, Qisthina, Mus, Adda
dan ramai lagi yang tidak mampu aku tuliskan semua namanya.
Buat Razan,
minta maaf juga.
Aku, Raihan
Nabilah binti Ab Rahman mohon maaf sesungguh-sungguhnya.
Kini.
For some reasons, I have to be strong. It is not because I'm bored enough to be weak, but it is a matter of time. For how long will you attach to your past and haunted by them? Think.
Rasanya, boleh mula pandang ke depan. Sekarang, itu yang sedang aku buat. Berjalan, berlari, merangkak sekejap, dan jatuh. Menangis untuk beberapa ketika dan bangun balik. Ah, itu biasa.
Mungkin sakit itu masih ada, mungkin luka itu masih dalam, mungkin juga rasa sedih hiba itu masih punya, tapi apa sajalah. Tuhan ada. Dia mampu sembuhkannya.
Dan sekarang, selepas hampir dua tahun, nah. Inilah dia.
Positifnya aku, selalu doakan dia yang sudah jauh dari mata dan hati. Bukan saja untuk dia, malah yang dekat, yang jauh dan yg punya hati dia kini pun kena tempias sama. Tak apa, percaya yang sekali kebaikan dihulurkan buat dia, sepuluh pula akan Tuhan balikkan pada yang berdoa. Itu janji Tuhan. Tak apa, percaya yang tuhan itu maha menyembuh, maha menenangkan dan semuanya yang aku pinta dari Dia.
Sudah cukup sabar, dan masih sabar.
Sudah makin sembuh, dan masih usaha untuk sembuhkan lagi.
Daripada merangkak, sudah boleh berjalan kini.
Ini semua soal masa.
Sampai bila kita nak jatuh, merengek mengeluh sakit dan tak mahu bangun. Sampai bila? Bukannya tak ada orang hulurkan ubat, bukannya tak ada yang mahu bantu bangunkan dari lebih melarat, bukannya tak ada yang mahu hulurkan tongkat, dan bukannya Tuhan itu tidak ada untuk sembuhkan rasa sakit yang maha hebat. Ah, semalang malang aku, lihat sekeliling saja dua saat, kau akan tahu dugaan orang lain lagi hebat. Masih tak mahu bersyukur?
Tuhan, aku sudah nampak hikmahnya.
Rasanya, boleh mula pandang ke depan. Sekarang, itu yang sedang aku buat. Berjalan, berlari, merangkak sekejap, dan jatuh. Menangis untuk beberapa ketika dan bangun balik. Ah, itu biasa.
Mungkin sakit itu masih ada, mungkin luka itu masih dalam, mungkin juga rasa sedih hiba itu masih punya, tapi apa sajalah. Tuhan ada. Dia mampu sembuhkannya.
Dan sekarang, selepas hampir dua tahun, nah. Inilah dia.
Positifnya aku, selalu doakan dia yang sudah jauh dari mata dan hati. Bukan saja untuk dia, malah yang dekat, yang jauh dan yg punya hati dia kini pun kena tempias sama. Tak apa, percaya yang sekali kebaikan dihulurkan buat dia, sepuluh pula akan Tuhan balikkan pada yang berdoa. Itu janji Tuhan. Tak apa, percaya yang tuhan itu maha menyembuh, maha menenangkan dan semuanya yang aku pinta dari Dia.
Sudah cukup sabar, dan masih sabar.
Sudah makin sembuh, dan masih usaha untuk sembuhkan lagi.
Daripada merangkak, sudah boleh berjalan kini.
Ini semua soal masa.
Sampai bila kita nak jatuh, merengek mengeluh sakit dan tak mahu bangun. Sampai bila? Bukannya tak ada orang hulurkan ubat, bukannya tak ada yang mahu bantu bangunkan dari lebih melarat, bukannya tak ada yang mahu hulurkan tongkat, dan bukannya Tuhan itu tidak ada untuk sembuhkan rasa sakit yang maha hebat. Ah, semalang malang aku, lihat sekeliling saja dua saat, kau akan tahu dugaan orang lain lagi hebat. Masih tak mahu bersyukur?
Tuhan, aku sudah nampak hikmahnya.
Thursday, June 6
Entri pujuk diri.
Bersabarlah.
Jatuhlah lima ribu kali pun, aku akan tetap bangun semula. Dan melangkah lagi.
Biar dirobek hati hingga hancur, biar dipijak hati hingga pecah berkecai, biar puas kau sakitkan.
Biarlah, Allah ada. Dan akhirnya, mungkin kau akan rasa juga.
Bukan aku kata, Tuhan yang kata.
Kerana setiap apa yang kita lakukan, ada balasannya.
Bezanya baik, buruk, syurga, neraka, pahala, dosa, suka dan murka.
Moga aku bersabar, moga aku masih mampu senyum, dan moga aku dapat yang jauh lebih baik dari apa yang engkau dapat,
Bukan kerana besarnya dendam aku,
Tetapi kerana besarnya sabar aku.
Tuhan Maha Adil.
Jatuhlah lima ribu kali pun, aku akan tetap bangun semula. Dan melangkah lagi.
Biar dirobek hati hingga hancur, biar dipijak hati hingga pecah berkecai, biar puas kau sakitkan.
Biarlah, Allah ada. Dan akhirnya, mungkin kau akan rasa juga.
Bukan aku kata, Tuhan yang kata.
Kerana setiap apa yang kita lakukan, ada balasannya.
Bezanya baik, buruk, syurga, neraka, pahala, dosa, suka dan murka.
Moga aku bersabar, moga aku masih mampu senyum, dan moga aku dapat yang jauh lebih baik dari apa yang engkau dapat,
Bukan kerana besarnya dendam aku,
Tetapi kerana besarnya sabar aku.
Tuhan Maha Adil.
Thursday, April 25
Bangun, gadis bodoh.
Entri ini untuk kau, gadis yang selalu perasan comel.
Kau selalu tanya aku, "Adakah dia masih sukakan aku?" , "Adakah dia akan balik dan dapatkan aku?"
Jawapan aku, takkan kalau kau tak berubah dan terus gilakan dia macam ni.
Penat aku ceritakan pengalaman aku, tapi kau tak ambil pengajaran dan terus jadi bodoh.
Sudah tiga tahun aku buang rasa sakit itu, hingga aku tak mahu ingat secebis pun kenangan itu. Sungguh, sakit dan tak ada siapa yang mampu bayangkan. Rasa disiat-siat, rasa dicampak ke dalam laut hitam, juga rasa disepak masuk ke dalam tong sampah waktu itu. Sakit, sungguh. Dan aku faham rasa yang kau rasa, kerana kisah kita hampir serupa, hanya hampir serupa dan bukan serupa. Sebab itu aku cakap, tak ada siapa yang mampu bayangkan itu.
Bodoh?
Ya, memang kau bodoh. Bodoh terus tunggu dia yang memang tunjukkan terang terangan yang dia memang mahu jauhkan diri dari kau. Ya, aku faham dengan ayat, "Tuhan itu Maha Membolak Balikkan hati manusia, aku akan terus berdoa. "
Ya, doalah sepuas hati kau. Tapi buka juga mata dan hati, buka luas luas. Kau tak mahu ayah anak-anak kau nanti seorang yang gila perempuan begitu, dan jauh dari Dia. Buka mata hati kau, instead kau terus berdoa "Tuhan, kembalikan dia." , berdoalah "Tuhan, berilah aku yang terbaik. Jika bukan Dia, berikan yang lebih baik dari dia. "
Ya, tiada masalah, berdoalah biar dia berubah, tapi jangan terus tutup mata hati kau untuk orang lain. Mungkin Allah mahu berikan kau peluang baru, pengalaman baru. Ambillah dan mulakan hidup baru. Oh ya, pandang belakang sekejap, lihat masa lepas dan mulakan pandang semula ke depan. Dan mula melangkah. Jangan risau, kau tak akan jatuh lagi. Kerana aku lihat kaki kau sudah cukup kuat untuk melangkah dan berjalan, malah berlari pun. Semoga engkau berjaya.
Saturday, March 23
A Story.
A Story.
Lately, I feel a sense of being an only human being alive on earth. Of all people around me, I feel alone. Alone in my own world. Alone I feel no one realize if I touch them in whatever part of their bodies. Alone I feel no one listens to my whisper. I am in pain. I am sad. I am deserted. I am being abandoned. I am being neglected. I have no one. I got nothing to give back.
Staying in that world, giving me some spaces to think. Think of what kind of people do I really need, what kind of people do I really want to mingle, what kind of people do I really want to rely on and ask for favour, and so on. The thought of being that type of human being irritates me. It hurts. It hurts so much I want to be killed in my past. I want to fade away from time and space. Sigh. I am still exist. Touch my hand. I am still alive. Still exist in this a so-called perfect world.
"Don't you have a lot of friends?" "I do. I do. But you know what? I can't call every people a friend. Friend is not someone who talk politely to me with the sweetest voice I could never imagine , and talks bad about me at other times. Friend is not someone who ask me to follow him or her everywhere he or she want, but when my time comes, he or she refuses. Friend is not someone who help me with no frown, no sigh, no bad words and one month later he or she keep on bringing up the past."
"She asked, "So what did you call me? A friend or what? " "You? Yeah, a so-called friend. Fullstop."
She turned around and walked. Never look back and look at me, never look for me again. That was last I met her and that was last I talked to her. So my assumption was right. She is a so-called friend all this while.
Lately, I feel a sense of being an only human being alive on earth. Of all people around me, I feel alone. Alone in my own world. Alone I feel no one realize if I touch them in whatever part of their bodies. Alone I feel no one listens to my whisper. I am in pain. I am sad. I am deserted. I am being abandoned. I am being neglected. I have no one. I got nothing to give back.
Staying in that world, giving me some spaces to think. Think of what kind of people do I really need, what kind of people do I really want to mingle, what kind of people do I really want to rely on and ask for favour, and so on. The thought of being that type of human being irritates me. It hurts. It hurts so much I want to be killed in my past. I want to fade away from time and space. Sigh. I am still exist. Touch my hand. I am still alive. Still exist in this a so-called perfect world.
"Don't you have a lot of friends?" "I do. I do. But you know what? I can't call every people a friend. Friend is not someone who talk politely to me with the sweetest voice I could never imagine , and talks bad about me at other times. Friend is not someone who ask me to follow him or her everywhere he or she want, but when my time comes, he or she refuses. Friend is not someone who help me with no frown, no sigh, no bad words and one month later he or she keep on bringing up the past."
"She asked, "So what did you call me? A friend or what? " "You? Yeah, a so-called friend. Fullstop."
She turned around and walked. Never look back and look at me, never look for me again. That was last I met her and that was last I talked to her. So my assumption was right. She is a so-called friend all this while.
Saturday, November 3
Cerita Cinta Gadis.
Berikan
aku tinta dan sebatang kayu kecil, akan ku karangkan secangkir syair yang akan
buat dunia berubah rasa dan juga fikiran mereka. Berikan juga aku secawan
cinta, akan ku gubahnya menjadi madu bahagia selama lamanya. Ini cerita mereka.
Cerita yang mereka punya di dalam kotak
hati yang sering bertukar figuranya: bahagia, derita, bahagia, dan lebih banyak
derita dari bahagia. Cerita yang aku ukir di batu belas kasihan seorang
saudara. Yang selalu mengintai kisah mereka.
Sungguh,
cinta buatkan dia jadi bagai air mata awan yang tidak dirancang jatuhannya, dan
orang yang memandang hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa, hanya mampu
meminta belas kasihan penciptanya. Tidak ada mampu menukar cerita cintanya,
walau bagaimanapun perancangan dan gubahannya, walau bagaimanapun janji mereka.
Tapi, dia bilang, ia bukan sekadar cerita, ia lebih dari sekadar segunung puisi
drama dunia, ia lah kalimat kalimat indah dari syurga dunia atas paksinya.
Ciptaan dia. Ya, pria itu. Pria itu yang buatkan dia jadi jasad tanpa rohnya,
yang buatkan dia jadi setiap tujahan panah beracun tanpa arahnya, dan juga
sekadar menjadi patung sembahan yang langsung tidak mampu berbuat apa apa.
Kerana cinta.
Pria itu aneh. Pria itu seorang
pendita agung yang datang secara tiba tiba dalam hati dia, seperti seekor lebah
yang menjeru sekuntum bunga mekar demi madunya, dan setelah itu, tidaklah
dibuang cuma ditinggalkan, tidak seperti perumpamaan yang berbunyi ‘habis madu
sepah dibuang’. Dia pula hanya melekat di kuntumnya, hanya membiarkan lebah itu
hinggap dan merasa madu cintanya, walaupun sekadar sedetik dua detik cuma,
nikmatnya lain daripada biasanya. Bukannya dia tidak pernah merasai cinta,
cumanya, cinta yang datang kali ini aneh rupanya. Jauh dari jangkauan mimpi
mimpi indah seorang manusia yang mengagungkan cintanya. Oh agungnya.
Pria itu bisa buatkan dia
terawang awang di tengah antara bumi panas derita dunia dan juga langit agung
berisi syurga, dan juga khayalkan dia dengan arak cinta sucinya. Ah, juga
lupakan dia dengan derita cinta masa lalunya. Juga jadikan dia jasad yang penuh
warna warni katanya, bahasanya, bicaranya. Sungguh, pria itu mengubah segala
galanya tentang dia. Detiknya sekejap cuma, tapi pria itu ubahnya seperti
mengubah dunia! Perinya mencairkan setiap kepingan duka dan ego wanita punya
dia.
Cinta
mereka suci, bak salji memutih di waktu pagi. Bak embun yang jatuh menyembah
bumi setiap pagi. Cinta mereka, jauh lebih agung dari semua penangan cinta
agung sang dewa dewi dan segala entiti. Jauh agungnya mencapai infiniti, dan
tingginya mencapai syurgawi. Tak dapat digambarkan dengan butir-butir bicara
sang pemimpi. Juga tak dapat digambarkan oleh lukisan atas kanvas impian gadis
ini.
Setelah
termeterai janji satu hari waktu mereka akan menamakan cinta itu bahagia,
membina teratak dari gunung salji cinta mereka berdua, setelah penat gunung
cinta mereka berdua dilelah, oh hari itu. Hari di mana segala arak, gunung, dan
bunga cinta mereka hangus dalam satu bakaran berita yang membawa duka derita.
Bahana berita itu yang hantar prianya ke syurga Tuhan, bukan bersama sama
seperti janji mereka, tetapi hanya sang pria menuju ke sana. Tangannya hanya
mampu mencapai gerbang syurga menghantar roh sang pria tetapi tidak mampu
memasukinya. Oh gadis itu sedih. Airmatanya menggegar pohon pohon syurga
teduhan sang pria. Awan yang membawa air mata gembiranya menanti hari bahagia,
kini mencari bahu langit memuntahkan segala. Mencari awan lain berkongsi derita
memuntahkan air mata jernih mereka.
Sekarang, gadis itu mahu pamit
dari dunia cinta yang dihulur dari pria mana pun. Dia sudah terpana dengan
setiap satu cerita cinta gagalnya. Kali ini, dia hanya menunggu kematiannya.
Yang mampu bawa dia berjumpa prianya. Yang mampu bawa dia naik ke langit arasy
merayu Tuhannya untuk berjumpa sang pria. Yang mampu hantarkan dia oleh
bidadadari syurga ke pohon teduhan prianya. Semuanya kerana sang pria, walaupun
dia tidak tahu, prianya sudah bahagia bertemu bidadari sebenarnya. Di atas
sana.
Sunday, August 12
kakirogol.
di lorong sunyi
si gadis sunti menyanyi nyanyi
sambil menyepak tin tin minuman bertaburan
ditemani bunyi
mp3 yang baru dibeli
dang!
ohh bunyi itu kuat
gadis itu berpaling dan menoleh
fikirnya tikus jahat
atau anjing yang hidup melarat
atau bunyi yang dibuat buat
sebenarnya
si gadis cuma tiga puluh saat lewat
waktu itu
tubuh kecilnya direntap kuat
didukung dan didakap erat
keringat mengalir laju
rasa loya bertamu
makhluk bertopeng meluru
setiap helaian dilurut
si gadis terkejut
menangis dan meronta
kehormatannya direnggut
dicabut bagai rumput
malam itu
gadis kecil sudah tidak mahu hidup lagi
kerana nyawanya seperti sudah dicabut
akhirnya ditinggalkan begitu saja
di tepi jalan tanpa sesiapa
hanya ditemani gelap dan gelita
kasihan si gadis
harganya hilang begitu saja.
si gadis sunti menyanyi nyanyi
sambil menyepak tin tin minuman bertaburan
ditemani bunyi
mp3 yang baru dibeli
dang!
ohh bunyi itu kuat
gadis itu berpaling dan menoleh
fikirnya tikus jahat
atau anjing yang hidup melarat
atau bunyi yang dibuat buat
sebenarnya
si gadis cuma tiga puluh saat lewat
waktu itu
tubuh kecilnya direntap kuat
didukung dan didakap erat
keringat mengalir laju
rasa loya bertamu
makhluk bertopeng meluru
setiap helaian dilurut
si gadis terkejut
menangis dan meronta
kehormatannya direnggut
dicabut bagai rumput
malam itu
gadis kecil sudah tidak mahu hidup lagi
kerana nyawanya seperti sudah dicabut
akhirnya ditinggalkan begitu saja
di tepi jalan tanpa sesiapa
hanya ditemani gelap dan gelita
kasihan si gadis
harganya hilang begitu saja.
Langit Petang.
Langit petang yang ahmar
Tuntun mataku yang samar
Memandang pria yang gusar
Kerna hilangnya cintanya yang besar
Dekati si pria, makin mendekat makin hati aku lanar
Kerna cinta hatinya aku yang bubar
Aku yang pecahkan dengan kasar
Aku yang ciptakan abar
Aku yang tinggalkan debar
Kerna pria lain yang aku kejar
Cinta yang ada diabur abur
Serpihan jiwa raga yang sakit ditabur tabur
Segala dendam jahat dihambur
Buat pria berhati luhur
Tetapi
Segala cinta dihulur
Buat pria yang hati sifatnya pujur
Lalu aku henti dan undur
Biarkan si pria yang keras kejur
Masih merenung takdir yang kabur
Langit petang muncul lagi
Pria itu masih menanti
Walau gadisnya lari
Dia sangat pasti
Dan hatinya tahu sekali
Akan ada seorang lagi
Yang akan kembali
Dan bawa dia pergi
Dari jatuhan katil mimpi
Dengan si gadis adi
Saturday, August 4
.....................
Lelaki itu berpakaian santai, duduk
di kerusi batu di tepi Masjid Biru. Dia melihat ke kiri ke kanan, lihat
gadis-gadis berjubah dan bertudung labuh. Ah cantiknya, fikirnya dalam hati.
Tunduk semula setelah beberapa saat, menjaga pandangan barangkali. Sekali lagi, dia berkira kira mahu memandang
sekeliling, melihat apa yang boleh dilihat. Ah, tunduk semula.
Dia mengangkat kepala. Seorang lelaki kelihatannya
berusia tiga puluhan duduk di tepinya. Keras bunyinya gaya duduk itu. Memegang
gitar, dengan selipar jepun dan jeans koyak di lutut, dipandangnya jelik lelaki
itu. Entah siapa, singgah masjid tetapi tak solat pun. Inilah dunia akhir
zaman, masjid hanya tempat melepaskan lelah. Keluhnya, juga berbunyi keras.
Kedua dua mereka diam. Sepi
berbunyi. Akhirnya, si lelaki alim memulakan bicara.
“Buat apa di sini? “
“Ah, takkan main boling pula di
sini.” Angkuh bunyi jawapannya.
“Marah bunyinya. “
“Tidaklah. Seronok. “
Lelaki alim diam. Ah, bukan jenis
boleh dibawa bersembang ni.
“Kau pula buat apa di sini?”
“Aku? Tentulah baru lepas solat. Takkan
datang sini nak menari pula. “ Dipulangkan paku buah keras.
“Aku agak, kau mesti parti PAS kan? “
Ah, soalan apa pula ni, fikirnya
pantas.
“Mestilah, aku kan orang Islam.”
“Oh ya? Jadinya parti yang lain itu
bukan Islam? Mereka sembah tuhan apa ya?”
“Tidaklah begitu. Cuma aku di pihak
yang benar. “
“Oh ya? Nama kau dah ada di pintu
syurga? “
“Manalah aku tahu, itu bukan urusan
aku. “
“Jadinya, siapa yang mengatakan kau
di pihak yang benar? Oh agaknya buku amalan kau dah diangkat. Kanan sahaja
diberinya. Pastilah begitu kan. “
“Engkau ini siapa?”
“Aku? Orang yang hina. Kau sudah ada
teman wanita? “
“Bercinta itu haram hukumnya.”
“Engkau ini bertuhankan apa? Siapa
pula yang cakap bercinta itu haram?”
“Tentulah. Cinta itu membawa kepada
kelalaian dan menghampiri zina. “
“Bodoh juga engkau. Selama ini untuk
apa kau sembah tuhan itu? Bukan kerana cinta? Untuk apa kau tunduk bangun
mengerjakan perintah-Nya? Bukan juga kerana cinta? “
“Tentulah cinta. Cinta kepada Allah
dan Rasul itu lain daripada cinta kepada manusia. “
“Engkau ini sungguh bodoh. Rasul
juga manusia. Engkau sebenarnya tahu atau tidak definisi cinta itu?”
Diam tidak berkutik.
“Engkau pasti belum berkahwin, dan
engkau pasti mahu berkahwin awal, kononnya untuk mengelakkan zina. “
“Tentulah. Kahwin muda dapat
mengelakkan zina. ”
“Tak faham juga aku. Lelaki berlagak
alim ulama seperti kau ini niat berkahwin untuk mengelakkan zina. Bagaimana
orang-orang seperti kalian yang kononnya alim warak ini boleh terjerumus kepada
zina? Bukankan hidup kalian kerana tuhan semata? Bagaimana orang seperti aku
tidak mahu berkahwin awal sedangkan aku ini lebih mudah terdedah kepada zina? Bagaimana
kalian fikir yang kalian akan melakukan zina sedangkan kalian sangat menjaga
segala-galanya? Aku tahulah sekecil kecil ingatan kepada wanita juga boleh
dipanggil zina, tetapi itu dengan hadirnya nafsu. Apakah kalian ingin berkahwin
hanya demi nafsu semata? Ataupun kalian tidak punya cara lain untuk mengelakkan
zina selain daripada berkahwin? Bukankah puasa juga boleh mencegah itu? Atau
kalian tidak mampu sebenarnya menahan nafsu kalian? Dan apa yang membuatkan kalian fikir yang tanggungjawab kalian selepas berkahwin hanya sekadar menyalurkan nafsu dengan jalan yang halal? “
Lelaki alim bangun, meninggalkan
kesan panas di atas kerusi batu di tepi Masjid Biru.
Lelaki kedua juga bangun, berjalan
perlahan lalu disandarkan gitarnya di tiang masjid, menuju hadrat tuhan. Di
tangannya ada plastik kuning berisi pakaian bersih. Penyamarannya selesai untuk
hari itu.
13 Julai 2012.
Thursday, July 5
Friday, June 29
Keliru.
Dia baring di atas katil hospital.
Mukanya kelihatan keruh dan air matanya mengalir. Dia baring, dan kelihatan
seperti tidur, tetapi bayangan yang dilihatnya berjalan di sekeliling katil.
Pakaiannya hijau gelap, tetapi berkaki ayam.
Perjalanan
menuju tuhan itu aneh, fikirnya. Dia bukan berada di lapisan-lapisan langit
yang sepatutnya menemukan dia dengan tuhan, tetapi dia berada di atas air.
Entah, luasnya seperti di atas lautan semedera yang tidak nampak penghujungnya.
Sama seperti langit yang tidak ada hujungnya.
Dia berjalan perlahan di atas air
yang keruh. Entah kemana yang dia tuju. Entah arah utara, selatan, timur atau
barat yang harus dia pergi. Berjalan tanpa arah tujuan begini memang
meletihkan. Nun di kejauhan, kelihatan
salib yang besar menongkah langit. Tanda yang kelihatan seperti simbol tambah
itu bagai menggamitnya datang, memanjat tiang maha besar itu untuk mencapai
hadrat tuhan. Digagahi dan dipaksa kakinya berjalan, menuju hadrat Tuhan yang
dia nampak. Semakin hampir, dilihatnya tangan besar menghulurkan sebuah bejana
berisi air suci. Tiba-tiba, pang!
Dia kembali berada di katil
hospital, mengelilingi jasadnya sendiri
yang terbaring lesu di atas katil. Seperti
tadi, sesudah tujuh kali bertawaf mengelilingi katil hospital, dirinya kembali
berada di dunia lain.
Kali ini, dia berada di rumah itu.
Di rumah berbulan bintang yang biasa dia pergi. Dia ingat. Di rumah itu, dia
selalu tunduk bangun mengerjakan ibadah kesukaannya. Di situ juga, dia sering
mencari kekuatan diri dan mencari dirinya sendiri yang sering hilang.
Dilihatnya beberapa orang alim membaca kitab itu. Ya, kitab kesukaannya sejak
dua puluh tahun yang lalu. Dilihatnya juga beberapa orang lagi sedang melakukan
ritual penyembahan. Apa yang mereka sembah? Dia hairan.
Lima
minit kemudian, pang!
Dia
kembali berada di katil hospital. Masih mengelilingi dirinya sendiri di atas
katil. Tujuh minit kemudian, dia sudah tidak ada di dalam bilik itu lagi. Bunyi
loceng menggamit perhatian. Diangkat kepalanya perlahan. Dia terkejut. Dia nampak
tuhan yang aneh di hadapannya. Perutnya buncit, rantai emas tergantung di leher
tuhan itu. Tangan tuhan itu juga tidak terkira banyaknya, seperti meminta dia
meletakkan tangannya di salah satu tangan tuhan itu. Mata tuhan itu memandang
dia tepat. Pang!
Dia
sudah letih berjalan. Pulangnya ke biliknya sendiri, berharap tidak akan ada
lagi perjalanan itu. Dia benar-benar sudah letih. Dia berdiri di pintu bilik,
memandang sepi jasad yang terbujur kaku di atas katil. Pilihannya pasti tepat,
fikirnya. Dia berjalan perlahan menembusi jasad itu. Dipilihnya yang berjari
banyak. Hanya kerana tuhan itu dia nampak. Allah itu tidak ada, katanya lagi.
Perjalanannya mencari tuhan sudah berakhir.
Wednesday, June 6
celaka.
Yang atas
membakar
Yang bawah
memancar
Buatkan
dunia jadi Padang Mahsyar
Ngauman
alam berbunyi kasar
Kerana
makhluk durjana yang membuat onar.
Mereka
marahkan Tuhan
Air mata
langit ditahan tahan
Hamparan
luas tidak lagi menjadi dahan
Syaitan
Azazil bersorak keriangan.
Tuding jari
salah belaka
Yang tahu
hanyalah marah dan murka
Tangan
sendiri membuat celaka
Hasil seni
kotor dipandang suka.
Dunia
dihentam ancaman
Neraka
Jahannam dilontar geram
Mendung dan
hujan tidak lagi jadi pujian
Hanya
makian gambarkan takdir Tuhan
Makin murka
makin hebat dugaan.
Tuhan juga
sedang murka
Diberi
pinjam tidak dijaga
Cukup masa
diberi bala
Biar sedar
si penghuni dunia
Murka Dia
angkara siapa
Bala Dia
juga angkara siapa.
Bila si
bulat dipenggal
Tiada lagi
makian yang tinggal
Hanya ada
Dia yang tunggal
Mengawal
cakerawala dan isinya yang dangkal.
Ketidaktercapaian.
Si gadis
sunti menangis di situ
Si jejaka
baju biru mendengar buntu
Dipujuk
sedang kata kata manis bersatu
Buatkan si
gadis tersenyum malu.
Senyumnya
si gadis seperti semalu
Disentuh
hanya dengan kata kata sudah terkaku
Bibir
tersenyum seperti selalu
Manis
menyungging bagai sang ratu.
Ohh sayangnya
Si jejaka
berbaju biru mahu tapi tak mampu
Sebelah
hatinya bunga lain rebut dahulu
Sayang yang
amat sangat hanya berhenti di situ
Takut si
gadis yang tersenyum selalu
Menangis lagi
dan malu.
Cinta dan Kamu.
Cinta itu
aneh
Berpusar pusar
di satu tempat
Jalan
bersama mulut dikunci rapat
Waktu lain,
punya tiga dan empat
Tapi bila aku
dengan kamu
Tak
bercakap tapi masih dapat
Berbicara
singkat
Hanya dua
hati yang mengikat
Bicara kita
jadi indah amat
Panggilan
manja tak pernah dikecap
Hanya mata
menyanyikan bait dan rangkap
Puisi cinta
jadi pelengkap
Walau sukar
diungkap
Tapi hanya
hati kita dapat menangkap
Bicara cinta
kamu menyejukkan hati
Buat lagu
cinta kita tak pernah berhenti
Juga tak
pernah mati
Walaupun hukum
alam silih berganti
Walaupun entiti
dunia datang dan pergi
Hingga
suatu masa yang aku panggil infiniti
Ohh cinta
kamu takkan berhenti
Aku dan
kamu telah berjanji
Yang buat
kita terpisah hanyalah
Detik yang
terhenti.
Aku sayang kamu.
Terlalu.
Tuesday, May 8
Entah.
“Sayang, dah berapa bulan ya?” bisik
Fariz sambil mengusap lembut perut isterinya yang tidak berapa besar itu.
Dielus elus rambut ikal mayang Zarina, sambil bibirnya perlahan mengucup pipi
lembut isterinya itu.
“Uh, baru lagi. Baru dua bulan lebih. Kenapa?
Abang rasa macam dah lama ya? “ Zarina pantas bangun, memandang suaminya sambil
tersenyum.
“Ya, abang tak sabar sabar dah nak tengok anak
kita ni.” bisik Fariz perlahan.
Mereka sudah lima tahun berkahwin.
Bukan tak ada rezeki nak dapat anak sejak awal, bukan pula sebab tak mampu dari
segi kewangan, saja merancang. Maklumlah darah tengah muda, mestilah nak
berseronok dulu. Tak mahu terikat dengan tanggungjawab. Zarina pulak masih
belajar di salah sebuah universiti pengajian tinggi. Mestilah tak ada masa nak
buat anak. Walaupun Fariz bekerja, dan kerjanya jugak menghasilkan gaji yang agak
lumayan, tapi kalau dah siang malam rumahnya di pejabat sahaja, malam pun balik
rumah setakat untuk tidur saja, bila masanya nak bermesra suami isteri.
*******
Zarina
berjalan lambat lambat ke arah lobi hotel. Dia yang baru balik dari kelas
malamnya menghampiri kereta Toyota Vios merahnya. Heh. Kelas malam kepala
hotak. Laki aku memang bodoh rupanya, fikir Zarina. Kelas malam lah tu. Kelas
aku belajar cara cara nak berseronok dengan lelaki lain. Memang kelas ni ada
waktu malam je. Kehkeh, ketawa Zarina dalam hati, puas dapat mempermainkan
suaminya. Lagipun, siapa suruh kau
tinggalkan aku seorang tiap tiap hari, fikirnya lagi.
*******
Fariz sedang tidur nyenyak tanpa
baju. Letih setelah dua hari tidak boleh melelapkan mata. Kerjanya di tapak dan
juga di pejabat memang mengundang keletihan yang amat sangat. Zarina sedang
mandi di bilik mandi. Dari setengah jam yang lepas. Entah apa yang dibuatnya. Bunyi
deringan lagu “Beautiful Monster’ dari telefon bimbit Satio Zarina merimaskan
Fariz. Bingit betul bunyinya. Direntap kasar telefon bimbit tersebut dari atas
meja tepi katil dan ditekannya dengan niat ingin menjawab panggilan tersebut. Belum
sempat menekan apa apa, deringan lagu itu berhenti dan telefon bimbit tersebut
terkunci sendiri. Hendak dibuka, locked. Perlu isi password pula. Terfikir juga
dia, sejak bila pula Zarina pandai lock telefon ni? Aish, macam ada apa apa je
ni. Malas memikirkan, Fariz tidur semula. Lima minit kemudian dengkuran mula
berbunyi.
Lima belas minit kemudian, telefon
bimbit Zarina berbunyi lagi. Kali ini lama. Fariz terjaga lagi. Lama memerhati
telefon bimbit itu. Dia perhati pula pintu bilik air. Bunyi air dari pancuran masih ada. Zarina
masih di dalam. Fariz teringat peristiwa pada bulan lepas, bila dan di mana dia
temui kebenaran tentang Zarina. Di Hotel Quality Shah Alam. Dan sekali lagi
kebenaran terbongkar. Di sini. Di bilik tidurnya sendiri. Terima kasih Zarina,
bisiknya perlahan. Senyum.
********
Sambil melihat wajah isterinya lama
lama, dia tersenyum. Cantik jugak bini aku ni. Patutlah ramai yang nak. Sampai
aku tak kenal yang mana. Ramai betul. Ditariknya perlahan kedua-dua tangan
isterinya ke arah birai katil. Dia bangun dan berjalan perlahan ke arah laci
meja solek. Krek. Dibuka laci itu dengan kunci hitam. Diambil dua pasang gari.
Tutup laci dan kunci. Zarina masih lagi nyenyak tidur. Fariz naik ke atas katil
besar bersaiz raja itu. Dia menggari perlahan tangan isterinya sambil tersenyum,
masih tersenyum lebar dari tadi.
Kemudian, Fariz bergerak pula ke arah
kaki isterinya. Diusap lembut betis putih melepak isterinya. Sampai ke paha.
Tersenyum lagi dia. Ha ha ha. Bunyi ketawa perlahan kedengaran . Entah apa yang
kelakarnya tidak tahu. Krik. Kedua-dua kaki pula digari.
Kali ini, Fariz bangun lagi menuju
ke pintu. Turun tangga dan terus menuju ke dapur. Diambilnya satu benda
berkilat dari dapur. Bergerak ke atas menaiki tangga dan masuk ke bilik semula.
Fariz tiba-tiba rasa marah. Dia merenung tajam sekujur tubuh cantik di atas
katil.
Pisau pemotong daging yang diambil
dari dapur tadi dikeluarkan. Direnungnya tajam pisau itu. Tajamkah? Diletakkan pisau
itu di atas lidahnya. Ditekan. Tak ada apa apa. Ditekan lebih kuat. Lidahnya
terhiris sedikit, mengeluarkan darah merah pekat bercampur air liurnya. Fariz
tak rasa apa apa. Mungkin kerana penangan ecstacy tadi yang ditelannya beberapa
biji.
Setelah berpuas hati dengan ketajaman pisau
itu, dihampirinya si bakal ibu yang sedang nyenyak tidur berbantalkan bantal
herba yang buatkan si bakal ibu tidur lena amat. Direnungnya wajah itu lama.
Sesekali, perut isterinya diusap lembut.
“Abang, sayang seronok. Bahagia sangat.”
“Kenapa?”
“Sebab sayang mampu berikan zuriat untuk abang.
Anak abang.”
Pang! Bunyi sesuatu di luar mengejutkan Fariz,
mematikan lamunan perbualan mereka tidak berapa lama dahulu.
Damn! Dammit! Tak guna kau Zarina!
Mata Fariz terbuntang. Direntapnya
kasar gaun tidur merah longgar Zarina. Ditariknya ke atas, kasar. Fariz tak tunggu
lagi. Ditekannya pisau pemotong daging ke atas perut besar Zarina. Dikiranya
mahu mula dari atas ke bawah. Fariz tersenyum. Dia punya idea yang lebih
bernas. Ditekannya pisau di bahagian tepi pinggang isterinya. Darah merah mula
menuruni laju dari hirisan kulit yang putih melepak itu, menampakkan sedikit
daging berwarna merah yang mula kelihatan. Fariz senyum. Kerja seninya
diteruskan. Pisau itu digoyang goyangkan sedikit, membentuk hirisan yang berbentuk
zigzag di sepanjang kulit perut Zarina, secara horizontal. Belum sampai hirisan
ke hujung, Zarina mambuka mata. Raungannya memecah keheningan malam, disertai
dengan rontaan yang maha kuat, kerana pedihnya hirisan pisau pemotong daging
yang baru dibeli minggu lepas itu. 2. 43 pagi.
Fariz tersentak. Lupa pula dia nak
kejutkan Zarina untuk lihat hasil seninya, fikirnya. Tapi tak apa, isterinya dah bangun. Dia
senyum lagi. Zarina meraung dengan lebih kuat sambil meronta. Berbuih-buih
mulutnya sambil menjerit. Bunyi yang tidak tentu butir katanya. Yang dapat Fariz
dengar hanyalah, ‘sakit’, ‘abang’ ‘anak kita’ dan entah apa lagi. Mungkin
merayu dilepaskan. Dilihatnya tangan Zarina pun sudah merah. Kelaran yang
terhasil akibat rontaan tangannya yang digari, menerbitkan darah merah pekat.
Mengalir laju ke atas cadar bercorak abstrak putih merah. Putihnya cadar itu
sudah tidak kelihatan. Zarina sudah kehabisan tenaga melihat Fariz mengorek
belahan itu dengan kedua dua tangannya. Dia memandang sahaja dengan mata
putihnya.
Fariz menarik perlahan sesuatu dari
dalam belahan perut itu. Tangan kanannya merah dan berlendir. Hanyir baunya
boleh membuatkan sesiapa sahaja muntah hijau. Tapi tidak Fariz. Dia malah
gembira melihat cairan darah merah pekat bercampur air ketuban yang membuak
buak keluar dari perut isterinya. Macam mata air yang sedang terpancut. Seronok
benar dia. Tangannya menyeluk ke dalam belahan zigzag perut isterinya. Ah,
macam cari benda tersembunyi pula. Kehkeh! Dikeluarkan sesuatu. Zarina
memandang sayu dengan air mata mengalir. Dia masih hidup. Kuat benar dia
melawan tenaganya yang belum mahu pergi meninggalkan dunia. Fariz mengeluarkan
sesuatu. Janin bayi yang sudah lengkap menjadi janin yang sempurna. Sihat
mengikut usianya ketika itu. Tujuh bulan. Saiznya kecil, sebesar tapak tangan Fariz.
Warnanya merah pekat dilumuri darah. Dan mata janin itu terbuka, bagai memandang
dan meminta belas lelaki yang telah menariknya keluar dari dunianya. Fariz membalas dengan renungan tajam ke arah
janin kecil berdarah itu. Damn! Pekiknya kuat.
Pang!
Bunyi jatuhan kuat jelas kedengaran.
Dan Zarina memejamkan matanya, meskipun dia sempat mendengar bunyi tersebut dan
tahu dari mana datangnya bunyi kuat tersebut.
Fariz tak puas hati. Diseluknya
lagi. Kali ini ke atas sedikit. Ditariknya perlahan, hendak memastikan apa yang
ditariknya. Oh, ini rupanya hati bini aku. Organ merah pekat bercampur hitam
itu direnungnya. Tajam. Diletaknya organ berlumuran darah itu ke atas katil
basah dengan darah merah. Diangkat pisau pemotong daging tinggi tinggi dan
ditetaknya organ tersebut sekuat hati, berkali kali. Memercik darah ke muka
Fariz dan tangannya. Merata rata sebenarnya percikan darah itu. Dinding, lampu
tidur, almari, meja solek malah pintu bilik mereka yang jaraknya agak jauh dari
katil juga tidak terlepas daripada percikan darah dan cebisan cebisan organ
tersebut, hasil tetakan dan cincangannya yang penuh seni itu. Dia puas tapi
belum cukup puas.
Kali ketiga, Fariz menyelukkan
tangannya lagi ke dalam perut isterinya. Bukan, mayat isterinya. Difikirkan
mahu mencari sesuatu, tetapi terpegang sesuatu yang lain. Yang menarik
perhatian tangannya. Ditariknya kasar dengan tangan kasarnya juga. Satu lagi
janin. Sama seperti yang tadi. Merah berlumuran darah, tetapi saiznya lebih
besar. Darah Fariz mengelegak lagi. Lima minit, Pang! Janin itu pecah dibaling
ke dindIng putih bersih bilik mereka, menghasilkan corak merah bertompok tompok
hitam dan jernih, juga kuning cair. Kelihatan janin itu hancur dengan kepala
yang sudah pecah berterabur, tangan kaki yang penyek, dan angota- anggota lain
yang sudah tidak kelihatan rupa asalnya, sama seperti janin yang pertama tadi.
Fariz tersenyum terbahak bahak, menyeringai
menampakkan gigi putihnya,
“Sayangku, kalau bayi-bayi itu mukanya seperti
aku, pasti kau masih hidup sekarang. Mereka pun pasti masih hidup.”
“Masalahnya bila muka diorang tak macam aku!
Damn! “
Keliru.
Dia menapak
di dunia keji
Berjalan
dengan iringan hati
Bukan
seorang diri
Di belakang
ramai menemani
Tapi
Perjuangan
yang tak pasti
Yang
dijerit dimaki
Bukanlah
revolusi
Bukanlah
rekonstruksi
Tapi
tunjukkan kelemahan diri
Pendirian
tetap
Tapi tak
mantap
Revolusi
diingini
Tapi dengan
cara keji
Juga
memperkejikan
Mereka yang
hilang diri
Guna
demonstrasi sebagai sarana
Yang
dicapai hanyalah bahana
Yang dilihat
hanyalah bencana
Slogan
duduk dan bantah dicanang merata
Tapi rosak
dan punah jadi senjata
Kami yang
melihat
Hanya mampu
geleng kepala
Dan memerhati
Segala derita
Dan jeritan
Rakyat yang
terus membara
Hilang
ditelan retorik si ahli surga
Ciptaan dunia.
Dan wajah dunia kita
Terus jadi seperti neraka
Dan akan terus begitu
Selama lamanya.
kehkeh. ini bapak aku lah yang benci sangat demonstrasi ni. terpaksa aku tulis serupa ini!
kehkeh. ini bapak aku lah yang benci sangat demonstrasi ni. terpaksa aku tulis serupa ini!
Friday, April 13
Peringatan.
"Raihan, jadi girl yang baik ya. Dan hang kena ingat, letaklah seorang boy tu macam selipar, tau? Di bawah. Nanti hang tak sakit hati dah. Aku dulu pun macam hang jugak. Tapi sekarang tak dah. Hang kena ingat, bila hang ada selipar, bila selipar tu dah rosak, hang tak boleh simpan selipar tu, sayang sangat selipar rosak tu dan berkaki ayam. Paham? "
(Abrar, 2012)
“Aku mahu yang mistik sedikit, yang punya feng shui yang tepat, dan pelik. Seperti syurga. Aku mahu seperti syurga. Tidak pernah ada di rumah orang lain. Kamu cintakan aku kan? Boleh kamu buatkan itu?” “Untuk kamu, apa saja, sayang.“Balasnya sambil memeluk hangat tubuh lembut langsing itu. Ray mengusap rambut Natalia perlahan. Harum. Ditariknya gadis comel berbibir mungil itu ke ruangan merah menyala. Semerah cintanya pada Natalia. Alunan muzik lembut John Levine mengalun perlahan, dimainkan oleh si pelayan yang ditempah khas. Meja bulat beralaskan kain putih merah menggamit mata Natalia. Dia melangkah perlahan. Botol Martini dipegang lembut, sambil tangan kirinya memegang gelas wain berkaki tinggi. Mewah amat. Sayang benar Ray padanya. Makan malam mewah mereka, ditemani chandeliar tinggi dan alunan muzik tenang membuai perasaan. Selesai menikmati makan malam, Ray bangun. Tubuh Natalia dirangkul hangat menuju ke tengah ruangan. Dihayunkan kaki mengikut alunan muzik, lalu bahasa badannya menggesa Natalia mengikut alunan muzik dan langkah kakinya. Mereka tenggelam dalam keasyikan perasaan dan cinta ghairah pada malam itu. Keseronokan berakhir di bilik hotel J.W Marriot bernombor 112. Titik.
----------------------------------------------------------------
“Kenapa aku tidak boleh datang ke rumahmu? Apakah kamu menyembunyikan sesuatu dari aku? Apakah kamu menyimpan perempuan lain di rumah itu? Mengapa?” Soalnya ganas. Dia merasakan ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kekasih hatinya itu. Perempuan simpanan barangkali. Ahh, dasar lelaki. Semuanya sama saja.
Semakin lama, semakin banyak keanehan yang dilihat pada Ray. Kerap menghilang tanpa alasan, jawapan atau penjelasan. Panggilan sering tidak dijawab, dan hubungan mereka tidak sehangat dulu. Natalia mula gusar, memikirkan ada perempuan lain yang cuba menggoda sang buah hati cintanya. Manakan tidak, keenganannya untuk membenarkan Natalia datang ke rumahnya cukup buat dia gusar dan resah. Cantik manakah perempuan itu? Licik benar dia menggoda.
Natalia tidak mampu bersabar lagi. Ditekannya punat butang pada telefon bimbit Sony Ericsson W8 miliknya. Kali ke enam puluh lapan. Tutt...Tutt. Masih tidak berjawab. Dihempasnya telefon bimbit itu kuat. Bercerai casing dari telefon. Bateri disini, bahagian lain di sini. Menjadi puzzle. Dia menghempas pula tubuhnya ke sofa empuk. Berbaring malas. Lalu tertidur, dengan kemarahan meluap luap.
------------------------------------------------------------------
Terjaga. Dia merasakan badannya sakit amat. Dia merenung ke atas. Hanya ada cahaya samar samar. Aneh. Ini pasti bukan rumahnya. Natalia bingkas bangun dan tersentak. Di mana aku? Di mana? Natalia melangkah perlahan. Dia ketakutan. Dia mahu pergi dari tempat aneh ini.
Krekkkkk!
Bunyi di belakang mengejutkan. Ada pintu yang terbuka. Sepertinya pintu kondonya sendiri. Tetapi lebih cantik. Gril berukir indah berwarna emas itu terbuka sendiri. Begitu juga pintu berwarna coklat itu. Dia langsung tidak nampak siapa yang membukanya. Cahaya samar samar agaknya buatkan dia tidak nampak, fikirnya. Berjalan perlahan menghampiri pintu. Berhenti sekejap. Jalan lagi.
Natalia terbelalak. Kerongkongnya menelan air liur berkali kali. Ngeri. Bermula di pintu, ditenung pelapik kaki di depan sliding door. Aneh. Licin. Sejuk sekali. Warnanya merah coklat pekat, bersaiz lima belas kali dua puluh inci dan dihiasi corak seperti urat urat daging. Disentuh lembut. Tersentak! Itu memang kepingan daging yang nipis! Urat urat putih daging jelas kelihatan. Natalia menjauh. Kakinya dilarikan dari memijak pelapik kaki aneh itu.
Melangkah ke dalam, matanya terus menerus terbeliak. Dia berada dalam ruangan maha aneh. Sofanya kelihatan biasa, tetapi matanya tertancap pada kulit sofa. Natalia menjerit nyaring. Itu bukan kulit sofa. Itu kulit manusia! Warna yang berbelak belak mengejutkan dia. Entah berapa orang manusia yang dibunuh dan disiat kulitnya untuk dibuat kulit sofa ini. Pasti banyak, kerana warnanya juga banyak tona. Pasti ada yang berkulit sawo matang, kuning langsat, putih melepak dan merah merah muda. Ngeri dia memikirkan itu.
Dia terus melangkah perlahan. Kali ini lebih berhati hati. Di satu sudut, kolam buatan menggamit perhatian. Bukan hiasannya tumbuhannya bagai hutan merimbun kecil yang menarik perhatian, tetapi air terjunnya dari guri bertingkat yang mengalir masuk ke dalam kolam. Ya, yang mengalir laju ke dalam kolam itu adalah darah merah pekat, bukan air biasa. Pemilik rumah ini sangat aneh. Luar biasa. Hanyir bau darah menusuk hidung. Dia ingin termuntah. Tapi ditahannya.
Natalia tidak mahu memandang lagi. Seluruh sudut rumah itu mengerikan baginya. Cebisan daging merata rata, juga tulang yang diletak sebagai hiasan di setiap sudut rumah bercat putih merah itu. Merah dengan darah. Tiba tiba, dia menjerit kuat. Terpekik pekik seperti diserang histeria apabila melihat sebuah kerusi rotan di ruang tengah. Ada mayat di atas kerusi tersebut! Mayat yang kelihatan sedang mereput, mengerekot kemas di atas kerusi, dan matanya bagai memandang tepat pada Natalia. Natalia bungkam.
------------------------------------------------------------------
Lampu terbuka tiba tiba, lalu Natalia memandang siling, kejutan demi kejutan diterima. Yang dipandangnya bukanlah lampu kalimantang atau pendaflour, tetapi lampu hiasan bermentol tiga yang terletak kemas pada tiga kepala, ya, kepala yang masih mempunyai wajah yang sempurna. Mentol menyala memancar di dalam mulut mereka. Tiga wajah itu pucat dan mata mereka terbuka luas, membayangkan azab yang amat sebelum kematian dahsyat. Dan tiga biji mentol yang disumbat ke dalam mulut tiga buah kepala yang tergantung itu memancarkan cahaya putih yang terang, menyilaukan mata. Natalia sudah berpinar pinar. Pemandangan aneh yang dilihatnya itu menyukarkan dia untuk berfikir waras lagi. Pening pening lalat. Dan ketika dia hampir memejamkan mata dan jatuh, tubuhnya ditahan kemas.
--------------------------------------------------------------
Bangunnya di bilik asing. Putih merah. Dindingnya dihiasi cat putih merah dengan corak yang abstrak. Darah! Bau tengik segera menusuk hidung comelnya, dia sesak nafas. Dia menoleh. Di sebelahnya terbaring lelaki pujaan hati, Ray. Terbaring tanpa baju. Hanya boxer melekat di badan. Dia menggoncang kuat tubuh tidak bergerak si Ray. Disedarinya tangannya terikat kuat. Digari di kepala katil. Setelah beberapa kali mencuba, Ray bangun dengan malas. Pejam mata. Buka mata. Pejam. Buka semula.
“Sayang, kamu mahu yang mistik kan? Kamu tahu, aku penat sediakan semuanya untuk kamu. Untuk kamu. Kerana aku terlalu cintakan kamu. Aku turutkan semua kehendak kamu. Kamu tahu mistiknya di mana?”
Tangannya mengusap lembut pipi putih Natalia. Dengan pisau belati miliknya. Usapan itu menghiris pipi cantik gebu itu, mengalirkan darah merah pekat.
“Kamu tahu, apabila aku tidak ada di rumah nanti, mereka yang akan menemani kamu. Roh roh mereka bergentayangan di sini, masih tidak tenang, kerana mayat mereka masih ada di sini. Di merata rata dalam rumah ini. Jadi, mereka akan menemani kamu. Kamu suka kan sayang?” Sengihnya lebar, menakutkan Natalia yang bingung memikirkan.
“Kamu juga mahu yang aneh kan? Yang tidak ada di rumah orang lain. Kamu lihat, semua yang aku lakukan ini ada di rumah orang lain? Ada? Ada?” Jerkahnya kasar sambil menarik kasar rambut ikal mayang Natalia. Segumpal rambut dalam genggaman tangan Ray terlepas ke lantai. Natalia menjerit ketakutan.
“Dan kamu mahu syurga bukan? Kamu mahu syurga ya. Ha ha ha! Kamu tahu kan syurga itu hanya ada setelah kita menghadapi kematian. Tahu kan. Kamu mahu syurga? Mahu?” Ray berkata perlahan sambil tersenyum lebar. Sebelum Natalia sempat berkata apa pun, termasuk perkataan jangan,
Bang!Bang! Bang!
Jantungnya tersembur keluar. Pecah. Darah merah terpercik ke merata rata tempat, dinding dan setiap inci master bedroom tersebut, termasuk tubuh Ray. Jasad hancur itu terkeluar ususnya dan segala isi perut yang ada, milik Natalia, hingga tak dapat dikenal pasti lagi yang mana satu bahagian sebenarnya.
Hilai tawa yang kuat kedengaran bergema di segenap bilik, dan lima minit kemudian,
Bang!Bang! Bang! Arggggh!
Subscribe to:
Posts (Atom)