I don't have much friends so this is mine. I talk to it but I do welcome you to read and comment.
Saturday, August 4
.....................
Lelaki itu berpakaian santai, duduk
di kerusi batu di tepi Masjid Biru. Dia melihat ke kiri ke kanan, lihat
gadis-gadis berjubah dan bertudung labuh. Ah cantiknya, fikirnya dalam hati.
Tunduk semula setelah beberapa saat, menjaga pandangan barangkali. Sekali lagi, dia berkira kira mahu memandang
sekeliling, melihat apa yang boleh dilihat. Ah, tunduk semula.
Dia mengangkat kepala. Seorang lelaki kelihatannya
berusia tiga puluhan duduk di tepinya. Keras bunyinya gaya duduk itu. Memegang
gitar, dengan selipar jepun dan jeans koyak di lutut, dipandangnya jelik lelaki
itu. Entah siapa, singgah masjid tetapi tak solat pun. Inilah dunia akhir
zaman, masjid hanya tempat melepaskan lelah. Keluhnya, juga berbunyi keras.
Kedua dua mereka diam. Sepi
berbunyi. Akhirnya, si lelaki alim memulakan bicara.
“Buat apa di sini? “
“Ah, takkan main boling pula di
sini.” Angkuh bunyi jawapannya.
“Marah bunyinya. “
“Tidaklah. Seronok. “
Lelaki alim diam. Ah, bukan jenis
boleh dibawa bersembang ni.
“Kau pula buat apa di sini?”
“Aku? Tentulah baru lepas solat. Takkan
datang sini nak menari pula. “ Dipulangkan paku buah keras.
“Aku agak, kau mesti parti PAS kan? “
Ah, soalan apa pula ni, fikirnya
pantas.
“Mestilah, aku kan orang Islam.”
“Oh ya? Jadinya parti yang lain itu
bukan Islam? Mereka sembah tuhan apa ya?”
“Tidaklah begitu. Cuma aku di pihak
yang benar. “
“Oh ya? Nama kau dah ada di pintu
syurga? “
“Manalah aku tahu, itu bukan urusan
aku. “
“Jadinya, siapa yang mengatakan kau
di pihak yang benar? Oh agaknya buku amalan kau dah diangkat. Kanan sahaja
diberinya. Pastilah begitu kan. “
“Engkau ini siapa?”
“Aku? Orang yang hina. Kau sudah ada
teman wanita? “
“Bercinta itu haram hukumnya.”
“Engkau ini bertuhankan apa? Siapa
pula yang cakap bercinta itu haram?”
“Tentulah. Cinta itu membawa kepada
kelalaian dan menghampiri zina. “
“Bodoh juga engkau. Selama ini untuk
apa kau sembah tuhan itu? Bukan kerana cinta? Untuk apa kau tunduk bangun
mengerjakan perintah-Nya? Bukan juga kerana cinta? “
“Tentulah cinta. Cinta kepada Allah
dan Rasul itu lain daripada cinta kepada manusia. “
“Engkau ini sungguh bodoh. Rasul
juga manusia. Engkau sebenarnya tahu atau tidak definisi cinta itu?”
Diam tidak berkutik.
“Engkau pasti belum berkahwin, dan
engkau pasti mahu berkahwin awal, kononnya untuk mengelakkan zina. “
“Tentulah. Kahwin muda dapat
mengelakkan zina. ”
“Tak faham juga aku. Lelaki berlagak
alim ulama seperti kau ini niat berkahwin untuk mengelakkan zina. Bagaimana
orang-orang seperti kalian yang kononnya alim warak ini boleh terjerumus kepada
zina? Bukankan hidup kalian kerana tuhan semata? Bagaimana orang seperti aku
tidak mahu berkahwin awal sedangkan aku ini lebih mudah terdedah kepada zina? Bagaimana
kalian fikir yang kalian akan melakukan zina sedangkan kalian sangat menjaga
segala-galanya? Aku tahulah sekecil kecil ingatan kepada wanita juga boleh
dipanggil zina, tetapi itu dengan hadirnya nafsu. Apakah kalian ingin berkahwin
hanya demi nafsu semata? Ataupun kalian tidak punya cara lain untuk mengelakkan
zina selain daripada berkahwin? Bukankah puasa juga boleh mencegah itu? Atau
kalian tidak mampu sebenarnya menahan nafsu kalian? Dan apa yang membuatkan kalian fikir yang tanggungjawab kalian selepas berkahwin hanya sekadar menyalurkan nafsu dengan jalan yang halal? “
Lelaki alim bangun, meninggalkan
kesan panas di atas kerusi batu di tepi Masjid Biru.
Lelaki kedua juga bangun, berjalan
perlahan lalu disandarkan gitarnya di tiang masjid, menuju hadrat tuhan. Di
tangannya ada plastik kuning berisi pakaian bersih. Penyamarannya selesai untuk
hari itu.
13 Julai 2012.
Thursday, July 5
Friday, June 29
Keliru.
Dia baring di atas katil hospital.
Mukanya kelihatan keruh dan air matanya mengalir. Dia baring, dan kelihatan
seperti tidur, tetapi bayangan yang dilihatnya berjalan di sekeliling katil.
Pakaiannya hijau gelap, tetapi berkaki ayam.
Perjalanan
menuju tuhan itu aneh, fikirnya. Dia bukan berada di lapisan-lapisan langit
yang sepatutnya menemukan dia dengan tuhan, tetapi dia berada di atas air.
Entah, luasnya seperti di atas lautan semedera yang tidak nampak penghujungnya.
Sama seperti langit yang tidak ada hujungnya.
Dia berjalan perlahan di atas air
yang keruh. Entah kemana yang dia tuju. Entah arah utara, selatan, timur atau
barat yang harus dia pergi. Berjalan tanpa arah tujuan begini memang
meletihkan. Nun di kejauhan, kelihatan
salib yang besar menongkah langit. Tanda yang kelihatan seperti simbol tambah
itu bagai menggamitnya datang, memanjat tiang maha besar itu untuk mencapai
hadrat tuhan. Digagahi dan dipaksa kakinya berjalan, menuju hadrat Tuhan yang
dia nampak. Semakin hampir, dilihatnya tangan besar menghulurkan sebuah bejana
berisi air suci. Tiba-tiba, pang!
Dia kembali berada di katil
hospital, mengelilingi jasadnya sendiri
yang terbaring lesu di atas katil. Seperti
tadi, sesudah tujuh kali bertawaf mengelilingi katil hospital, dirinya kembali
berada di dunia lain.
Kali ini, dia berada di rumah itu.
Di rumah berbulan bintang yang biasa dia pergi. Dia ingat. Di rumah itu, dia
selalu tunduk bangun mengerjakan ibadah kesukaannya. Di situ juga, dia sering
mencari kekuatan diri dan mencari dirinya sendiri yang sering hilang.
Dilihatnya beberapa orang alim membaca kitab itu. Ya, kitab kesukaannya sejak
dua puluh tahun yang lalu. Dilihatnya juga beberapa orang lagi sedang melakukan
ritual penyembahan. Apa yang mereka sembah? Dia hairan.
Lima
minit kemudian, pang!
Dia
kembali berada di katil hospital. Masih mengelilingi dirinya sendiri di atas
katil. Tujuh minit kemudian, dia sudah tidak ada di dalam bilik itu lagi. Bunyi
loceng menggamit perhatian. Diangkat kepalanya perlahan. Dia terkejut. Dia nampak
tuhan yang aneh di hadapannya. Perutnya buncit, rantai emas tergantung di leher
tuhan itu. Tangan tuhan itu juga tidak terkira banyaknya, seperti meminta dia
meletakkan tangannya di salah satu tangan tuhan itu. Mata tuhan itu memandang
dia tepat. Pang!
Dia
sudah letih berjalan. Pulangnya ke biliknya sendiri, berharap tidak akan ada
lagi perjalanan itu. Dia benar-benar sudah letih. Dia berdiri di pintu bilik,
memandang sepi jasad yang terbujur kaku di atas katil. Pilihannya pasti tepat,
fikirnya. Dia berjalan perlahan menembusi jasad itu. Dipilihnya yang berjari
banyak. Hanya kerana tuhan itu dia nampak. Allah itu tidak ada, katanya lagi.
Perjalanannya mencari tuhan sudah berakhir.
Wednesday, June 6
celaka.
Yang atas
membakar
Yang bawah
memancar
Buatkan
dunia jadi Padang Mahsyar
Ngauman
alam berbunyi kasar
Kerana
makhluk durjana yang membuat onar.
Mereka
marahkan Tuhan
Air mata
langit ditahan tahan
Hamparan
luas tidak lagi menjadi dahan
Syaitan
Azazil bersorak keriangan.
Tuding jari
salah belaka
Yang tahu
hanyalah marah dan murka
Tangan
sendiri membuat celaka
Hasil seni
kotor dipandang suka.
Dunia
dihentam ancaman
Neraka
Jahannam dilontar geram
Mendung dan
hujan tidak lagi jadi pujian
Hanya
makian gambarkan takdir Tuhan
Makin murka
makin hebat dugaan.
Tuhan juga
sedang murka
Diberi
pinjam tidak dijaga
Cukup masa
diberi bala
Biar sedar
si penghuni dunia
Murka Dia
angkara siapa
Bala Dia
juga angkara siapa.
Bila si
bulat dipenggal
Tiada lagi
makian yang tinggal
Hanya ada
Dia yang tunggal
Mengawal
cakerawala dan isinya yang dangkal.
Ketidaktercapaian.
Si gadis
sunti menangis di situ
Si jejaka
baju biru mendengar buntu
Dipujuk
sedang kata kata manis bersatu
Buatkan si
gadis tersenyum malu.
Senyumnya
si gadis seperti semalu
Disentuh
hanya dengan kata kata sudah terkaku
Bibir
tersenyum seperti selalu
Manis
menyungging bagai sang ratu.
Ohh sayangnya
Si jejaka
berbaju biru mahu tapi tak mampu
Sebelah
hatinya bunga lain rebut dahulu
Sayang yang
amat sangat hanya berhenti di situ
Takut si
gadis yang tersenyum selalu
Menangis lagi
dan malu.
Cinta dan Kamu.
Cinta itu
aneh
Berpusar pusar
di satu tempat
Jalan
bersama mulut dikunci rapat
Waktu lain,
punya tiga dan empat
Tapi bila aku
dengan kamu
Tak
bercakap tapi masih dapat
Berbicara
singkat
Hanya dua
hati yang mengikat
Bicara kita
jadi indah amat
Panggilan
manja tak pernah dikecap
Hanya mata
menyanyikan bait dan rangkap
Puisi cinta
jadi pelengkap
Walau sukar
diungkap
Tapi hanya
hati kita dapat menangkap
Bicara cinta
kamu menyejukkan hati
Buat lagu
cinta kita tak pernah berhenti
Juga tak
pernah mati
Walaupun hukum
alam silih berganti
Walaupun entiti
dunia datang dan pergi
Hingga
suatu masa yang aku panggil infiniti
Ohh cinta
kamu takkan berhenti
Aku dan
kamu telah berjanji
Yang buat
kita terpisah hanyalah
Detik yang
terhenti.
Aku sayang kamu.
Terlalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)