Thursday, June 6

Entri pujuk diri.

Bersabarlah.

Jatuhlah lima ribu kali pun, aku akan tetap bangun semula. Dan melangkah lagi.

Biar dirobek hati hingga hancur, biar dipijak hati hingga pecah berkecai, biar puas kau sakitkan.

Biarlah, Allah ada. Dan akhirnya, mungkin kau akan rasa juga.

Bukan aku kata, Tuhan yang kata.

Kerana setiap apa yang kita lakukan, ada balasannya.

Bezanya baik, buruk, syurga, neraka, pahala, dosa, suka dan murka.

Moga aku bersabar, moga aku masih mampu senyum, dan moga aku dapat yang jauh lebih baik dari apa yang engkau dapat,

Bukan kerana besarnya dendam aku,

Tetapi kerana besarnya sabar aku.

Tuhan Maha Adil.

No comments:

Post a Comment