Saturday, November 3

Cerita Cinta Gadis.


Berikan aku tinta dan sebatang kayu kecil, akan ku karangkan secangkir syair yang akan buat dunia berubah rasa dan juga fikiran mereka. Berikan juga aku secawan cinta, akan ku gubahnya menjadi madu bahagia selama lamanya. Ini cerita mereka. Cerita yang mereka  punya di dalam kotak hati yang sering bertukar figuranya: bahagia, derita, bahagia, dan lebih banyak derita dari bahagia. Cerita yang aku ukir di batu belas kasihan seorang saudara. Yang selalu mengintai kisah mereka.

Sungguh, cinta buatkan dia jadi bagai air mata awan yang tidak dirancang jatuhannya, dan orang yang memandang hanya mampu memandang tanpa mampu berbuat apa, hanya mampu meminta belas kasihan penciptanya. Tidak ada mampu menukar cerita cintanya, walau bagaimanapun perancangan dan gubahannya, walau bagaimanapun janji mereka. Tapi, dia bilang, ia bukan sekadar cerita, ia lebih dari sekadar segunung puisi drama dunia, ia lah kalimat kalimat indah dari syurga dunia atas paksinya. Ciptaan dia. Ya, pria itu. Pria itu yang buatkan dia jadi jasad tanpa rohnya, yang buatkan dia jadi setiap tujahan panah beracun tanpa arahnya, dan juga sekadar menjadi patung sembahan yang langsung tidak mampu berbuat apa apa. Kerana cinta.

   Pria itu aneh. Pria itu seorang pendita agung yang datang secara tiba tiba dalam hati dia, seperti seekor lebah yang menjeru sekuntum bunga mekar demi madunya, dan setelah itu, tidaklah dibuang cuma ditinggalkan, tidak seperti perumpamaan yang berbunyi ‘habis madu sepah dibuang’. Dia pula hanya melekat di kuntumnya, hanya membiarkan lebah itu hinggap dan merasa madu cintanya, walaupun sekadar sedetik dua detik cuma, nikmatnya lain daripada biasanya. Bukannya dia tidak pernah merasai cinta, cumanya, cinta yang datang kali ini aneh rupanya. Jauh dari jangkauan mimpi mimpi indah seorang manusia yang mengagungkan cintanya. Oh agungnya.
    
    Pria itu bisa buatkan dia terawang awang di tengah antara bumi panas derita dunia dan juga langit agung berisi syurga, dan juga khayalkan dia dengan arak cinta sucinya. Ah, juga lupakan dia dengan derita cinta masa lalunya. Juga jadikan dia jasad yang penuh warna warni katanya, bahasanya, bicaranya. Sungguh, pria itu mengubah segala galanya tentang dia. Detiknya sekejap cuma, tapi pria itu ubahnya seperti mengubah dunia! Perinya mencairkan setiap kepingan duka dan ego wanita punya dia.

Cinta mereka suci, bak salji memutih di waktu pagi. Bak embun yang jatuh menyembah bumi setiap pagi. Cinta mereka, jauh lebih agung dari semua penangan cinta agung sang dewa dewi dan segala entiti. Jauh agungnya mencapai infiniti, dan tingginya mencapai syurgawi. Tak dapat digambarkan dengan butir-butir bicara sang pemimpi. Juga tak dapat digambarkan oleh lukisan atas kanvas impian gadis ini.

   Setelah termeterai janji satu hari waktu mereka akan menamakan cinta itu bahagia, membina teratak dari gunung salji cinta mereka berdua, setelah penat gunung cinta mereka berdua dilelah, oh hari itu. Hari di mana segala arak, gunung, dan bunga cinta mereka hangus dalam satu bakaran berita yang membawa duka derita. Bahana berita itu yang hantar prianya ke syurga Tuhan, bukan bersama sama seperti janji mereka, tetapi hanya sang pria menuju ke sana. Tangannya hanya mampu mencapai gerbang syurga menghantar roh sang pria tetapi tidak mampu memasukinya. Oh gadis itu sedih. Airmatanya menggegar pohon pohon syurga teduhan sang pria. Awan yang membawa air mata gembiranya menanti hari bahagia, kini mencari bahu langit memuntahkan segala. Mencari awan lain berkongsi derita memuntahkan air mata jernih mereka.
    
    Sekarang, gadis itu mahu pamit dari dunia cinta yang dihulur dari pria mana pun. Dia sudah terpana dengan setiap satu cerita cinta gagalnya. Kali ini, dia hanya menunggu kematiannya. Yang mampu bawa dia berjumpa prianya. Yang mampu bawa dia naik ke langit arasy merayu Tuhannya untuk berjumpa sang pria. Yang mampu hantarkan dia oleh bidadadari syurga ke pohon teduhan prianya. Semuanya kerana sang pria, walaupun dia tidak tahu, prianya sudah bahagia bertemu bidadari sebenarnya. Di atas sana. 

Sunday, August 12

kakirogol.

di lorong sunyi
si gadis sunti menyanyi nyanyi
sambil menyepak tin tin minuman bertaburan
ditemani bunyi
mp3 yang baru dibeli

dang!
ohh bunyi itu kuat
gadis itu berpaling dan menoleh
fikirnya tikus jahat
atau anjing yang hidup melarat
atau bunyi yang dibuat buat

sebenarnya
si gadis cuma tiga puluh saat lewat
waktu itu
tubuh kecilnya direntap kuat
didukung dan didakap erat

keringat mengalir laju
rasa loya bertamu
makhluk bertopeng meluru
setiap helaian dilurut
si gadis terkejut
menangis dan meronta
kehormatannya direnggut
dicabut bagai rumput
malam itu
gadis kecil sudah tidak mahu hidup lagi
kerana nyawanya seperti sudah dicabut

akhirnya ditinggalkan begitu saja
di tepi jalan tanpa sesiapa
hanya ditemani gelap dan gelita
kasihan si gadis
harganya hilang begitu saja.

Langit Petang.


Langit petang yang ahmar
Tuntun mataku yang samar
Memandang pria yang gusar
Kerna hilangnya cintanya yang besar

Dekati si pria, makin mendekat makin hati aku lanar
Kerna cinta hatinya aku yang bubar
Aku yang pecahkan dengan kasar
Aku yang ciptakan abar
Aku yang tinggalkan debar
Kerna pria lain yang aku kejar

Cinta yang ada diabur abur
Serpihan jiwa raga yang sakit ditabur tabur
Segala dendam jahat dihambur
Buat pria berhati luhur
Tetapi
Segala cinta dihulur
Buat pria yang hati sifatnya pujur
Lalu aku henti dan undur
Biarkan si pria yang keras kejur
Masih merenung takdir yang kabur

Langit petang muncul lagi
Pria itu masih menanti
Walau gadisnya lari
Dia sangat pasti
Dan hatinya tahu sekali
Akan ada seorang lagi
Yang akan kembali
Dan bawa dia pergi
Dari jatuhan katil mimpi
Dengan si gadis adi

Saturday, August 4

A rainbow.

A slight change. A slight improvement. But still, thank you Allah. :)

.....................


Lelaki itu berpakaian santai, duduk di kerusi batu di tepi Masjid Biru. Dia melihat ke kiri ke kanan, lihat gadis-gadis berjubah dan bertudung labuh. Ah cantiknya, fikirnya dalam hati. Tunduk semula setelah beberapa saat, menjaga pandangan barangkali.  Sekali lagi, dia berkira kira mahu memandang sekeliling, melihat apa yang boleh dilihat. Ah, tunduk semula.

 Dia mengangkat kepala. Seorang lelaki kelihatannya berusia tiga puluhan duduk di tepinya. Keras bunyinya gaya duduk itu. Memegang gitar, dengan selipar jepun dan jeans koyak di lutut, dipandangnya jelik lelaki itu. Entah siapa, singgah masjid tetapi tak solat pun. Inilah dunia akhir zaman, masjid hanya tempat melepaskan lelah. Keluhnya, juga berbunyi keras.

Kedua dua mereka diam. Sepi berbunyi. Akhirnya, si lelaki alim memulakan bicara.

“Buat apa di sini? “

“Ah, takkan main boling pula di sini.” Angkuh bunyi jawapannya.

“Marah bunyinya. “

“Tidaklah. Seronok. “

Lelaki alim diam. Ah, bukan jenis boleh dibawa bersembang ni.

“Kau pula buat apa di sini?”

“Aku? Tentulah baru lepas solat. Takkan datang sini nak menari pula. “ Dipulangkan paku buah keras.

“Aku agak, kau mesti parti PAS kan? “

Ah, soalan apa pula ni, fikirnya pantas.

“Mestilah, aku kan orang Islam.”

“Oh ya? Jadinya parti yang lain itu bukan Islam? Mereka sembah tuhan apa ya?”

“Tidaklah begitu. Cuma aku di pihak yang benar. “

“Oh ya? Nama kau dah ada di pintu syurga? “

“Manalah aku tahu, itu bukan urusan aku. “

“Jadinya, siapa yang mengatakan kau di pihak yang benar? Oh agaknya buku amalan kau dah diangkat. Kanan sahaja diberinya. Pastilah begitu kan. “

“Engkau ini siapa?”

“Aku? Orang yang hina. Kau sudah ada teman wanita? “

“Bercinta itu haram hukumnya.”

“Engkau ini bertuhankan apa? Siapa pula yang cakap bercinta itu haram?”

“Tentulah. Cinta itu membawa kepada kelalaian dan menghampiri zina. “

“Bodoh juga engkau. Selama ini untuk apa kau sembah tuhan itu? Bukan kerana cinta? Untuk apa kau tunduk bangun mengerjakan perintah-Nya? Bukan juga kerana cinta? “

“Tentulah cinta. Cinta kepada Allah dan Rasul itu lain daripada cinta kepada manusia. “

“Engkau ini sungguh bodoh. Rasul juga manusia. Engkau sebenarnya tahu atau tidak definisi cinta itu?”

Diam tidak berkutik.

“Engkau pasti belum berkahwin, dan engkau pasti mahu berkahwin awal, kononnya untuk mengelakkan zina. “
“Tentulah. Kahwin muda dapat mengelakkan zina. ”

“Tak faham juga aku. Lelaki berlagak alim ulama seperti kau ini niat berkahwin untuk mengelakkan zina. Bagaimana orang-orang seperti kalian yang kononnya alim warak ini boleh terjerumus kepada zina? Bukankan hidup kalian kerana tuhan semata? Bagaimana orang seperti aku tidak mahu berkahwin awal sedangkan aku ini lebih mudah terdedah kepada zina? Bagaimana kalian fikir yang kalian akan melakukan zina sedangkan kalian sangat menjaga segala-galanya? Aku tahulah sekecil kecil ingatan kepada wanita juga boleh dipanggil zina, tetapi itu dengan hadirnya nafsu. Apakah kalian ingin berkahwin hanya demi nafsu semata? Ataupun kalian tidak punya cara lain untuk mengelakkan zina selain daripada berkahwin? Bukankah puasa juga boleh mencegah itu? Atau kalian tidak mampu sebenarnya menahan nafsu kalian? Dan apa yang membuatkan kalian fikir yang tanggungjawab kalian selepas berkahwin hanya sekadar menyalurkan nafsu  dengan jalan yang halal? “

Lelaki alim bangun, meninggalkan kesan panas di atas kerusi batu di tepi Masjid Biru.

Lelaki kedua juga bangun, berjalan perlahan lalu disandarkan gitarnya di tiang masjid, menuju hadrat tuhan. Di tangannya ada plastik kuning berisi pakaian bersih. Penyamarannya selesai untuk hari itu.

13 Julai 2012.

Thursday, July 5

Friday, June 29

Keliru.


Dia baring di atas katil hospital. Mukanya kelihatan keruh dan air matanya mengalir. Dia baring, dan kelihatan seperti tidur, tetapi bayangan yang dilihatnya berjalan di sekeliling katil. Pakaiannya hijau gelap, tetapi berkaki ayam.
                Perjalanan menuju tuhan itu aneh, fikirnya. Dia bukan berada di lapisan-lapisan langit yang sepatutnya menemukan dia dengan tuhan, tetapi dia berada di atas air. Entah, luasnya seperti di atas lautan semedera yang tidak nampak penghujungnya. Sama seperti langit yang tidak ada hujungnya.

Dia berjalan perlahan di atas air yang keruh. Entah kemana yang dia tuju. Entah arah utara, selatan, timur atau barat yang harus dia pergi. Berjalan tanpa arah tujuan begini memang meletihkan.  Nun di kejauhan, kelihatan salib yang besar menongkah langit. Tanda yang kelihatan seperti simbol tambah itu bagai menggamitnya datang, memanjat tiang maha besar itu untuk mencapai hadrat tuhan. Digagahi dan dipaksa kakinya berjalan, menuju hadrat Tuhan yang dia nampak. Semakin hampir, dilihatnya tangan besar menghulurkan sebuah bejana berisi air suci. Tiba-tiba, pang!

Dia kembali berada di katil hospital, mengelilingi  jasadnya sendiri yang terbaring lesu di atas katil.  Seperti tadi, sesudah tujuh kali bertawaf mengelilingi katil hospital, dirinya kembali berada di dunia lain.
Kali ini, dia berada di rumah itu. Di rumah berbulan bintang yang biasa dia pergi. Dia ingat. Di rumah itu, dia selalu tunduk bangun mengerjakan ibadah kesukaannya. Di situ juga, dia sering mencari kekuatan diri dan mencari dirinya sendiri yang sering hilang. Dilihatnya beberapa orang alim membaca kitab itu. Ya, kitab kesukaannya sejak dua puluh tahun yang lalu. Dilihatnya juga beberapa orang lagi sedang melakukan ritual penyembahan. Apa yang mereka sembah? Dia hairan.

                Lima minit kemudian, pang!

                Dia kembali berada di katil hospital. Masih mengelilingi dirinya sendiri di atas katil. Tujuh minit kemudian, dia sudah tidak ada di dalam bilik itu lagi. Bunyi loceng menggamit perhatian. Diangkat kepalanya perlahan. Dia terkejut. Dia nampak tuhan yang aneh di hadapannya. Perutnya buncit, rantai emas tergantung di leher tuhan itu. Tangan tuhan itu juga tidak terkira banyaknya, seperti meminta dia meletakkan tangannya di salah satu tangan tuhan itu. Mata tuhan itu memandang dia tepat. Pang!

                Dia sudah letih berjalan. Pulangnya ke biliknya sendiri, berharap tidak akan ada lagi perjalanan itu. Dia benar-benar sudah letih. Dia berdiri di pintu bilik, memandang sepi jasad yang terbujur kaku di atas katil. Pilihannya pasti tepat, fikirnya. Dia berjalan perlahan menembusi jasad itu. Dipilihnya yang berjari banyak. Hanya kerana tuhan itu dia nampak. Allah itu tidak ada, katanya lagi. Perjalanannya mencari tuhan sudah berakhir.

Wednesday, June 6

celaka.


Yang atas membakar
Yang bawah memancar
Buatkan dunia jadi Padang Mahsyar
Ngauman alam berbunyi kasar
Kerana makhluk durjana yang membuat onar.

Mereka marahkan Tuhan
Air mata langit ditahan tahan
Hamparan luas tidak lagi menjadi dahan
Syaitan Azazil bersorak keriangan.

Tuding jari salah belaka
Yang tahu hanyalah marah dan murka
Tangan sendiri membuat celaka
Hasil seni kotor dipandang suka.

Dunia dihentam ancaman
Neraka Jahannam dilontar geram
Mendung dan hujan tidak lagi jadi pujian
Hanya makian gambarkan takdir Tuhan
Makin murka makin hebat dugaan.

Tuhan juga sedang murka
Diberi pinjam tidak dijaga
Cukup masa diberi bala
Biar sedar si penghuni dunia
Murka Dia angkara siapa
Bala Dia juga angkara siapa.

Bila si bulat dipenggal
Tiada lagi makian yang tinggal
Hanya ada Dia yang tunggal
Mengawal cakerawala dan isinya yang dangkal.

Ketidaktercapaian.


Si gadis sunti menangis di situ
Si jejaka baju biru mendengar buntu
Dipujuk sedang kata kata manis bersatu
Buatkan si gadis tersenyum malu.

Senyumnya si gadis seperti semalu
Disentuh hanya dengan kata kata sudah terkaku
Bibir tersenyum seperti selalu
Manis menyungging bagai sang ratu.

Ohh sayangnya
Si jejaka berbaju biru mahu tapi tak mampu
Sebelah hatinya bunga lain rebut dahulu
Sayang yang amat sangat hanya berhenti di situ
Takut si gadis yang tersenyum selalu
Menangis lagi dan malu.

Cinta dan Kamu.


Cinta itu aneh
Berpusar pusar di satu tempat
Jalan bersama mulut dikunci rapat
Waktu lain, punya tiga dan empat
Tapi bila aku dengan kamu
Tak bercakap tapi masih dapat
Berbicara singkat
Hanya dua hati yang mengikat
Bicara kita jadi indah amat

Panggilan manja tak pernah dikecap
Hanya mata menyanyikan bait dan rangkap
Puisi cinta jadi pelengkap
Walau sukar diungkap
Tapi hanya hati kita dapat menangkap

Bicara cinta kamu menyejukkan hati
Buat lagu cinta kita tak pernah berhenti
Juga tak pernah mati
Walaupun hukum alam silih berganti
Walaupun entiti dunia datang dan pergi
Hingga suatu masa yang aku panggil infiniti
Ohh cinta kamu takkan berhenti
Aku dan kamu telah berjanji
Yang buat kita terpisah hanyalah
Detik yang terhenti.

Aku sayang kamu. Terlalu.


Tuesday, May 8

Entah.


“Sayang, dah berapa bulan ya?” bisik Fariz sambil mengusap lembut perut isterinya yang tidak berapa besar itu. Dielus elus rambut ikal mayang Zarina, sambil bibirnya perlahan mengucup pipi lembut isterinya itu.
“Uh, baru lagi. Baru dua bulan lebih. Kenapa? Abang rasa macam dah lama ya? “ Zarina pantas bangun, memandang suaminya sambil tersenyum.
“Ya, abang tak sabar sabar dah nak tengok anak kita ni.” bisik Fariz perlahan.

Mereka sudah lima tahun berkahwin. Bukan tak ada rezeki nak dapat anak sejak awal, bukan pula sebab tak mampu dari segi kewangan, saja merancang. Maklumlah darah tengah muda, mestilah nak berseronok dulu. Tak mahu terikat dengan tanggungjawab. Zarina pulak masih belajar di salah sebuah universiti pengajian tinggi. Mestilah tak ada masa nak buat anak. Walaupun Fariz bekerja, dan kerjanya jugak menghasilkan gaji yang agak lumayan, tapi kalau dah siang malam rumahnya di pejabat sahaja, malam pun balik rumah setakat untuk tidur saja, bila masanya nak bermesra suami isteri.

*******
                Zarina berjalan lambat lambat ke arah lobi hotel. Dia yang baru balik dari kelas malamnya menghampiri kereta Toyota Vios merahnya. Heh. Kelas malam kepala hotak. Laki aku memang bodoh rupanya, fikir Zarina. Kelas malam lah tu. Kelas aku belajar cara cara nak berseronok dengan lelaki lain. Memang kelas ni ada waktu malam je. Kehkeh, ketawa Zarina dalam hati, puas dapat mempermainkan suaminya.  Lagipun, siapa suruh kau tinggalkan aku seorang tiap tiap hari, fikirnya lagi.
*******

Fariz sedang tidur nyenyak tanpa baju. Letih setelah dua hari tidak boleh melelapkan mata. Kerjanya di tapak dan juga di pejabat memang mengundang keletihan yang amat sangat. Zarina sedang mandi di bilik mandi. Dari setengah jam yang lepas. Entah apa yang dibuatnya. Bunyi deringan lagu “Beautiful Monster’ dari telefon bimbit Satio Zarina merimaskan Fariz. Bingit betul bunyinya. Direntap kasar telefon bimbit tersebut dari atas meja tepi katil dan ditekannya dengan niat ingin menjawab panggilan tersebut. Belum sempat menekan apa apa, deringan lagu itu berhenti dan telefon bimbit tersebut terkunci sendiri. Hendak dibuka, locked. Perlu isi password pula. Terfikir juga dia, sejak bila pula Zarina pandai lock telefon ni? Aish, macam ada apa apa je ni. Malas memikirkan, Fariz tidur semula. Lima minit kemudian dengkuran mula berbunyi.
Lima belas minit kemudian, telefon bimbit Zarina berbunyi lagi. Kali ini lama. Fariz terjaga lagi. Lama memerhati telefon bimbit itu. Dia perhati pula pintu bilik air.  Bunyi air dari pancuran masih ada. Zarina masih di dalam. Fariz teringat peristiwa pada bulan lepas, bila dan di mana dia temui kebenaran tentang Zarina. Di Hotel Quality Shah Alam. Dan sekali lagi kebenaran terbongkar. Di sini. Di bilik tidurnya sendiri. Terima kasih Zarina, bisiknya perlahan. Senyum.
********
Sambil melihat wajah isterinya lama lama, dia tersenyum. Cantik jugak bini aku ni. Patutlah ramai yang nak. Sampai aku tak kenal yang mana. Ramai betul. Ditariknya perlahan kedua-dua tangan isterinya ke arah birai katil. Dia bangun dan berjalan perlahan ke arah laci meja solek. Krek. Dibuka laci itu dengan kunci hitam. Diambil dua pasang gari. Tutup laci dan kunci. Zarina masih lagi nyenyak tidur. Fariz naik ke atas katil besar bersaiz raja itu. Dia menggari perlahan tangan isterinya sambil tersenyum, masih tersenyum lebar dari tadi.
Kemudian, Fariz bergerak pula ke arah kaki isterinya. Diusap lembut betis putih melepak isterinya. Sampai ke paha. Tersenyum lagi dia. Ha ha ha. Bunyi ketawa perlahan kedengaran . Entah apa yang kelakarnya tidak tahu. Krik. Kedua-dua kaki pula digari.

Kali ini, Fariz bangun lagi menuju ke pintu. Turun tangga dan terus menuju ke dapur. Diambilnya satu benda berkilat dari dapur. Bergerak ke atas menaiki tangga dan masuk ke bilik semula. Fariz tiba-tiba rasa marah. Dia merenung tajam sekujur tubuh cantik di atas katil.

Pisau pemotong daging yang diambil dari dapur tadi dikeluarkan. Direnungnya tajam pisau itu. Tajamkah? Diletakkan pisau itu di atas lidahnya. Ditekan. Tak ada apa apa. Ditekan lebih kuat. Lidahnya terhiris sedikit, mengeluarkan darah merah pekat bercampur air liurnya. Fariz tak rasa apa apa. Mungkin kerana penangan ecstacy tadi yang ditelannya beberapa biji.
Setelah berpuas hati dengan ketajaman pisau itu, dihampirinya si bakal ibu yang sedang nyenyak tidur berbantalkan bantal herba yang buatkan si bakal ibu tidur lena amat. Direnungnya wajah itu lama. Sesekali, perut isterinya diusap lembut.

“Abang, sayang seronok. Bahagia sangat.”

“Kenapa?”

“Sebab sayang mampu berikan zuriat untuk abang. Anak abang.”

Pang! Bunyi sesuatu di luar mengejutkan Fariz, mematikan lamunan perbualan mereka tidak berapa lama dahulu.

Damn! Dammit! Tak guna kau Zarina!

Mata Fariz terbuntang. Direntapnya kasar gaun tidur merah longgar Zarina. Ditariknya ke atas, kasar. Fariz tak tunggu lagi. Ditekannya pisau pemotong daging ke atas perut besar Zarina. Dikiranya mahu mula dari atas ke bawah. Fariz tersenyum. Dia punya idea yang lebih bernas. Ditekannya pisau di bahagian tepi pinggang isterinya. Darah merah mula menuruni laju dari hirisan kulit yang putih melepak itu, menampakkan sedikit daging berwarna merah yang mula kelihatan. Fariz senyum. Kerja seninya diteruskan. Pisau itu digoyang goyangkan sedikit, membentuk hirisan yang berbentuk zigzag di sepanjang kulit perut Zarina, secara horizontal. Belum sampai hirisan ke hujung, Zarina mambuka mata. Raungannya memecah keheningan malam, disertai dengan rontaan yang maha kuat, kerana pedihnya hirisan pisau pemotong daging yang baru dibeli minggu lepas itu. 2. 43 pagi.


Fariz tersentak. Lupa pula dia nak kejutkan Zarina untuk lihat hasil seninya, fikirnya.  Tapi tak apa, isterinya dah bangun. Dia senyum lagi. Zarina meraung dengan lebih kuat sambil meronta. Berbuih-buih mulutnya sambil menjerit. Bunyi yang tidak tentu butir katanya. Yang dapat Fariz dengar hanyalah, ‘sakit’, ‘abang’ ‘anak kita’ dan entah apa lagi. Mungkin merayu dilepaskan. Dilihatnya tangan Zarina pun sudah merah. Kelaran yang terhasil akibat rontaan tangannya yang digari, menerbitkan darah merah pekat. Mengalir laju ke atas cadar bercorak abstrak putih merah. Putihnya cadar itu sudah tidak kelihatan. Zarina sudah kehabisan tenaga melihat Fariz mengorek belahan itu dengan kedua dua tangannya. Dia memandang sahaja dengan mata putihnya.

Fariz menarik perlahan sesuatu dari dalam belahan perut itu. Tangan kanannya merah dan berlendir. Hanyir baunya boleh membuatkan sesiapa sahaja muntah hijau. Tapi tidak Fariz. Dia malah gembira melihat cairan darah merah pekat bercampur air ketuban yang membuak buak keluar dari perut isterinya. Macam mata air yang sedang terpancut. Seronok benar dia. Tangannya menyeluk ke dalam belahan zigzag perut isterinya. Ah, macam cari benda tersembunyi pula. Kehkeh! Dikeluarkan sesuatu. Zarina memandang sayu dengan air mata mengalir. Dia masih hidup. Kuat benar dia melawan tenaganya yang belum mahu pergi meninggalkan dunia. Fariz mengeluarkan sesuatu. Janin bayi yang sudah lengkap menjadi janin yang sempurna. Sihat mengikut usianya ketika itu. Tujuh bulan. Saiznya kecil, sebesar tapak tangan Fariz. Warnanya merah pekat dilumuri darah. Dan mata janin itu terbuka, bagai memandang dan meminta belas lelaki yang telah menariknya keluar dari dunianya.  Fariz membalas dengan renungan tajam ke arah janin kecil berdarah itu. Damn! Pekiknya kuat.
Pang!

Bunyi jatuhan kuat jelas kedengaran. Dan Zarina memejamkan matanya, meskipun dia sempat mendengar bunyi tersebut dan tahu dari mana datangnya bunyi kuat tersebut.

Fariz tak puas hati. Diseluknya lagi. Kali ini ke atas sedikit. Ditariknya perlahan, hendak memastikan apa yang ditariknya. Oh, ini rupanya hati bini aku. Organ merah pekat bercampur hitam itu direnungnya. Tajam. Diletaknya organ berlumuran darah itu ke atas katil basah dengan darah merah. Diangkat pisau pemotong daging tinggi tinggi dan ditetaknya organ tersebut sekuat hati, berkali kali. Memercik darah ke muka Fariz dan tangannya. Merata rata sebenarnya percikan darah itu. Dinding, lampu tidur, almari, meja solek malah pintu bilik mereka yang jaraknya agak jauh dari katil juga tidak terlepas daripada percikan darah dan cebisan cebisan organ tersebut, hasil tetakan dan cincangannya yang penuh seni itu. Dia puas tapi belum cukup puas.

Kali ketiga, Fariz menyelukkan tangannya lagi ke dalam perut isterinya. Bukan, mayat isterinya. Difikirkan mahu mencari sesuatu, tetapi terpegang sesuatu yang lain. Yang menarik perhatian tangannya. Ditariknya kasar dengan tangan kasarnya juga. Satu lagi janin. Sama seperti yang tadi. Merah berlumuran darah, tetapi saiznya lebih besar. Darah Fariz mengelegak lagi. Lima minit, Pang! Janin itu pecah dibaling ke dindIng putih bersih bilik mereka, menghasilkan corak merah bertompok tompok hitam dan jernih, juga kuning cair. Kelihatan janin itu hancur dengan kepala yang sudah pecah berterabur, tangan kaki yang penyek, dan angota- anggota lain yang sudah tidak kelihatan rupa asalnya, sama seperti janin yang pertama tadi.

Fariz tersenyum terbahak bahak, menyeringai menampakkan gigi putihnya,

“Sayangku, kalau bayi-bayi itu mukanya seperti aku, pasti kau masih hidup sekarang. Mereka pun pasti masih hidup.”

“Masalahnya bila muka diorang tak macam aku! Damn! “


Keliru.


Dia menapak di dunia keji
Berjalan dengan iringan hati
Bukan seorang diri
Di belakang ramai menemani

Tapi
Perjuangan yang tak pasti
Yang dijerit dimaki
Bukanlah revolusi
Bukanlah rekonstruksi
Tapi tunjukkan kelemahan diri

Pendirian tetap
Tapi tak mantap
Revolusi diingini
Tapi dengan cara keji
Juga memperkejikan
Mereka yang hilang diri

Guna demonstrasi sebagai sarana
Yang dicapai hanyalah bahana
Yang dilihat hanyalah bencana
Slogan duduk dan bantah dicanang merata
Tapi rosak dan punah jadi senjata

Kami yang melihat
Hanya mampu geleng kepala
Dan memerhati
Segala derita
Dan jeritan
Rakyat yang terus membara
Hilang ditelan retorik si ahli surga
Ciptaan dunia.

Dan wajah dunia kita
Terus jadi seperti neraka
Dan akan terus begitu
Selama lamanya.




kehkeh. ini bapak aku lah yang benci sangat demonstrasi ni. terpaksa aku tulis serupa ini! 

Friday, April 13

Peringatan.

"Raihan, jadi girl yang baik ya. Dan hang kena ingat, letaklah seorang boy tu macam selipar, tau? Di bawah.  Nanti hang tak sakit hati dah. Aku dulu pun macam hang jugak. Tapi sekarang tak dah. Hang kena ingat, bila hang ada selipar, bila selipar tu dah rosak, hang tak boleh simpan selipar tu, sayang sangat selipar rosak tu dan berkaki ayam. Paham? "

                                                                                                                                               (Abrar, 2012)
“Aku mahu yang mistik sedikit, yang punya feng shui yang tepat, dan pelik. Seperti syurga. Aku mahu seperti syurga. Tidak pernah ada di rumah orang lain. Kamu cintakan aku kan? Boleh kamu buatkan itu?” “Untuk kamu, apa saja, sayang.“Balasnya sambil memeluk hangat tubuh lembut langsing itu. Ray mengusap rambut Natalia perlahan. Harum. Ditariknya gadis comel berbibir mungil itu ke ruangan merah menyala. Semerah cintanya pada Natalia. Alunan muzik lembut John Levine mengalun perlahan, dimainkan oleh si pelayan yang ditempah khas. Meja bulat beralaskan kain putih merah menggamit mata Natalia. Dia melangkah perlahan. Botol Martini dipegang lembut, sambil tangan kirinya memegang gelas wain berkaki tinggi. Mewah amat. Sayang benar Ray padanya. Makan malam mewah mereka, ditemani  chandeliar tinggi dan alunan muzik tenang membuai perasaan. Selesai menikmati makan malam, Ray bangun. Tubuh Natalia dirangkul hangat menuju ke tengah ruangan. Dihayunkan kaki mengikut alunan muzik, lalu bahasa badannya menggesa Natalia mengikut alunan muzik dan langkah kakinya. Mereka tenggelam dalam keasyikan perasaan dan cinta ghairah pada malam itu. Keseronokan berakhir di bilik hotel  J.W Marriot bernombor 112. Titik.

----------------------------------------------------------------

“Kenapa aku tidak boleh datang ke rumahmu? Apakah kamu menyembunyikan sesuatu dari aku? Apakah kamu menyimpan perempuan lain di rumah itu? Mengapa?” Soalnya ganas. Dia merasakan ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kekasih hatinya itu. Perempuan simpanan barangkali. Ahh, dasar lelaki. Semuanya sama saja.

Semakin lama, semakin banyak keanehan yang dilihat pada Ray. Kerap menghilang tanpa alasan, jawapan atau penjelasan. Panggilan sering tidak dijawab, dan hubungan mereka tidak sehangat dulu. Natalia mula gusar, memikirkan ada perempuan lain yang cuba menggoda sang buah hati cintanya. Manakan tidak, keenganannya untuk membenarkan Natalia datang ke rumahnya cukup buat dia gusar dan resah. Cantik manakah perempuan itu? Licik benar dia menggoda.

Natalia tidak mampu bersabar lagi. Ditekannya punat butang pada telefon bimbit Sony Ericsson W8 miliknya. Kali ke enam puluh lapan. Tutt...Tutt. Masih tidak berjawab. Dihempasnya telefon bimbit itu kuat. Bercerai casing dari telefon. Bateri disini, bahagian lain di sini. Menjadi puzzle. Dia menghempas pula tubuhnya ke sofa empuk. Berbaring malas. Lalu tertidur, dengan kemarahan meluap luap.

------------------------------------------------------------------
Terjaga. Dia merasakan badannya sakit amat. Dia merenung ke atas. Hanya ada cahaya samar samar. Aneh. Ini pasti bukan rumahnya. Natalia bingkas bangun dan tersentak. Di mana aku? Di mana? Natalia melangkah perlahan. Dia ketakutan. Dia mahu pergi dari tempat aneh ini.
Krekkkkk!

Bunyi di belakang mengejutkan. Ada pintu yang terbuka. Sepertinya pintu kondonya sendiri. Tetapi lebih cantik. Gril berukir indah berwarna emas itu terbuka sendiri. Begitu juga pintu berwarna coklat itu. Dia langsung tidak nampak siapa yang membukanya. Cahaya samar samar agaknya buatkan dia tidak nampak, fikirnya. Berjalan perlahan menghampiri pintu. Berhenti sekejap. Jalan lagi.

Natalia terbelalak. Kerongkongnya menelan air liur berkali kali. Ngeri. Bermula di pintu, ditenung pelapik kaki di depan sliding door. Aneh. Licin. Sejuk sekali. Warnanya merah coklat pekat, bersaiz lima belas kali dua puluh inci dan dihiasi corak seperti urat urat daging. Disentuh lembut. Tersentak! Itu memang kepingan daging yang nipis! Urat urat putih daging jelas kelihatan. Natalia menjauh. Kakinya dilarikan dari memijak pelapik kaki aneh itu.

                Melangkah ke dalam, matanya terus menerus terbeliak. Dia berada dalam ruangan maha aneh.  Sofanya kelihatan biasa, tetapi matanya tertancap pada kulit sofa. Natalia menjerit nyaring. Itu bukan kulit sofa. Itu kulit manusia! Warna yang berbelak belak mengejutkan dia. Entah berapa orang manusia yang dibunuh dan disiat kulitnya untuk dibuat kulit sofa ini. Pasti banyak, kerana warnanya juga banyak tona. Pasti ada yang berkulit sawo matang, kuning langsat, putih melepak dan merah merah muda. Ngeri dia memikirkan itu.

Dia terus melangkah perlahan. Kali ini lebih berhati hati. Di satu sudut, kolam buatan menggamit perhatian. Bukan hiasannya tumbuhannya bagai hutan merimbun kecil yang menarik perhatian, tetapi air terjunnya dari guri bertingkat yang mengalir masuk ke dalam kolam. Ya, yang mengalir laju ke dalam kolam itu adalah darah merah pekat, bukan air biasa. Pemilik rumah ini sangat aneh. Luar biasa. Hanyir bau darah menusuk hidung. Dia ingin termuntah. Tapi ditahannya.

Natalia tidak mahu memandang lagi. Seluruh sudut rumah itu mengerikan baginya. Cebisan daging merata rata, juga tulang yang diletak sebagai hiasan di setiap sudut rumah bercat putih merah itu. Merah dengan darah. Tiba tiba, dia menjerit kuat. Terpekik pekik seperti diserang histeria apabila melihat sebuah kerusi rotan di ruang tengah. Ada mayat di atas kerusi tersebut! Mayat yang kelihatan sedang mereput, mengerekot kemas di atas kerusi, dan matanya bagai memandang tepat pada Natalia. Natalia bungkam.

------------------------------------------------------------------
Lampu terbuka tiba tiba, lalu Natalia memandang siling, kejutan demi kejutan diterima. Yang dipandangnya bukanlah lampu kalimantang atau pendaflour, tetapi lampu hiasan bermentol tiga yang terletak kemas pada tiga kepala, ya, kepala yang masih mempunyai wajah yang sempurna. Mentol menyala memancar di dalam mulut mereka. Tiga wajah itu pucat dan mata mereka terbuka luas, membayangkan  azab yang amat sebelum kematian dahsyat. Dan tiga biji mentol yang disumbat ke dalam mulut tiga buah kepala yang tergantung itu memancarkan cahaya putih yang terang, menyilaukan mata. Natalia sudah berpinar pinar. Pemandangan aneh yang dilihatnya itu menyukarkan dia untuk berfikir waras lagi. Pening pening lalat. Dan ketika dia hampir memejamkan mata dan jatuh, tubuhnya ditahan kemas.

--------------------------------------------------------------
Bangunnya di bilik asing. Putih merah. Dindingnya dihiasi cat putih merah dengan corak yang abstrak. Darah! Bau tengik segera menusuk hidung comelnya, dia sesak nafas. Dia menoleh. Di sebelahnya terbaring lelaki pujaan hati, Ray. Terbaring tanpa baju. Hanya boxer melekat di badan. Dia menggoncang kuat tubuh tidak bergerak si Ray. Disedarinya tangannya terikat kuat. Digari di kepala katil. Setelah beberapa kali mencuba, Ray bangun dengan malas. Pejam mata. Buka mata. Pejam. Buka semula.

“Sayang, kamu mahu yang mistik kan? Kamu tahu, aku penat sediakan semuanya untuk kamu. Untuk kamu. Kerana aku terlalu cintakan kamu. Aku turutkan semua kehendak kamu. Kamu tahu mistiknya di mana?”
Tangannya mengusap lembut pipi putih Natalia. Dengan pisau belati miliknya. Usapan itu menghiris pipi cantik gebu itu, mengalirkan darah merah pekat.

“Kamu tahu, apabila aku tidak ada di rumah nanti, mereka yang akan menemani kamu. Roh roh mereka bergentayangan di sini, masih tidak tenang, kerana mayat mereka masih ada di sini. Di merata rata dalam rumah ini. Jadi, mereka akan menemani kamu. Kamu suka kan sayang?” Sengihnya lebar, menakutkan Natalia yang bingung memikirkan.

“Kamu juga mahu yang aneh kan? Yang tidak ada di rumah orang lain. Kamu lihat, semua yang aku lakukan ini ada di rumah orang lain? Ada? Ada?” Jerkahnya kasar sambil menarik kasar rambut ikal mayang Natalia. Segumpal rambut dalam genggaman tangan Ray terlepas ke lantai. Natalia menjerit ketakutan.
“Dan kamu mahu syurga bukan? Kamu mahu syurga ya. Ha ha ha! Kamu tahu kan syurga itu hanya ada setelah kita menghadapi kematian. Tahu kan. Kamu mahu syurga? Mahu?” Ray berkata perlahan sambil tersenyum lebar. Sebelum Natalia sempat berkata apa pun, termasuk perkataan jangan,
Bang!Bang! Bang!

Jantungnya tersembur keluar. Pecah. Darah merah terpercik ke merata rata tempat, dinding dan setiap inci master bedroom tersebut, termasuk tubuh Ray. Jasad hancur itu terkeluar ususnya dan segala isi perut yang ada, milik Natalia, hingga tak dapat dikenal pasti lagi yang mana satu bahagian sebenarnya.
Hilai tawa yang kuat kedengaran bergema di segenap bilik, dan lima minit kemudian,
Bang!Bang! Bang! Arggggh!

Monday, April 9

List buku yang aku mesti habiskan baca sebelum cuti midsem habis.

1. Amerika by Ridhwan Saidi
2. Rojak
3. Mautopia
4. Ngeri
5. Dendam
6. Pecah
7. Zombijaya
8. Perjuangan Mahasiswa
9. Menakhoda Zaman by Najib Tun Razak
10. Mahathir vs. Abdullah Covert Wars & Challenged Legacies
11. Japanese Tales and Legends
12. Obama: Antara Islam, Israel dan Amerika

haihh. banyak sungguh. -.-

rindu.

Aku rasa macam dia itu bagai seorang abang bila dia usap kepala aku. Aku biar. Aku diam tidak berkutik. Kerana rasa selesa berdetik. Ya, sebenarnya aku rindu abang itu. Rindu yang amat sangat.

Padan Muka.

Dahulunya kau lantang mengkritik
Tapi kini kau ikut langkah aku dari titik ke titik
Kau gapai tangan aku
Kau ambil hati aku

Aku juga dulu benci membentak
Kini mula mengikut rentak
Seiring mengatur langkah
Sama sama menjaga biar tak salah

Sebenarnya aku tak mahu begitu
Aku punya masa depan sendiri
Yang aku mahu tuju
Kau cuma mengganggu
Kau hentikan usaha aku
Kau halang perjalanan aku

Dendam itu telah terbalas
Aku buat dengan rasa puas
Langkah kau aku rampas aku kebas
Aku tentukan dengan cara keras

Aku cuma mahu cakap
Padan muka
Kau sudah masuk perangkap
Kau sudah tertangkap
Oleh si gadis yang bijak
Mengatur baris dan rangkap.



2/4/2012

Friday, March 2

entri tiada tajuk.

Riana tersenyum. Matanya melirik tepat pada wajah budak lelaki itu. Budak lelaki itu darjah enam. Budak kelas belakang. Tentunya tidak pandai seperti dia. Dia pandai. Selalu dapat nombor dua atau tiga dalam kelas. Dia budak kelas pertama. Riana tahu, walaupun budak lelaki itu bodoh, dia suka melihat budak lelaki itu senyum. Senyum budak lelaki itu manis sekali.

Mereka selalu katakan dia aneh kerana bergaul dengan budak kelas belakang. Dia hairan, kenapa kepandaian dijadikan ukuran untuk berkawan? Dia tidak kisah langsung kerana walaupun mereka kelihatannya bodoh bodoh alang, dan memang bodoh dalam bahasa kasarnya, tetapi dia suka kerana mereka tidak sombong. Mereka melayannya bagai kawan kawan sendiri. Tak ada beza. Dan sungguh, dia sudah mula suka dengan budak lelaki itu. Dia. Syafiq namanya. Dia rasa Syafiq lucu. Dan budak budak kelasnya juga lucu. Setiap hari dia lihat, mereka tidak belajar. Mereka bermain tiang, jengket jengket, dan kadangkala guli yang dibawa bersama ke sekolah setiap hari.

Seronoknya ke sekolah sekarang sudah lain. Bukan kerana mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar oleh Cikgu Osman itu seronok, bukan kerana suka memakai baju sukan, tetapi kerana budak lelaki itu. Masih sama sebabnya sejak akhir akhir ini. Kerana senyum budak lelaki itu. Syafiq.

Riana rasa, itu kali pertama dia sukakan seorang lelaki. Suka yang buatkan dia mahu terus ke sekolah, dan mahu terus memandang si pencuri hati kanak-kanak kecil sepertinya.

Setahun lebih berlalu. Riana masih seronok ke sekolah. Masih suka mengayuh basikal masuk ke sekolah melalui jalan belakang. Masih suka memandang kelas di hujung koridor dengan hati berbunga bunga. Masih suka berdiri di koridor setiap kali rehat, dan memandang satu figura yang punya senyum comel. Dia tidak pernah jemu lakukan itu sejak setahun lebih yang lalu.

Hari itu, 23 Januari. Waktu itu dia sedang mengemas beg. Kelas terakhir baru saja tamat lima minit yang lalu. Riana menyeret kaki lambat lambat ke tangga, matanya memerhati ke hujung, kelas 6 Kreatif. Kelas belakang. Hampa. Syafiq tidak ada. Ke mana dia hari ini? Riana lalu berjalan lambat turun tangga, dan matanya masih tak lepas dari pintu kelas itu. 

Turun tangga, dia berhenti di depan pagar kawat hijau, memerhati jalan belakang. Aneh. Dilihatnya Syafiq dengan basikal buruk merahnya di hujung jalan, melambai lambai sambil tersenyum manis. Riana terpempan. Bibirnya menyungging senyuman manis juga untuk dibalas kepada Syafiq namun sudah tidak ada sesiapa di jalan belakang sekolah itu. Aneh. Baru tadi dia nampak.

Jumaat berlalu pergi. Bosan. Riana tidak sabar hendak ke sekolah. Sudah tidak betah di rumah. Rindu hendak berbalas senyuman dengan Syafiq lagi. Dia baring atas katil satu tingkat bersaiz permaisuri. Berkeriut keriut bunyinya. Telinganya menangkap satu suara. Bukan. Dua suara. Bukan. Satu nama sebenarnya. Syafiq! Dia bingkas bangun dan berlari ke pintu. Terdengar suara abah dan mamanya berbual, ditemani seteko air teh pekat, dua cawan putih vantage dan sepinggan pisang goreng hangat. Dia diam. Sungguh dia tidak pernah mendengar mama dan abahnya berbual, tapi kali ini, nafasnya turun naik cepat. Bagai baru berlari pecut dalam larian sukan sekolah. Juga seperti ketika nafasnya turun naik tika Abang Jih bawa kereta melebihi 140 kilometer sejam, melalui jalan kampung Tok Besah yang banyak lembu berkeliaran. Riana baring semula selepas lima minit. Dicubit pipi kanan yang pejal. Sakit. Dicubit pipi kiri. Sakit. Ditepuk paha putihnya. Juga sakit. Dia menggeleng. Bukan.Tidak ada apa apa agaknya. Cukup lima minit, matanya mula terpejam. Tidurnya lena sehingga pukul enam petang. Terjaga. Dia mimpikan sungai. Dia nampak Syafiq bermain wau di tepi sungai. Dia nampak Syafiq tongkatkan basikalnya di tepi tebing. Tapi, mana kawan kawannya? Syafiq tidak pernah bermain sendirian. Mana Zukfikri? Mana Hafiz? Mana yang lain? Dia tersenyum sumbing mengingatkan mimpi itu dan tidur semula.

Riana bangun keesokan paginya dengan mata sembab. Terlebih tidur. Selepas mandi dan bersolat, mama menghampirinya dan berkata, “Syafiq dah tak ada.” Dia tidak faham. Tidur yang lama buatkan otaknya lambat mencerna sepatah ayat mama. Langkah perlahan diatur ke basikal di depan halaman. Dikayuh perlahan. Tanpa tenaga. Tanpa rasa. Pagi ini rasanya aneh. Mendung. Kelam. Hambar.

Di pagar sekolah, dia lihat semua orang berbisik bisik. Ada cerita sensasi. Basikal ditongkat. Jalan menghampiri satu kumpulan. Kawan kawan sekelas Syafiq. Riana berhenti. Dia teringat sesuatu. Mahu bertanya. “Betul mama aku cakap Syafiq dah mati?”. Qayyum, si pondan paling bangang dalam kelas Syafiq menjawab dengan gelak tawa hilai yang kuat,” Ya, Syafiq dah mati. Padan muka dia. Hahahahahaha. “ Bangang. Memang bodoh. Gila apa gelakkan orang mati begitu. Eh tidak, Syafiq belum mati. Kenapalah, semua orang hendak bergurau ketika ini. Baru Januari, belum April lagi. Bukannya dia tidak tahu tentang satu April itu hari April Fool.  Hari untuk kenakan orang.

Dia tidak pergi perhimpunan.  Menyorok di bawah meja guru di dalam kelas. Kenapa, dia pun tidak tahu. Dia cuma ingin jauhkan diri dari satu berita. Dia cuma tidak mahu dengar cerita itu. Bukan hanya perhimpunan, sepanjang hari dia jauhkan diri dari orang yang bercakap dalam kumpulan.  Waktu rehat datang, dia berjalan perlahan ke kelas 6 Kreatif. Mengintai dari tepi pintu. Syafiq tidak ada. Pergi makan agaknya. Kan waktu rehat. Dia tersenyum. Dia akan berdiri di depan kelas. Di koridor. Dia pasti dia akan nampak Syafiq masuk ke kelas nanti. Syafiq suka bermain di koridor selepas makan. Berlari tanpa henti. Dengan pembaris kesayangannya. Dan memukul mukul semua orang. Bergurau. Dia mahu lihat senyum manis itu.

Sudah lima minit, sepuluh minit, bayang Syafiq pun tidak kelihatan. Riana mendengus resah. Cikgu Alias sudah menunggu di bawah. Di makmal sains. Walaupun cikgu Alias abang iparnya sendiri, dia tidak berani lambat. Rotan di tangan cikgu itu sudah cukup buatkan dia kecut perut. Cepat cepat dia berlari ke dalam kelas, capai buku teks sains dan buku latihan, langsung berlari ke bawah. Ke makmal sains. Oh, dia orang terakhir yang masuk ke makmal. Cikgu Alias memandangnya sepi. Entah apa yang berlaku. Semua orang macam memandang dia aneh hari ini. Dia tidak peduli. Buku teks dipandang kosong. Tiada apa yang masuk ke otaknya pada waktu itu.

Kelas terakhir tamat. Beg di atas kerusi biru ditarik kuat dan digalas kasar. Langkah diatur. Dia mahu tunggu di tepi pagar hijau lagi. Mahu melihat Syafiq melambainya lagi. Dua hari lepas, seronok benar dia. Kali ini, dia mahu membalas lambaian itu cepat. Biar Syafiq lihat senyuman manis dia. Tunggu lima minit, Syafiq belum muncul. Peluh sudah menitik nitik. Kaki sudah lenguh berdiri. Syarfina datang menghampiri. “Tunggu apa?”. “Tak ada apa apa.” Syarfina menarik tangan Riana. Direntap kuat. “Jangan kacau aku. Pergi balik dulu. “ Syarfina cuma mengangkat bahu. Jalan tidak menoleh lagi. Marah barangkali. Biarkan. Hatinya tidak tenteram.

Sudah dua puluh minit. Dia buat keputusan pulang ke rumah. Petang ini ada latihan sukan. Untung untung Syafiq ada. Walaupun tidak masuk apa apa, tapi Syafiq suka merayau di depan sekolah dengan basikal merah buruknya. Dengan kawan kawan yang bodoh bodoh alang itu. Dengan Zulfikri. Dengan Hafiz. Jadi Riana ingin pulang dulu. Letih menunggu.

Petang itu, selepas latihan sukan, Riana ingin tunggu lagi. Jam sudah 6.30 petang. Mundar mandir di pagar sekolah. Sekejap sahaja, fikirnya. Mungkin Syafiq lalu nanti. Amira, kawan sekelasnya menghampiri. “Sudah tengok paper?Metro. Ada berita pasal Syafiq.” Dia tak tunggu lagi. Dengan poket seluar kosong tak berisi, dia kayuh laju laju pulang ke rumah. Laju. Badannya basah dek peluh. Bukan hanya badan, pipinya juga basah. Meluru masuk ke dalam rumah. Capai duit syiling, entah berapa dan meluru keluar. Mama jerit dari dapur. Entah apa dia sudah tidak dengar. Kedai Hasan dituju. Dikayuh selaju yang boleh. 6.45 petang. Dia nampak Harian Metro. Tinggal satu. Basah tangannya ketika menghulurkan duit syiling. Dia sudah tidak peduli lagi. Basikal terhoyong hayang dikayuh. Kali ini perlahan. Pandangannya kelam. Kabur. Tapi dia tidak berhenti. Terus berkayuh.

Riana rasa rumahnya sepi. Masuk ke bilik dan menghempas pintu. Tangan terketar ketar. Diselaknya halaman dua. Direnung tajam. Dibaca satu satu aksara. Dia lemas dalam ombak perasaannya sendiri. Dia baru darjah lima. Darjah lima. Tapi dia sudah faham apa itu erti cinta. Belum dibaca habis, pandangannya gelap. Kertas surat khabar itu basah lencun. Lagu dendangan Hijjaz ‘Kau Sahabat Kau Teman’ berkumandang di ruang dapur. Mama berdiri di ambang pintu biliknya. Memandang sayu. Kertas basah itu dicapai.
Murid Darjah Enam Lemas.

 Nota kaki:

Muhammad Syafiq Mohd Daud lemas ketika membuat wau di tepi sungai. Jatuh ke dalam sungai kerana kakinya tersekat ke dalam pasir jerlus di tebing sungai. Dan mati kerana buluh halus yang ingin digunakan untuk membuat wau tercucuk ke lehernya sendiri ketika sedang bertarung dengan pasir jerlus dan air sungai deras. 

25 Januari 2003. Sabtu. Takziah. Al-Fatihah.

Monday, February 27

Thursday, February 23

Dunia entiti sial majal.

Lagu keras menghentak kepala
Memujuk aku untuk turut ke situ
Ke dunia ciptaan mereka  yang aneh bagi aku
Dia mana entiti busuk berkumpul di situ.

Sungguh aku bisa melayang
Mengengsot di celah kangkang entiti entiti songsang
Mereka bergusti merebut si jalang
Namun aku masih mampu hanya memandang
Tanpa masuk 
Dirasuk
Dan turut sama terangsang
Kerana
Jijik dan rimas bertandang.

Di satu sudut
Si betina mencakah
Caing caing bajunya
Mungkin sudah dibaham si jantan
Ditemani lenggok jahat si syaitan.

Rasa rimas dan takut itu bersatu
Jadi satu.
Aku di situ.
Aku masih disitu.

Terkaku di kerusi tangan merah
Mata meliar memerhatikan si ratu
Atas pentas penuh dengan kutu
Hinggap merata rata
Meraba raba tanpa arah tuju
Ganas, buas, dan laju
Tak kira seteru dan sekutu
Dosa dosa kering dan basah bertumpu
Sungguh aku malu melihat itu.

Tapi aku
Hanya mahu jengah dunia itu
Untuk sementara waktu
Kerana mahu lihat dangkalnya kaum itu
Kerana mahu rasa panasnya neraka itu
Aku tahu
Entah bila
Mereka akan ramai ramai jatuh
Kerana lubang neraka  jahanam runtuh
Tenggelamkan mereka yang angkuh
Tak mahu dengar apa yang disuruh
Tak mahu patuh
Pada perintah
Tuhan yang Maha Agung
Jika mereka tak mahu jauh
Dan berlalu dari dunia itu.

Aku menulis kerana mimpi berada di dunia itu. Malam itu. Sungguh aku tak pernah mahu.

Wednesday, February 22

terima kasih Tuhan.

Alhamdulillah, itu sudah amat baik bagi aku. Segala puji bagi Engkau, Tuhan Pemberi rezeki.

Monday, February 20

eufemisme.

eufemisme. satu kata yang aku kira maksudnya dalam dari pandangan si akal singat, iaitu aku. menurut si penyampai segala maklumat yang tepat dan tak berapa tepat wikipedia, eufemisme itu adalah satu kata yang bererti, ungkapan yang lebih halus sebagai ganti ungkapan yang lebih kasar.

Jika dilihat dari sudut pandangan aku sebagai seorang perempuan, perempuan ini lazimnya lebih sinonim dengan eufemisme. Sebagai perempuan, mereka, eh kami lebih mementingkan perasaan orang berbanding lelaki. Ohh itu salah sebenarnya. Salah. Aku terlalu banyak pengalaman dengan perempuan yang langsung tidak menggunakan eufemisme dalam percakapan, perbualan seharian atau apa apa saja yang dipanggil aktiviti di atas muka bumi bulat ini. Itu juga termasuklah aku sendiri, pada waktu waktu tertentu dan mengikut situasi, sama ada aku menggunakannya secara terbuka, kasar atau halus mulus, atau apa saja perkataan yang ingin diguna untuk mencerakinkan maksud sebenar kata di atas.

Okayy, tujuan sebenar aku menulis entry ini, adalah kerana aku melihat perkataan ini ketika menonton rancangan dokumentari. Aku dah tak layan drama drama mengada di tv, contohnya vanilla coklat, teman tapi mesra, teman tak guna atau apa apa saja cerita yang aku anggap tak berguna untuk pemikiran singkat aku, aku akan berhenti tengok dengan segera.  Entah kenapa. Nak meningkatkan tamadun diri, aku tak perlukan drama drama itu. Err berlagak betul. Padahal dulu layan je. Kehkeh.

Okay, berbalik kepada cerita tadi, dalam dokumentari tersebut, diceritakan bahawa ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada sekitar 1945, terlalu ramai wanita wanita muda belia pelbagai bangsa di Tanah Melayu telah ditangkap dan dijadikan 'wanita penghibur' untuk askar Jepun. ala ala geisha atau juga perempuan simpanan aku agak lah. Okay, berkait dengan perkataan eufemisme, frasa 'wanita penghibur' itu adalah eufemisme bagi digunakan menggantikan maksud sebenarnya iaitu wanita pelayan nafsu serakah seks syahwat dan sebagainya si tentera tentera Jepun. Itu eufemisme yang digunakan. Wanita penghibur? itu pun dah buat aku fikir lain. jadi bagi aku, tak adalah halus sangat perkataan yang digunakan. hehh. 

Okay, cerita lain. Bagi aku, perkataan eufemisme tidak digunakan dalam kehidupan seharian seorang wanita penting dalam hidup aku. Iaitu mama aku. Kalau ada pun digunakan, dalam kadar yang sangat sedikit. Beliau adalah seorang wanita yang sangat lurus straight tak ada serong dan bengkoknya ketika bercakap dan memberi nasihat, terutama ketika memberi nasihat kepada aku. Aku. Ya aku. Oleh sebab perangai aku yang sangat melampau, mengulang ulang kemelampauan tersebut, dan langsung tak makan saman, jadi mama aku telah menggunakan pendekatan dan metod terbaik, yang aku kira mampu menaikkan darah plus menyentap hati dan jantung aku suatu ketika dahulu ketika belum tahu menghargai kewujudan seorang ibu. Mak aku tak guna words comel comel tertib lendik untuk anak dara dia ni, sebab aku tak akan rasa tersentap. jadi sebagai gantinya, mak aku guna ayat power yang boleh buat aku bangun dan mulakan menutup mulut mak aku dengan buat segera apa yang dia bebelkan dengan penuh kasih sayang tu heh.

Contohnya, mak aku tak cakap, "raihan nabilah, bilik kamu semak sangat. kamu dah besar, dah boleh orang datang meminang pun. Pergilah kemas. " Itu langsung tak memberi kesan positif terhadap aku yang bebai tak dengar cakap ini. Jadi mak aku cakap, " Hang ingat ada orang nak ka kat hang kalau bilik macam tongkang pecah kapai karam ni? Nak letak kaki pun tak boleh. Hang pi kemaih lekaih sebelum mama bakaq semua kain baju hang."

Ayat ini sudah aku letak dalam cerita di bawah. Haa ini memang betul ayat semulajadi mak aku sejak aku kecik lagi, err entah sejak bila lagi. 

aku: Mama jom keluar outing. Seluar ini hilang. Baju sekolah hilang. Err yang itu hilang.

Mama: Hang ni kan semua benda nak hilang. Setiap minggu ajak beli baru. Tak reti jaga apa langsung. Tu lah mama malas beli apa apa tu. Itu kalau yang dalam seluar itu tak melekat lah, nak kencing mulalah cari tanya mama mana dia mana dia. 

Tudiaaa ayat mak aku, pedas je. Panas je rasa. Haihhh.

Situasi lain ketika aku menggunakan suara ala ala soprano, pitch paling tinggi dalam sejarah suara semua perempuan, bajet macam ning baizura untuk menjerkah anak anak sedara aku yang sangat bebai takmau dengar cakap.

Mama: Suara hang macam guruh bunyinya. Itu kalau  rombongan nak mai meminang, depa dok kat pagaq dengaq sora hang teruih pakat lari balik. Tak jadi nak mai dah. 

Adik: Kakak, masa hang kecik dulu, hang tertelan mikrofon kan?

Eh aku dah mula rasa tak ada kena mengena pun sebenarnya dengan apa yang aku nak bincangkan di atas.

glosari:
jerkah: ucapan yang kasar dengan suara yang keras untuk menakutkan atau mengejutkan, tengking, herdik, sergah.

p/s: aku tulis sebab ada seorang kawan aku tak tahu apa itu jerkah. hehh.

Sunday, February 19

impian si gadis.

Halaman luar itu dia renung tajam. Langit kelabu gelap, tak berseri. Sepi. Budak budak main sepak takraw cap plastik gulung gulung pun dia tak peduli.  Dua tiga kali dia berpaling dan mengintai si ibu. Sungguh dia terasa hati. Mama sungguh tak faham dia. Dia sebenarnya malu tapi mahu. Sungguh mama enigma itu. Kadang kadang tidak langsung faham isi hati si gadis sunti.

“Eh, saya bukan menolak sesuka hati. Sebenarnya anak saya tu dah ada calon sendiri. Plus, masak pun dia tak reti. Kemas rumah apatah lagi. Agaknya, biar anak awak cari lain lah, Cik Jah. “

Oh dia mahu sebenarnya. Peluang itu rasanya datang bukan berkali kali. Dua kali pun belum tentu lagi. Sara tak mahu menyendiri lagi. Dia sudah menjadi gadis sunti yang comel sekali. Yang sudah mampu jadi orang punya bini. Kehkeh. Itu tafsiran sesuka hati. Padahal, apa pun dia tak reti. Harapkan orang gaji saja kalau kahwin nanti. Tidakpun, domino’s pizza punya delivery. Boleh jadi lepas sebulan laki dia lari ikut orang gaji. Kemungkinan itu sangat tinggi, kalau dilihat semula dia punya abiliti untuk jadi bini.

Itupun dia mengamuk tak berhenti.

“Mak, sampai hati. Orang muda lagi, tapi orang berhak tentukan hidup sendiri. “

“Kepala hotak kau tentukan hidup sendiri?! Hingus kau pun meleleh tak berenti, pulak tu kau punya hidup pun yang aku yang manage hari hari, berangan kau dah boleh hidup sendiri. Itu, bilik dah macam reban ayam, duduk terkangkang macam orang mati laki, adab jadi perempuan pun tak habis belajar lagi, barang tak reti nak jaga simpan sendiri. Kalau aku bagi lah tak lama mesti laki kau lari. Itu yang dalam seluar tu, kalaulah tak melekat, nak buang air mesti kau cari cari. Jaga barang pun tak reti. Ada beza dengan jaga laki? Memang taklah aku nak bagi.”

Oh punah harapan Sara nak berlaki. Pilot ke mana, arkitek ke mana, akhirnya dia sendiri lagi. Makian mamanya sudah cukup buat dia diam tak berbunyi. Umurnya baru dua puluh, sudah fikir nak punya suami. Belajar tak habis lagi. Tapi, Sara tak mampu tegaskan lagi. Takut si ibu menyinga lagi.




p/s: entah ini cerita siapa. tapi cerita sebenar, ada pada aishah pattali. kehkeh.

Saturday, February 18

done.

abah tak payah tanya dah bila aku nak habiskan baucar satu malaysia satu suara satu bangsa satu rambut rosmah yang aku ada itu. sudah. aku beli semua buku lejen press. semua. biar hidup terisi, jangan macam orang mati.

kipas tak mati mati.

aku layan korea tapi aku bukanlah kipas susah mati, err err. tahukah layan cerita korea itu seronok. tapi sekali lagi aku cakap, aku bukanlah, bukan itu. jadi kesimpulannya, jangan tanya aku apa nama retis korea ini, apa nama retis korea itu, haihh aku cuma tahu certain dari group suju dan snsd, seorang dari 2pm, dan rain. itu sahaja. yang lain, err mungkin kalau diteka teka aku tahu, tapi cuma nama, cuma nama, jangan tanya yang lain. sekali lagi aku cakap. aku bukan kipas susah mati kpop. okbai. -.-

Friday, February 17

damn you.

Mr. A, you are the culprit who are responsible to everything. And I hate you much. Too much. Damn you.

aku minta maaf.

alah. ini yang aku sedih ni bila aku sedang memerli orang lain tapi orang lain yang terasa. haihh. rasa macam aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. ya, aku mengaku aku terlalu banyak kawan, tapi aku perlukan dia kerana dia seorang sahabat. yang selalu ada bila aku perlu dia. yang tidak pernah lari bila aku cari dia. yang selalu muncul bila aku rindu nasihat dia. itu sahabat. dan oleh sebab aku tidak punya ramai sahabat, jadi aku perlukan dia. ohh mari aku cerita pasal dia. 

err dia ini kawan yang aku kenal di alam maya. sudah lama kenal lah sebenarnya tapi mula berhubung di situ, err di situ. ohh seronok tahu. dia macam lain sikit dari biasanya yang berlainan spesis dari aku itu. mulanya aku takut bersahabat dengan dia, err sebab aku perempuan mengada. dia nampaknya tak suka spesis mengada. tapi lama lama, seronok tahu. ilmunya banyak, dan aku suka dengar hujahnya. err mengutuknya pun banyak, tapi aku suka kerana dia tak menipu. dia jujur beritahu. kadang kadang dia buat aku malu, fikirkan perangai aku yang sangat bodoh itu. err aku masih ingat, aku bercakap dengan dia malam itu. kata kata dia buat aku fikir, spesis perempuan termasuk aku ini bodoh tahu. lima puluh lapan minit itu buat aku terpaku. untuk jawab hujah dia aku tak mampu, kerana aku juga mengaku aku begitu. jadi, aku dengar saja dan aku tunggu. 

err ini untuk kamu.

sejak dari hari itu, aku mula belajar kenal kamu. kamu sedikit seksis, err banyak sebenarnya tapi kamu cuma beritahu pendapat kamu. dan untuk pengetahuan kamu, aku akan angguk kepala untuk semua kata kata itu. kerana kamu bukan bercakap semata, kamu kaji dengan fakta. kamu bukan mengata, kamu bukan reka cerita. 

kamu buat aku jadi perempuan yang sedikit berhati batu. sungguh kamu banyak membantu. biarpun kamu tak perasan itu, tapi sungguh. aku lihat sendiri sisi lain diri aku sejak aku kenal kamu tahu. kamu juga selalu tegur aku, marah aku, nasihat aku. walaupun kata kata kamu, amboi menakutkan tahu. tapi setelah lama kenal, aku sudah kenal benar perangai kamu. kamu tak mahu aku jadi spesis perempuan itu. sungguh, aku beruntung punya sahabat seperti kamu. sungguh. terima kasih ya. 

aku tak mahu hilang sahabat seperti kamu. yang bangunkan aku dari mimpi buruk itu. yang keluarkan aku dari kepompong ketakutan itu. yang tarik aku dari gaung perasaan gundah itu. yang hilangkan resah aku dengan kata kata keras kamu. yang kuatkan aku dengan nasihat demi nasihat yang kamu beri itu. yang puji aku bila semua orang caci aku. sungguh, aku masih perlu sahabat seperti kamu. bukan masih perlu, aku malah akan perlu kamu selama mana hidup aku masih berjalan. aku masih perlu bantuan kamu selama mana helaan nafas aku masih ada. sungguh aku perlu kamu, sahabat.

tapi sekarang, semuanya sudah lain. kamu macam benci aku. kamu macam jauh dari aku. aku mahu cerita ini itu tapi aku takut kamu. aku sebenarnya masih perlu kata kata keras kamu, nasihat dan teguran kamu. aku sangat rindu semua itu. dan kamu. terima kasih dan, aku minta maaf dari hati kecil aku. sungguh, itu bukan untuk kamu. kerana, kamu antara sahabat terbaik aku. dan itu, aku tak menipu.

aku akan pergi sana. tapi sebelum itu, aku mahu bercakap dengan kamu. kerana ada sesuatu yang aku perlu dari kamu. doa kamu.

terima kasih, aku sudah tak takut gelap, kerana kamu. err boleh tolong tukar link belog aku? :)

p/s: ini semua salah Mr.A. aku mengutuk hang, kawan baik aku yang terasa, lempang jugak hang ni kang. haishhh. -.-

pergi belajar elok elok. aku sudah tak mahu ganggu kamu. jaga diri dear. :)

sentap dan sexist.

Sentap. Aku tak tahulah word tu datang dari mana, kejadah aku nak cari dalam kamus kan, even aku suka baca kamus, tapi bukanlah tujuan aku hidup atas muka bumi fana ni nak mencari maksud word itu saja. Tapi itu yang aku nak huraikan sekarang. Bahasa mudahnya, terasa hati. Itu peribahasa, sayang. Terasa hati. Sentap lah. Aku tak tahu sebenarnya nak describe word sentap ni, but word tu banyak jugak masuk dalam hidup aku yang bosan ni. Haihh.

Tak ada apa sebenarnya. Cuma nak bercerita tentang seorang kawan. Kawan saja, bukan sahabat. Ceritanya, dia memang sexist. Sexistnya sampai aku rasa tak seksi langsung. Malah aku nampak bangang betul dia tu. Kejadah nak kutuk perempuan sampai macam tu. Menyampah pulak aku. Bukanlah aku bela sangat kaum aku, err banyak juga perempuan bodoh bangang bebai dan yang sewaktu dengannya, aku pun sama bodohnya kadang kadang, but ayat kau tu, buat seluruh dunia macam nak tengok kau seorang sajalah makhluk hakiki paling comel sempurna perfect tak ada salah silap langsung kan. Kepala hotak lutut kau. Itu bangang tahu. Terima kekurangan dan kelebihan orang itu satu seni tahu. Seni hubungan sosial sesama manusia. Okay ini aku merapu. Tapi yang aku tahu,  kau pun kadang kadang bangangnya sama je dengan perempuan perempuan bangang tu.

Haihh, kalau perempuan asyik sentap, dikatanya manja, perempuan makluk bangang tak reti lain menangis je kerja, eh kepala hotak kau. Habis air mata yang ada bukan untuk lap cermin kereta, isi dalam akuarium, kejadah, biarlah dia air mata dia bukan air mata kau. Ohh aku faham betina perempuan perempuan tu cari kau kan bila ada problem. Dah apahal. Kau tak perlu nak buat baik pujuk pujuk diorang dengan ayat manis bergula bergaram kau, then kutuk belakang, ehh memang ayam kau ney. Dah tak suka kau cakap je kat betina betina tu. Biar dorang tahu kau tak suka perempuan menangis. Dorang pun tak payah nak mengadu kat kau. Menyampah. Sepatutnya kau kena lempang mak adik perempuan kau menangis. Dan bila bini kau menangis sakit nak beranak nanti, kau sumbat mulut dia dengan kain dan blah. Itu baru lelaki macam kau. Itu pun kalau ada orang nak buat kau jadi laki. Okay itu jahat.

Sexist itu tak perlu, semua orang, lelaki perempuan, tengah tengah atau tak ada jantina itu punya perasaan, sama ada kau suka atau tak, semua orang ada perasaan. Bajet lelaki tak menangis. Bajet perempuan lemah sangat. Eh come on lah kawan, terima kekurangan semua orang dan terima kekurangan kau sendiri. Tak perlu nak menyampah dengan semua orang. Aku dah cakap, semua orang ada kekurangan dan kelebihan. Sebab itu wujudnya lelaki dan perempuan, saling melengkapi sesama sendiri, kalau kau tak suka teori tu, kau boleh pergi mati. Jangan sembunyi dalam dunia ni. Pergi.

p/s: eh tajuk pidato aku, sentap atau sexist ini? -.-