Friday, February 17

aku minta maaf.

alah. ini yang aku sedih ni bila aku sedang memerli orang lain tapi orang lain yang terasa. haihh. rasa macam aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. ya, aku mengaku aku terlalu banyak kawan, tapi aku perlukan dia kerana dia seorang sahabat. yang selalu ada bila aku perlu dia. yang tidak pernah lari bila aku cari dia. yang selalu muncul bila aku rindu nasihat dia. itu sahabat. dan oleh sebab aku tidak punya ramai sahabat, jadi aku perlukan dia. ohh mari aku cerita pasal dia. 

err dia ini kawan yang aku kenal di alam maya. sudah lama kenal lah sebenarnya tapi mula berhubung di situ, err di situ. ohh seronok tahu. dia macam lain sikit dari biasanya yang berlainan spesis dari aku itu. mulanya aku takut bersahabat dengan dia, err sebab aku perempuan mengada. dia nampaknya tak suka spesis mengada. tapi lama lama, seronok tahu. ilmunya banyak, dan aku suka dengar hujahnya. err mengutuknya pun banyak, tapi aku suka kerana dia tak menipu. dia jujur beritahu. kadang kadang dia buat aku malu, fikirkan perangai aku yang sangat bodoh itu. err aku masih ingat, aku bercakap dengan dia malam itu. kata kata dia buat aku fikir, spesis perempuan termasuk aku ini bodoh tahu. lima puluh lapan minit itu buat aku terpaku. untuk jawab hujah dia aku tak mampu, kerana aku juga mengaku aku begitu. jadi, aku dengar saja dan aku tunggu. 

err ini untuk kamu.

sejak dari hari itu, aku mula belajar kenal kamu. kamu sedikit seksis, err banyak sebenarnya tapi kamu cuma beritahu pendapat kamu. dan untuk pengetahuan kamu, aku akan angguk kepala untuk semua kata kata itu. kerana kamu bukan bercakap semata, kamu kaji dengan fakta. kamu bukan mengata, kamu bukan reka cerita. 

kamu buat aku jadi perempuan yang sedikit berhati batu. sungguh kamu banyak membantu. biarpun kamu tak perasan itu, tapi sungguh. aku lihat sendiri sisi lain diri aku sejak aku kenal kamu tahu. kamu juga selalu tegur aku, marah aku, nasihat aku. walaupun kata kata kamu, amboi menakutkan tahu. tapi setelah lama kenal, aku sudah kenal benar perangai kamu. kamu tak mahu aku jadi spesis perempuan itu. sungguh, aku beruntung punya sahabat seperti kamu. sungguh. terima kasih ya. 

aku tak mahu hilang sahabat seperti kamu. yang bangunkan aku dari mimpi buruk itu. yang keluarkan aku dari kepompong ketakutan itu. yang tarik aku dari gaung perasaan gundah itu. yang hilangkan resah aku dengan kata kata keras kamu. yang kuatkan aku dengan nasihat demi nasihat yang kamu beri itu. yang puji aku bila semua orang caci aku. sungguh, aku masih perlu sahabat seperti kamu. bukan masih perlu, aku malah akan perlu kamu selama mana hidup aku masih berjalan. aku masih perlu bantuan kamu selama mana helaan nafas aku masih ada. sungguh aku perlu kamu, sahabat.

tapi sekarang, semuanya sudah lain. kamu macam benci aku. kamu macam jauh dari aku. aku mahu cerita ini itu tapi aku takut kamu. aku sebenarnya masih perlu kata kata keras kamu, nasihat dan teguran kamu. aku sangat rindu semua itu. dan kamu. terima kasih dan, aku minta maaf dari hati kecil aku. sungguh, itu bukan untuk kamu. kerana, kamu antara sahabat terbaik aku. dan itu, aku tak menipu.

aku akan pergi sana. tapi sebelum itu, aku mahu bercakap dengan kamu. kerana ada sesuatu yang aku perlu dari kamu. doa kamu.

terima kasih, aku sudah tak takut gelap, kerana kamu. err boleh tolong tukar link belog aku? :)

p/s: ini semua salah Mr.A. aku mengutuk hang, kawan baik aku yang terasa, lempang jugak hang ni kang. haishhh. -.-

pergi belajar elok elok. aku sudah tak mahu ganggu kamu. jaga diri dear. :)

No comments:

Post a Comment