Wednesday, December 28

keliru.

Perasaan dilamar itu tidaklah indah. 
Bila mana lamaran itu bukan datang dari orang yang kita cinta.

Monday, December 26

f.u.l.l.s.t.o.p.

ya. aku rasa sesuatu yang tak mampu aku luahkan dengan hati, dengan kata dan bicara, atau dengan apa saja. sebab aku tak selesa untuk cerita semua. sebab itu aku simpan saja. rasa hati yang aku pendam lama dan aku biar di dalam ruang jasad di sudut itu begitu saja. aku bukan begitu. sebenarnya aku suka cerita tapi kali ini, biar aku simpan saja sehingga aku jumpa orang yang benar benar berhak untuk aku pinjam telinga dia. dan mungkin bahu dia. dan mungkin tangan dia. dan mungkin hati dia. akan ada dan aku pasti tentang itu. sekarang, aku mahu berhenti jadi kuat dan mahu menangis saja. aku dah tak mampu berpura pura dan buat tak tahu apa apa. hipokrit itu bukan aku. aku hanya mahu menangis dan tidur selama lamanya. biar aku hilang dan tak wujud di mana mana. biar jasad dan roh terpisah dan aku pergi ke sana. aku mahu rasanya. aku penat fikirkan masalah dunia di mana aku tak jumpa jalan penyelesaiannya. ini bukan putus asa atau kecewa. cuma aku rasa tak selesa. mari tidur. dan biar takdir yang tentukan bila aku bangun nanti aku ada di mana. aku akan tidur dan tak harap apa apa. biar takdir tentukan semua. Bismillahirrahmanirrahim.

hari hujan itu.

aku di kerusi
dia berdiri di tepi sana
diam tak kata apa apa
aku mulakan bicara
dia menjawab sepatah saja

ohh aku tak putus asa
aku teruskan kata kata
aku tanya semua
tapi jawapan sama
masih diam seratus bahasa

aku tak kecewa
aku senyum saja
aku tak buat muka
aku senyum dan tunjuk rasa gembira
untuk jumpa dia
bukan untuk mulakan semula
hanya untuk tunjukkan aku gadis yang tak kisah apa apa
dan kuat lebih dari dia
dan aku gadis sempurna
yang mampu buat apa saja

aku tak akan menangis 
aku tak akan buat muka bengis
aku akan diam saja
aku akan buat muka biasa
aku pergi dari situ dengan rasa bangga
kerana aku tak bazirkan air mata saja saja
untuk dia.

terima kasih kawan.

MSIS.

26/12/2011

aku moody dan aku tak mahu cerita apa apa. fullstop. tapi aku mahu kau datang dan temankan aku. boleh ya?

Sunday, December 18

love.

Allah, jauhkan aku dari perasaan ini.

again. :)

thank you Allah
despite all the hardships
You gave me something
and I am sooo happppy
thank you. :)

opinion.

hey aku rasa kita tak sama pendapat tentang dia kan? aku rasa dia agak bagus sebab aku tak berani buat macam itu. dia berani.

sila rujuk mahasiswa itu dan pejuang. adakah kita sedang merujuk orang yang sama? :O

preparation :)

oh seronok. have fun talking to them :) dari pukul sebelas lebih sampai tiga lima belas. macam macam yang keluar. sumpah seronok. but one thing i want to stress about, pasal marriage. tak adalah besar sangat nak cakap pasal ney, but sharing experience between each other. :D

I feel free to ask everything about marriage to my sisters, because I want to know and they're sporting enough to tell me everything about that. I think that everyone should know, but kalau tahu tu tak perlu nak heboh satu dunia kan, dah kenapa :|

entah kenapa, rasa selesa cakap pasal itu dengan family sendiri, untuk tambahkan knowledge and prepare for future. semua gurls patut tahu. pasal  hubby, anak2 nanti. Feel weird talking about babies, takut actually, rasa macam taknak ada babies pun kadang kadang, but dorang comel. :D 

ya lah, aku kan lahir 5 kilogram, imagine how hard my mama when she delivered me. yeah! jangan jadi anak derhaka. okay takut sebenarnya untuk face future, tambah tambah bila dah sampai tahap itu. walaupun rasanya forever alone but still kena fikir, still mama suruh prepare. :| macam mama ingat aku gatal sangat. boyfriend pun tak ada. memang lambat lagi lah. :|

okay sudah, aku kecik lagi. tak payah pikir. but bila sembang ramai ramai macam ney seronok lah. aku paling banyak experience, tambah tambah pasal babies! kan dah ada nephew dan niece sampai sepuluh. baby pun aku dah start pegang dan jaga since aku enam tahun, heh memang aku agak expert lah kan. 

okay sudah lah. merapu aja cakap pasal ney. lambat lagi. banyak lagi kena buat actually. :O

thanks.

him.

aku dah mula sukakan dia. :|

sebab

dia

boleh

tarik

perhatian

aku.

#okbai.

Saturday, December 17

kawan. baik. yang. ohsem. sangat.

oh tak ada apa yang aku nak tuliskan. juz sebab aku mesti bersembang dengan benda ini, kawan baik aku. aku kan forever alone. so bercakap dengan blog sahaja. entah apa aku nak tuliskan. lagipun minggu ney aku busy + letih + tak ada mood + macam macam. dengan assignment. oh cipta rekod dah. tak tidur malam seminggu sebab buat assignment. menyampah. dah buat but kena reject. at least aku tahu yang that lect memang cerewet sebab semua orang punya dia bagi balik, means orang yang buat awal dan last minit pun dia bagi balik. sokay lah kan. :) i am not that bad. okay aku mengaku aku pemalas tapi aku tengok dan observe dulu kerja orang then aku siapkan kerja aku. sebab itu lambat. 

dan semalam, after submitted semua assignment, aku balik bilik dan tidur dari pukul sebelas pagi sampai pukul lapan malam. wah! first time buat macam itu. okay mama marah sebab terlepas zohor, asar dan maghrib. :| teruk gila kena marah. haa lah. sembahyang kan. bukannya boleh main main. haish. demm jugaklah. dah terlepas sembahyang, terlepas pulak tengok monalyysa, haiqal n da gang perform. :| rasa bersalah, n macam macam. memang nak pergi but tertido. tertido. nasib baik haiqal datang jugak mawar, lepak lepak. macam macam cerita lah keluar. mula mula razan comel itu datang jugak :| comel? heh. perasan lah mamat tu. sembang sekejap dengan dia then eqal pulak. seronok gila dorang datang! seronok + happy + ohsem dorang tuh. sembang macam macam tak ingat dah pukul sebelas lebih dah, lampu dc semua tutup dah pun lepak lagi sembang macam orang gila. nasik baik ada depa, seronok sikit. hilang semua sedih aku. :D janji nak makan nasi kandar, roti nan bagai untuk breakfast but aku lah ada test jasmani + test bertulis kesatria plus depa pun busy, haiqal nak perform lagi so jumpa sekejap tadi 5 minit amek cd then depa balik. :') ohh sedih. sikit lah kan. :|

walaupun minggu ini agak sial + suwey , tapi rasanya aku still okay sebab ada mereka. dan kawan kawan lain. :D

hey, thanks razan rose dan haiqal noor :') sayang ampa. mai lagi na. :D

Thursday, December 15

kawan baik.

Aku tak pernah lihat dia menangis
Kerana selalunya
Dia berhati batu
Dia berjiwa jitu

Tapi hari ini
Aku terkedu
Kerana aku lihat dia menangis tersedu sedu
Dia kata dia buntu
Dia kata dia sudah tidak mampu
Dia kata dia tidak mahu
Jadi apa yang aku tahu
Hanyalah membisu
Dan menunggu
Dia cerita padaku

Tapi suatu hari aku kata
Kembali pada Dia yang Satu
Kerana Dia Maha tahu
Apa yang sudah dan bakal berlaku.

Saturday, December 10

rindu.

rindu mereka.

muhammad syazwan bin mohamad rozaidi.
muhammad haiqal bin mohd. noor
khairunissa binti rosle.
noorfarhana binti abdul rahaman.

Friday, December 9

entrytiadatajuk

Entrytiadatajuk.

Aku benar benar ingin jadi berani. Tak beranikah aku sekarang? Belum cukup rasanya.
Aku mahu jadi lebih berani. Dalam setiap segi.

Aku: Apa yang aku berani huh?
Kawan: bla..bla..bla..

Oh kesimpulannya dia cakap yang ini.

Aku tak rasa malu beli benda benda itu dan bayar di pasaraya, walaupun ada pula mamat mamat bejat tapi bajet hebat di belakang, melihat lihat bagai aku ney tikus sesat yang makan roti berkulat. Sengal tahu kamu! Benda biasa, kau ini bodoh sangat. Benda macam itu pun kau nak renung. Yang kau beli boxer corak dora the explorer itu kau tak malukah? Oh muka ganas saja tapi oh. Balik lah. Muntah aku tengok kau. Memang aku tak malu, sebab yang itu kawan aku punya tahu! Dia malu nak bayar, jadi aku yang tak punya perasaan inilah yang kena. Oh itu biasa. Aku ini baik orangnya. Tengok lah aku banyak kali, perli lah aku berkati kati, aku tak peduli, yang aku tahu buat hal sendiri. Tak kacau kau kan.

Cakap pasal berani, aku tak tahu dari mana datangnya ini, rasanya dalam keluarga aku abang aku seorang saja yang berani. Boleh buat apa apa pun. Jadi aku ini kembar dia. Sebab semua orang cakap begitu. Kembar. Muka photostat. Perangai juga begitu. Bangga tahu!

Berani aku bukanlah dalam konteks bercakap di depan orang ramai. Oh yang itu aku sangat benci. Sangat benci. Aku hanya mampu berdiri, di atas pentas memerhati tapi dalam hati bagai nak mati. Bencinya aku sampai memberi kesan pada setiap presentation yang aku buat di universiti. Haish rimas. Aku memang tak suka. Biar suruh aku menulis berjela jela tak apa, tapi cakap seminit di depan orang aku dah rasa bagai di neraka. Sebab itu menulis aku suka. Sebab tak perlu bersuara, hanya diam semata mata, hanya perlu hati, mata dan tangan yang bicara, hanya perlu pen, kertas dan laptop sahaja.

Berani aku, berani apa?

Oh berani lain. Kalau hendak bertanya apa apa, aku yang selalu jadi mangsa. Oh melampau ya. Jadinya akulah yang akan nampak bodoh setiap masa. Oh kejam kamu semua. Kejam. Tapi itu aku. Bertanya soalan itu aku suka. Kerana aku teruja. Bertanya untuk menambah ilmu itu berguna. Tahu. Jadi jangan rasa aku ini menyusahkan. Dan jangan hina.

Aku juga berani buat sesuatu yang baru. Bukan dalam konteks itu. I mean, suka buat benda yang  baru. Aku suka bila orang tanya, “pernahkah kau buat itu?” Aku sentiasa mahu jawab , “Oh pernah!’ Walaupun hanya sekali. Walaupun hanya sekali aku buat itu. Aku mahu cuba semua. Semua. Tiada yang terkecuali. Jadi sekarang aku mahu tahu semua dan mahu cuba semua. Puas. Jadi ajarkan aku main gitar ya? Please please.

Lagi apa?

Oh aku berani marah orang yang melampau. Walaupun dia lelaki. Dan aku suka memerli. Mama marah aku begitu. Katanya tak elok menjawab. Mencari pasal. Tapi aku mahu. Aku tak suka orang yang suka melanggar hak orang lain. Aku suka perli kapel yang beromen dalam lrt, atas seat suka hati. Muda lagi tapi tak ada simpati, tak nampak orang tua di sebelah yang sakit lutut hampir nak mati, sikit je lagi kau nak makan kaki. Aku yang nak bagi. Aku peril pun tak peduli. Kau tahu, kau berdua makhluk paling keji dalam dunia ini? Tahu?

Aku juga suka marah orang yang ikut aku di kedai bila aku nak beli baju or whatever. Bukan marah, aku tegur saja. Rimas tahu. Kau ikut aku ke sana sini. Sampaikan seluar dalam pun kau nak promote itu ini. Aku tahulah aku punya sendiri. Takkan dah besar macam ini aku perlu nasihat tentang itu lagi. Haish. Tak suka tahu. Jadi aku marah. Eh bukan marah.aku cuma tegur dengan berani. Minta maaf ya?

Yang dalam bas ini pun lagi satu. Seat ada dua. Dia kurus saja tapi duduk kangkang macam apa. Eh paham seat tu ada dua? Dua? Kau bukan besar mana nak duduk macam gorila. Takkan yang itu pun nak kena cerita. Kalau dah tahu ramai dalam bus itu pandai pandai lah guna mata. Bagi ruang orang lain nak duduk juga. Orang nak bagi pahala tak mahukah? Kau kaum aku tahu. Have some respect to other people. Saja je tunggu aku bagi hint dan mengata.

Tapi seriously, aku paling benci orang kurang ajar dengan orang tua. Itu paling melampau. Aku jahat juga tapi aku tahu adab dengan mereka. Kau jangan jadi spesis tak guna. Kau imagine lah dorang tu mak bapak kau. Yang kau nak maki maki dah kenapa? Dia mop lantai kau pijak pijak, kejadah kau ney. At least cakap lah tumpang lalu, minta maaf or whatever. Dah kau pijak dengan kasut dan kaki busuk hapak, dah tu kau sepak baldi dia pulak. Waklu. Kau ney dah tahap nak makan penyepak. Eh kau ney, aku dah nampak muka kau lah yang bakal dihumban kat rumah orang orang tua nanti tahu. Sebab kau yang start dulu. Sia sia kau hidup. Kecik kecik tak mau mati, besar besar perangai dah macam babi. Okay aku jarang mencarut, means aku marah sangat.

Okaylah aku pun tak sempurna, perangai aku pun kadang kadang celaka, tapi ada certain benda aku jaga, sebab bila kita jaga hubungan dengan manusia lain itu yang buat kita ini nampak macam manusia. kena lah jaga. Takut kena kat kau juga, baru padan muka.


Sekian terima kasih.


mahasiswa itu.

Hai mahasiswa
Aku hormat kamu tahu
Kerana hati kau sekeras batu
Walau ditangkap kau masih mampu
Membahas seribu satu
Bercakap tak jemu jemu
Untuk mengubah nasib rakyat dan kamu

Hai mahasiswa
Kau berdiri membatu
Kau teruskan ucapan jitu
Walaupun bau ucapan radikal kamu
Mereka dapat hidu
Kau tak buka langkah seribu
Biar ditangkap kau tak mahu
Berganjak dari situ
Kerana kau tahu
Kau ada maruah itu
Aku hormat kamu tahu!

Hai mahasiswa
Teruskan usaha kamu
Biar mereka tahu
Suara kau sarat
Dengan yang tersurat
Dan tersirat
Untuk jatuhkan pemimpin yang sudah berkarat
Di medan pilihan rakyat

Kerana suara mahasiswa seperti kita
Masih segar bugar
Walaupun berdegar
Tapi inilah yang mahu didengar
Yang mahu diuar-uar
Kerana kita mahu keluar
Keluar dari sangkar
Biar pemimpin itu takut
Mahasiswa seperti kita
Yang mampu membongkar dan menukar
Dari akar
Mampu mengubah dan menjatuhkan mereka
Ke dasar.

Teruskan usaha besar kamu
Aku yakin
Suatu hari
Mereka akan dapati
Suara kita mahasiswa mahasiswi
Perlu dipuji
Perlu diikuti
Perlu diberi
Perhatian sendiri
Kerana
Cara kita berfikir
Mampu mengubah generasi
Zaman kini
Menjadi berjiwa besi
Dan berani
Merekonstruksi.

Wednesday, December 7

A Conversation

haiqal: hang sihat ka?

me: ya, sihat lagi tapi serabut sikit.

haiqal: aku pun, macam macam ada. Rock The World, show itu ini. banyak kerja sangat. sakit hang dah okay?

me: tak berubah pun, still macam tu saja. aku dah malas buat apa apa.

haiqal: em, sabarlah, tahu kan, setiap ujian tu Dia bagi untuk tengok sejauh mana hang mampu bertahan. Dia uji ada hikmahnya. hang kena sabar. nanti semuanya akan okay.

when he said that, my eyes wanted to burst into tears but I just pretended that nothing happen but he realized that and go to the counter and took a piece of tissue for me. Haiqal, you are really my very best friend ever.
Hang buat aku pikir yang aku takkan mengalah dengan semua ni. at least aku takkan mengalah demi family dan orang orang yang aku sayang. terima kasih sangat sangat.

p/s: nanti aku belanja yang mahal mahal ya. :')

Tuesday, December 6

damnbullshit

oh hari ini dan esok akan menjadi hari yang suwey dalam hidup aku. bangun pagi tadi pukul 8.45, kelas dah start lama, tapi dah ika kol kena jugak bangun siap siap pergi sana. dah sampai kelas dorang jerit ramai ramai. demm malu. waklu shafiq! haish. kena pulak buat drama dalam kelas tu. explain bagai. mengantuk gila. makin teruk aku ini. entah kenapa. rasanya perlu balik rumah sekejap dan peluk mama. sebab anak manja macam aku ney bukan reti buat apa kalau ada problem lama lama. besok pulak, kena lagi. presentation bel ntah apa apa tuh. memang turn aku number tiga dan aku tak prepare lagi. demm lagi. but oh ya, aku kan suka merapu di depan. baru nampak natural kan ayat sendiri. rasanya better dari orang yang buat skrip dan hafal sebiji sebiji lepas itu terlupa sikit terus kaku dan menggigil kaki. kehkeh. jadi aku lebih baik. :) apa yang keluar dari hati, lantak lah nak jadi apa nanti. asal itu aku buat sendiri. rasa bangga di hati. #okbai.

salah paham dan salah

ada sedikit salah faham. salah faham yang meletakkan aku di skala tahap bawah terhadap penilaian seorang perempuan. kalau dah namanya salah faham, pastilah ia salah kan? jadi aku berikan jawapan yang betul. aku takkan. takkan. takkan. kerana aku sangat takut dengan spesis seperti itu. sangat takut. dan aku tak mampu mendorong hati aku untuk sukakan spesis itu. spesis yang hanya tahu mengkritik bukan menyelidik, yang tahu menempelak bukan menggalak. yang memandang spesis aku pula bagai entiti tidak sesuai hidup di atas bumi mutlak. oh kau terlalu mahu menilai. luar dalam kau sapu, kau sehingga kau tak tahu sebenarnya bukan begitu. kau buat andaian merapu. kau beri pandangan dengan otak buntu. kau tahu sebenarnya spesis kau juga ada yang begitu. satu lawan satu. jadi aku mahu memberitahu, aku tak mahu. betul betul tak mahu. puas begitu?

aku rasa hang patut ubah pandangan hang terhadap spesis aku. kita sama sama ada kelebihan dan kekurangan masing masing dan itu yang buat lelaki dan perempuan itu ada di atas muka bumi. saling melengkapi. jadi berhenti memerhati dan mencaci. aku takut kau dapat yang macam itu pula nanti.yang kau caci. kau tak mahu juga kan? kalau kau tak percaya, mari aku ceritakan sesuatu. tapi nanti lah. jika dipaksa.

aku tidak memerli, bukan juga mencaci kembali, tapi hanya menasihati. 

mahu

aku mahu jadi gadis setia itu. mencabar diri untuk hanya lihat yang satu. mencabar diri untuk melihat selama mana aku mampu. tetapi sebenarnya, niat aku satu. aku tak pandai menipu tentang itu. tentang perasaan itu. oh aku akan tunggu kamu selama mana aku mampu. aku akan tunggu. kerana aku gadis itu. gadis dulu yang kamu suka itu. yang sekarang kamu buang dari hati kamu. oh aku tidak kisah. aku masih akan tunggu. aku gadis yang kamu kenal dulu. yang kamu tahu aku akan tunggu. yang aku pernah berjanji itu. 

MSIS.

dream or dreaming

terjaga. and my head spinning like hell. oh it hurts. and I think I had a dream. when I saw me and that boy, two years back, walking along the corridor and watched that stars up on the sky. please, don't cry again. I'am okay and I wanna be okay all time. please, 2012, come faster, I wanna go there and and meet you, Allah. after that, I know I can handle every single problem in my life. please yeah :D

noting

jangan menangis dah, cubalah jadi besar sikit. orang lain pun ada problem, bukan ada masa nak layan aku seorang. tapi dah nak buat macam mana, cara aku macam tu. please please. makin lama makin hilang kawan kawan aku. pakat ramai busy aih. cepat lah cuti. nak lepak lama lama lama dengan haiqal, nissa, kaklong, par, zaty dan semua depa. haish rindunya. :') tak apa, sabar sekejap lagi. final dah dekat. buat elok elok then pi lah lepak mana mana pun. tak sabar.

wishlist:
*bukit broga
*paintball
*tutti frutti
*penang
*rumah manis rumah
*movies
*twitter 24/7
 okbai. :D

p/s: haiqal, mai besok na? nak cerita banyak banyak. :')

Monday, December 5

the roomate.

Oh namanya fazila
Dia bukanlah gila
Tapi gila gila
Kalau dengan dia
Aku tahu bising sahaja
Tak akan buat kerja
Kerana dengan dia
Dia itu bagai ganja
Buat aku ketagih berhibur semata mata
Kerana lagu dalam laptop dia berjuta juta
Tapi yang orang tak tahu
Walaupun melalak bersama sama
Kerja dia siap juga
Tak macam aku
Nak buat nak buat tapi membuta
Setiap masa
  
Seronok kawan dengan dia
Sebab dia selamba
Bila aku ada masalah
Aku menangis sahaja
Tapi bila dia ada masalah dia selamba
Buat tak tahu
Macam tak ada apa apa
Positif sahaja katanya
Aku hairan juga
Kenapa dia boleh hadapi semua
Oh aku tahu
Itulah keistimewaannya.

Oh aku tak mahu cerita lagi
Nanti dia senyum lebar nampak semua gigi
Nanti terkoyak baju nanti
Kembang kempis dalam hati kerana aku puji
Jadi di sini aku berhenti
Bila bila aku sambung lagi.

terima kasih roomate. i love you :)

nur fazila binti ahmad muhiyidin.

rumah kuning itu

Rumah kuning itu
Di mana aku pernah merasa
Dengki dan sakit hati
Di mana aku pernah
Merasai kehilangan
Seorang abang yang telah pergi
Di mana aku pernah merasa iri hati
Terhadap dia yang terlalu dikasihi
Dan disayangi
Dan di mana rumah itu menyaksikan
Jatuh bangun aku setiap hari.

Di rumah kuning itu juga
Aku mengenali
Rasa sepi mengusik hati
Tiada mereka di sisi
Walaupun hilang hanya sedetik dalam satu hari.

Di rumah kuning itu juga
Setiap luka diubati
Kegembiraan bersama isinya aku ulangi
Onak duri kita harungi
Segala ranjau kita songsongi
Dan semua itu takkan aku lupai
Sehingga aku mati
Dan menunggu nasib di alam abadi.

untuk:

A. Rahman bin A Wahab
Rohmah binti Abd. Wahab
Rafida binti Abd Rahman
Rozia Hanis binti Abd Rahman
Muhammad Razif bin A. Rahman
Muhammad Rasydan bin A. Rahman
Muhammad Rafiuddin bin A. Rahman
Raihan Nabilah binti Ab Rahman
Muhammad Rafiq Afnan bin Abd. Rahman

abah, mama, kak ida, kak jie, abg jih, abg idan, abg cik, dan adik, terima kasih. :)

pemimpin kotor

Kau tahu tak
Suatu hari nanti
Kami belia muda akan
Bersama mengubah struktur negara
Menanggung berat beban rakyat bersama
Mengubah rencana
Hingga ke puncak jaya

Kenapa kami tak mahu kau?
Sebab kau pemimpin gila
Kau bermanis muka dan kata
Hanya bila pilihan raya menjelang tiba
Tapi bila dah berjaya
Kau hanya membuta
Kau langsung tak ingat derita
Rakyat jelata
Harta kau ambil dari rakyat kau tabur
bersama isteri diktator
Kau biar rakyat kebulur
Sikit pun kau tak hulur
Kau biar lidah anjing rakyat yang kau anggap bodoh ini terjulur
Kau ingat politik kotor kau itu luhur
Kami akan pastikan
Tak lama lagi kau hancur

Suatu hari
Kami akan pastikan benteng keegoan kau jatuh
Kerana kami sentuh dan tengkuh
Waktu itu
Tak guna kau bersimpuh
Merayu dengan bersungguh sungguh
Kerana ketika itu kami belia
Punya senjata yang ampuh
Bukan rapuh. 

p/s : aku tak menghina sesiapa. hanya geram semata mata. 

gratefulness

Alhamdulillah
I think that is the only word to express my feeling
Allah
thanks a lot
I am so so happy!

taubat seorang durjana

Dia tidak tahu yang namanya malaikat maut pencabut nyawa itu tidak akan menunggu barang seminit pun untuk mecabut nyawa semua makhluk makhluk Allah sama ada ulama atau durjana. Sebenarnya dia tahu tapi dia buat buat tidak tahu. Ya, terlalu banyak maksiat berdamping dengannya, terlalu banyak air setan diteguknya, dan terlalu banyak sudah pelacur pelacur murah di pinggir Lorong Haji taib diratahnya­­­, tidak kira veteran, ayam muda, ibu ayam malah terlebih lagi yang ayu dan bergetah amat pun layu di pangkuan kasanova berdarah celaka ini.
Sebelum dia melangkah ke kotaraya yang penuh bingit tidak pernah tidur barang sekejap, siang atau malam sama sahaja rupanya, penuh dengan manusia manusia yang sangap dan gersang akan hiburan dan ingin masuk ke lembah kehinaan, dia sebenarnya bukan penghuni tetap kota sial itu.Bukan. Dia bukan sebenarnya.
     Bukannya dia tidak ingat, namanya seperti orang kampung sangat, Budin bin Kulup, asalnya juga tidak boleh dibanggakan, kampung di utara Kedah yang amat tidak nampak pembangunannya di mana, masih hijau dengan tumbuh tumbuhan dan belum tercemar oleh pembangunan dek setan setan yang gemar menghakis apa sahaja di muka, biar gondol dan rata sahaja. Ya, dia tidak sedar sebenarnya ada lima figura, sama ada yang berkedut seribu, tetapi masih mahu membanting tulang, memerah keringat, darah dan air mata di kampung itu dan berharap penuh makna akan seorang anak, jauh di mata, menghantar berita, mengirim kata, mengucap rindu dan sayang pada mereka. Dua figura itu rindu pada Budin. Mereka rindu amat pada anak yang katanya amat boleh dibanggakan itu kerana sanggup keluar merantau, mencari jawapan kepada kemiskinan yang mereka deritai selama ini. Sebenarnya anak itulah sial dan majal dalam hidup mereka, mereka langsung tidak tahu. Juga, dua figura kecil lain yang comot tanpa seluar dan baju, bermain tanah dan lumpur, mengail ikan di tepi kuala tanpa langsung ingat mereka punya abang durjana. Bukan durjana sebelum ini. Ya. Mereka masih kecil. Bukan masalah mereka. Yang mereka tahu, mereka punya ayah dan ibu yang amat sayangkan mereka. Dan seorang lagi abang yang amat mereka sayang. Salah satu figura dari lima itu, Azim namanya, dia ingat dia punya seorang abang yang sangat baik bak malaikat yang diturunkan oleh Tuhan dari langit, dia ingat abang itu yang mengajaknya ke surau saban pagi di saat remaja remaja lain masih berselimutkan kulit babi. Dia ingat abang itu yang mengajarnya membilang dan mengira menggunakan biji biji kecil getah dan saga yang mereka kutip tatkala menemani ibu bapa membanting tulang menoreh di dinihari. Dia juga ingat abang itu yang setiap hari mencari pucuk pucuk paku, ubi keledek atau barang apa sahaja yang boleh dimakan sekadar mengalas perut kerana kedaifan mereka. Dia rindu abang itu. Dia masih ingat abang itu melangkah keluar dari rumah dengan wajah mendung dan kelam sambil memohon ampun dan maaaf dari kedua ibu bapanya. Dia ingat abang itu berjanji akan kembali membawa masa depan yang lebih bererti, tidak lagi kedaifan yang hakiki. Tetapi mana abang itu? Di mana abang itu? Dia tidak tahu jawapan apa di benaknya. Tidak tahu. Titik.
Budin masih di kelab malam itu, meneguk air setan sambil dilayan betina sial murahan. Memang amat nikmat. Dia belum sedar keadaan di hari kiamat. Dengan seksaan yang maha hebat. Para ulama bermandi keringat memikirkan hari itu, tetapi dia masih lagi terlentok di bahu betina sial yang kononnya hebat, tetapi sebenarnya laknat. Nauzubillah.
Duitnya sudah habis. Manakan tidak, kerja rakyat lain mula pukul 8.30 rembang pagi, kerjanya bermula di saat matahari tegak membahang di atas kepala, dia tahu bosnya menjeling dari balik daun pintu setiap hari, tetapi dia buat muka dono, seperti tidak ada apa- apa yang terjadi. Cemuhan rakan tidak dipedulikan, cacian makian dari lelaki tua berambut botak itu tidak dihiraukan, kalau dah Budin namanya. Juga kerja yang bertimbun bagai salji di atas Gunung Everest itu juga dia buat buat tidak nampak, kalau nampak pun di hujung alis matanya sahaja. Bodoh amat Budin ini.
Dan pagi itu, tugasnya sebagai pekerja sengkek bergaji buta curi tulang busuk berakhir. Barangnya dihumban bagai kucing kurap di pinggir longkang oleh bosnya sendiri. Padan muka. Surat berhenti dari syurga kata bosnya, dan duit gaji terakhirnya berjumlah RM20.00 itu juga dilempar bagai sampah, ke muka kotornya, terkejut. Memang hanya itu yang layak untuknya. Malah bosnya juga amat baik hanya berbuat begitu. Dia keluar muka toya, serupa sahaja mukanya setiap hari dek penangan ecstacy dan pil kuda yang dimamahnya. Juga penangan betina betina sial longlai yang diratahnya di hotel bajet.
Budin bingung. Bosnya yang kelihatan alim dan warak itu sudah memasang agenda mambalas dendam keramat yang tersimpan sehingga dia tidak bisa lagi mendapat kerja lain di mana-mana, sekecil dan sehina hina kerja pun dia tidak mampu dapat, besar dan bagus malahan lagi.. Pencuci tandas pun jadilah, tetapi entah kenapa semua majikan tidak mahu menerimanya, rasanya kerana muka lelakinya yang tidak langsung nampak macho kerana seperti penagih dadah azali dan hakiki atau kerana bibirnya hitam melegam bak arang di kedai runcit Pak Mat. Rokok kan makanan rujinya. Atau kerana pakainya selekeh macam peminta sedekah di jejantas Pekan Rabu Alor Setar. Dia tahu sebabnya. Sekali lagi padan muka Budin bin Kulup.
Malang bertimpa timpa. Pulang ke rumah, beg dan barang barangnya bertaburan di tepi pagar, dia baharu sedar, sewa rumah sudah 6 bulan dikikisnya buat habisan di kelab malam Bukit Bintang, tidak ada sesen pun yang disimpannya lagi, hatta di dalam uncang, poket atau dompet. Diseluknya poket, bukan setakat tidak ada duit, malah bocor lagi. Dia mengeluh di tepi pagar. Perut berkeroncong, bunyinya tidak pasti irama apa, tetapi itu menandakan dia amat lapar. Amat.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Malam itu entah siapa siapa mengejutnya sedang lena, enak tidur di atas kerusi batu di Stesen Bas Puduraya, dengan baju hapak tak berbasuh, beralaskan surat khabar Metro lusuh, dan suasana bising, bingit bagai pengikut Baju Merah dan Baju Kuning yang sedang merusuh. Juga ditemani air air embun tua yang jatuh. Telefon bimbitnya berbunyi lagu Inggeris Neyo, Champagne Life. Nyaring. Dia mengeluh kuat, keluarkan bau busuk yang amat sangat, bagai bau keringat hangat, tetapi jauh lebih hebat. Bukan nikmat tetapi laknat. Sambil mengelap air liur basi yang meleleh tanpa henti di tepi bibir hitam melegam, dia menjawab panggilan telefon. Sial katanya. Mengganggu. Telefon itu. Hanya itu hartanya yang dia ada sekarang. Hanya itu yang dia punya di saat ini. Telefon itu diangkat dengan rasa malas. Pemanggil itu, ya, dia ingat, Josephine, salah seorang betina betina muda di kelab malam yang diratahnya. Josephine mahu berjumpa. Budin mengeluh lagi. Tidak mahu katanya. Tanpa dia sedari, kata tidak mahu itu tidak bererti lagi, kerana Josephine di belakangnya, berdiri, menunggu reaksi, jawapan akan perkara hidup atau mati. Ya, dia tidak sangka, Josephine mengandung lagi. Pil kuda dan kondomnya tidak berkesan. Sudah dua bayi mereka dihabisi. Mati di hospital swasta akibat komplikasi. Meraka tidak sedar diri. Pepatah berkata, “bukan salah ibu mengandung, salah bapa tak pakai kondom.” Nah, itulah salahnya. Ugutan dari Josephine membuat dia terkesima. Lama. Makian juga terhambur dari mulut Josephine, yang dulunya manis membuai Budin dengan ayat ayat cinta. Budin tak tahu nak kata apa apa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Wajah wajah tua itu tenganga. Terbuka luas bagai menggamit lalat lalat hijau masuk mencari apa apa. Mereka terkesima, tergamam, entah apa lagi perasaan yang sukar digambarkan. Menyesal, marah, sedih, jijik, mereka tidak tahu mereka patut rasa apa. Anak yang dikandung, dilahirkan dengan penuh sakit, bagai diusap dengan pedang tajam di perut, dibuai buai dengan kasih sayang dan kata kata cinta, disuap dengan susu dari badan lemah seorang ibu miskin, juga makanan enak yang untuk mendapatnya, wajah wajah tua itu perlu bersengkang mata bekerja setiap hari. Anak itu di depan gobok buruk mereka yang menunggu masa untuk roboh, anak itu berdiri dengan muka sebu. Anak itu comot dan selekeh, sama seperti mereka, tetapi yang bezanya, anak itu membawa pulang seorang perempuan yang tidak seperti perempuan, bajunya bukan baju tetapi singlet merah menyala yang menampakkan pusat yang bulat dan dalam, nampak lurah dendam, hodohnya, dengan skirt hitam pendek atas paha, bertindik di hidung serupa lembu mereka, bukan setakat di hidung bahkan merata rata, ahh jahilnya, anak itu, bukan perempuan bertudung litup yang dibawanya, bukan juga perempuan sopan, baik dan lemah lembut yang dikenalkannya, mereka resah di muka pintu. Sungguhpun begitu, mulut diam berkunci. Ibu tua itu hanya memanggil mereka masuk tanpa berkata apa-apa. Meminta mereka tidur, dan memberi perempuan itu kain batik, kerana dia tidak betah melihat perempuan atau betina seperti itu memijak anak anak lantai buluh rumahnya. Tidak. Tidak pernah ada dalam keturunannya perempuan seperti itu. Tidak pernah langsung.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, anak itu diusapnya lembut, dia sedang tidur, tidur aman seperti dia kecil dahulu. Wajahnya tidak seperti dahulu, tidak bersih seperti dahulu, tidak berseri langsung. Tidak ada cahaya langsung. Ibu tua itu menangis perlahan, air mata dari wajah tua berkedut itu diusapnya, tidak mahu anak itu terjaga kerana aliran air mata itu yang jatuh di atas muka mendung dan kotor anak itu. Ibu tua itu kesal. Kesal yang amat sangat. Anak itu. Punah sudah harapan dan angan angannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, kanak kanak yang dua orang itu hairan. Yang besar itu pun hairan. Yang kecil pun hairan. Ada seorang lelaki asing di gobok mereka. Juga seorang perempuan asing. Mereka bertolak tolak sesama sendiri. Tidak ada yang berani bertanyakan soalan itu pada ibu mereka yang sedang sibuk membuat sesuatu di dapur, dari baunya, mungkin kulit pisang rebus cicah kelapa parut. Orang Kedah memanggilnya nyior. Bertolak tolak lagi. Hairan lagi. Abang yang besar sedikit meminta si kecil itu diam. Azim. Sarapan pagi itu sunyi. Kanak kanak itu tidak bingit seperti selalu, menceritakan mimpi mereka, bergaduh dengan anak Kak Mona gemuk sebelah rumah yang inginkan patung kayu mereka. Juga tidak ada yang memuji masakan ibu mereka pada pagi itu, walaupun hanya kulit pisang rebus, mereka bersyukur amat. Masih bertuah, tidak seperti kanak kanak di Palestin. Ayah dan ibu mereka mengajar begitu. Mereka diam seratus bahasa. Hanya hujan rintik rintik yang kedengaran. Ayah mereka ada, mukanya mendung, sama seperti keadaan langit sebelum hujan. Ya, hujan itu bererti periuk nasi mereka tutup rapat. Manakan tidak, tidak boleh menoreh. Hujan lebat.Pagi itu bukan lima, tetapi tujuh tubuh yang bersila di lantai buluh pondok mereka di depan sarapan. Diam semua orang. Ayah itu tidak bercakap, ibu mereka tidak, dua orang asing itu juga tidak, tetapi kanak kanak itu sedar, walaupun mukanya lain, tetapi lelaki asing itu abang mereka. Ya, abang mereka. Budin bin kulup. Betul.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka bagai orang asing di rumah itu. Tidak ada yang mahu bercakap dengan Budin. Tidak mengapa, dia sedar itu. Dia sedar mereka jijik dengannya, ya, dia penuh dengan dosa. Penuh maksiat. Perempuan itu, Josephine juga diam. Sejak hari pertama, dia mula memakai kain batik dan baju kemeja lengan panjang, milik ibu tua itu. Dia cintakan Budin. Dia sanggup menanggung hidup seperti itu. Dia sanggup menanggung malu itu kerana cinta. Lagipun mereka punya anak. Dan anak itu milik mereka berdua. Benih cinta hasil hubungan terlarang mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Budin terjaga. Matanya terbeliak. Dahinya penuh keringat takut, meleleh dari dahi sehingga kaki. Dia bermimpi lagi. Sudah tiga hari berturut turut dia di dalam kotak sempit itu. Sakit. Kotak itu menghimpit tulang rusuk, belikat dan segala tulang temulang yang dia punya. Kotak itu penuh dengan ulat ulat dan ular besar amat yang tidak pernah seumur hidupnya dia lihat. Tidak pernah. Bukan itu sahaja, kotak sempit itu penuh dengan dengan air yang amat busuk, nanah, darah dan air liur entah siapa siapa. Dia terkapai kapai lemas di dalam kotak itu. Tambahan pula, suara bagai halilintar yang maha hebat menyentak telinga lelakinya. Dia takut. Dia memanggil ibunya bagai nak gila. Meronta ronta dengan suara amat kuat tetapi tiada siapa yang mendengar. Dia tahu itu suara malaikat Munkar dan Nakir, memanggilnya dengan cara yang dahsyat sekali. Dia sudah di alam abadi. Tiada guna menyesal lagi.
Ahh, tidak. Bukan. Dia terjaga. Dia hanya bermimpi. Dia menggeletar. Pagi itu, sekali selepas lama sekali, dia bangun di tengah kedinginan dinihari pari, melangkah ke kotak empat segi di belakang rumah. Bilik air buruk dan kotor milik penghuni gobok itu. Dengan insiden dahsyat yang masih terngiang ngiang di telinga dan kotak memori, dia mengambil wuduk dengan rasa rendah diri. Dari kepala ke kaki. Melangkah mengambil sejadah di lipatan dalam almari yang sudah berhabuk dek lama tidak terusik. Dan dia tergamam. Dia lupa cara solat. Dia tergamam lagi. Air matanya mengalir laju. Dia sudah tidak sedar apa apa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bangunnya di katil putih yang asing. Putih. Kipas berpusing laju. Dia menoleh sekeliling. Ada kertas di atas meja di tepi katil. Ya, dia tergamam lagi. Simbol tambah di hujung kanan kertas mendedahkan sesuatu. Ya, positif. Sesal lagi menyentak bentaknya.
Malam itu, bersaksikan bulan, ayah, ibu tua itu, adik-adik kecilnya, juga Josephine, Budin menangis bagai anak kecil inginkan aiskrim, sesal menghuni hati, rasa terhina sekali. Dia menangis kuat sekali. Rasa malu dalam hati. Semua sudah tahu. Mereka diam. Bagai sudah mati. Wajah wajah tua itu sepi. Tetapi benaknya lega. Budin lihat masih ada rasa sayang mereka padanya. Tidak, mereka sayang padanya. Masih. Adik kecilnya yang 5 tahun itu merapati, memegang kakinya yang berkudis dan berdaki, berdarah, luka luka banyak sekali kerana penangan penyakit maut itu, kerana tidak cukup antibodi menahan diri. Adik kecil itu mencium dahinya. Rupanya adik kecil itu mengerti. Agaknya adik kecil itu tahu dia bakal dijemput Ilahi. Masa sudah tidak cukup lagi. Melihat itu, mereka yang lain mengikut. Juga ibu bapanya. Terharu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Budin terjaga, dia takut, peluh dingin mengalir perlahan di dahi. Dia tahu, masanya tidak lama lagi. Dia memandang ibunya di hujung kaki, sedang sujud lama di lantai buluh itu, berdoa dan mengharap dengan sepenuh hati. Usai solat, ibunya merapati. Melihat bening ke anak mata Budin.
“Ibu dah ampunkan segala-galanya. Ibu dah ampunkan. “
Kata-kata itu menyentak hati Budin. Dia gembira mendengar itu. Air matanya mengalir laju. Tubuhnya menggeletar, menanti malaikut maut datang menjemput. Sakit saat itu. Sakit sekali. Bagai dipenggal dan kulit disiat siat dengan pedang tumpul. Dia nampak ibunya menangis dan memanggil orang lain. Dia nampak adik kecilnya memegang Yasin. Dia nampak ayahnya menutup seluruh badannya dengan kain batik lepas yang lusuh. Dia nampak. Tetapi dia tidak mampu menjawab apa-apa. Dia hanya mampu melihat. Sudah terpisah roh dari jasad. Sudah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang ramai memenuhi gobok buruk itu. Imam tidak membenarkan. Takut runtuh katanya. Ibu tua itu sedih. Ada perasaan sayu dihatinya. Anaknya mati dengan penyakit itu. Dia tidak sangka. Walaupun orang-orang kampung tidak tahu. Tetapi dalam hati dia malu. Tiada siapa yang dapat melihat jasad anaknya. Semua kerana bahana penyakit itu. Imam pula terlalu bijak memberitahu. Tidak mahu membuka pekung di dada. Memang benar.
Ibu itu menangis lagi. Saat jasad anak itu ingin dimandikan, ibu tua itu lihat tukang mandi terkejut. Dia meluru masuk ke dalam bilik mandi. Plastik hitam dibuka. Berhati-hati. Bukan indah khabar dari rupa, tetapi memang indah. Dia menutup mulut. Jasad anaknya sangat lain.Bersih. Bukan jasad yang rosak dengan penyakit HIV itu. Bukan. Bukan. Dia mengelip. Buka semula. Ya, itu anaknya. Jasad itu sempurna. Sudah tidak ada kudis-kudis di badan. Juga luka-luka. Wajah itu putih dan bersih. Bercahaya. Dia mengucap syukur. Sujud lama sekali. Ya, itu petanda baik.

diletak semula dari blog lama. rindu kerana ini karya pertama aku. terima kasih.

nama.

         nama aku raihan nabilah binti ab rahman. kawan-kawan aku pernah tanya, kenapa ab? macam abby abadi? oh tidaklah. itu hanya kesilapan biasa normal dan azali seorang jururawat pemalas yang tak tahu mengeja. eh pandai pandai je mengata. okay sori nurse tak sengaja. aku mana tahu apa apa. masa itu aku kecil lagi, tahu menangis sahaja. lagipun aku kan lahir 5 kilogram, tentulah tak mampu buat apa apa. nak bangun pun tak daya. gemuk sangat agaknya. macam ayam panggang tergolek golek atas bara. oh itu yang mereka kata. sebelum sampai rumah, makcik makcik tepi katil hospital sibuk mengata. semua nak tengok aku yang tengah membuta. sibuk satu hospital dicanang pasal aku segala. sedara sedara pula terlopong dan buntang biji mata. mulut pula terbuka. eh macam aku pecah rekod dunia pula. rileklah. 5 kilo sahaja. bukan ada apa apa. kehkeh. melampau kan. entah dari mana datangnya saiz aku itu, tapi yang semua orang pelik, kenapa sekarang aku kurus pula. entahlah makcik makcik nurse orang orang kampung oi, aku tak berminat nak kaji pula kenapa. buang masa. anggap saja aku bayi ajaib yang memang ditakdirkan untuk hidup di atas dunia, bersama makhluk makhluk alam yang sifatnya tidak serupa. aku bangga tahu, jadi bayi itu. sampai sekarang belum ada yang pecahkan rekod aku di hospital itu. belum ada rasanya. jadi rasa bangga itu masih membara, menyala nyala. oh ingat lagi mama kata, "jangan jadi anak derhaka!" oh tidaklah mama. anak kesayangan comel mama ini tak mampu jauh dari kasih sayang agung yang mama beri, jadi tidak mampu dan tidak mahu jadi anak derhaka. oh maaf ya, kalau mama terasa. pasti ada. kerana selalu sakitkan hati mama, bagai jadi makanan ruji aku pula. bukan aku sengaja, cuma itu cara aku bermanja. kasar juga ya. mama kata begitu kerana belum hilang sakitnya. sakit dengan bukaan ruang luas amat kerana saiz anaknya yang buat doktor juga terbeliak mata. mama, minta maaf ya.

        oh aku mahu bercakap pasal nama. raihan nabilah. maksudnya aku punya. kerana namanya juga aku yang punya. raihan itu wangian syurga. juga rezeki yang tak terhingga. juga tumbuh tumbuhan yang harum baunya. hebat kan maksudnya? sebab itu juga salah satu sebab aku sayang abah dan mama. kerana beri aku nama yang sempurna. nabilah pula yang cerdik. cerdik lah aku. usia tiga setengah sudah boleh baca. usia empat sudah boleh memegang dan bermain komputer pula. sampai sekarang komputer lusuh, eh bukan lusuh tetapi buruk itu aku simpan. untuk buat kenangan di hari tua. tentang masa kecilku yang penuh suria.

oh bukan aku bangga, hanya mahu bercerita. untuk mengagungkan orang tua. yang banyak mengenalkan aku pada dunia. sejak pertama aku aku membuka mata. sehingga sekarang, dan sehingga aku berjaya.

oh sudah aku cuma bercerita. bukan mahu membuat orang muntah merata rata. bukan mahu orang mengata aku suka membangga bangga. kalau tak suka, kau boleh keluar saja.

pengikut.

okay seronok. follower bertambah lagi seorang. terima kasih aishah pattali :)

gadis sembilan belas dua ribu sebelas enam belas dua sembilan puluh dua

oh gadis ini akan jadi sekeras besi
yang mampu pertahankan diri sendiri
yang mampu rungkaikan solusi untuk segala kemelut diri
yang akan jadi gadis keras hati
yang tak akan dikeji tetapi dipuji
suatu hari nanti

gadis ini juga akan jadi seorang gadis tuli
yang akan butakan mata pekakkan telinga terhadap tohmahan
yang dilemparkan oleh orang orang perangai yang macam babi
menyondol tanpa tahu tujuan dan langkah kaki

oh gadis ini juga
akan lebih berani
berdiri di hadapan seorang lelaki
dan menyatakan pendirian diri
agar tidak terjerumus ke lembah hina dina
dan penuh dengan daki
dari lorong hitam dunia cinta keji
yang akan membuat gadis itu rugi
di kemudian hari.

tidak
tidak akan berlaku lagi.
gadis itu berjanji.




janji

Oh baru lepas bercakap dengan cinta hati. Cinta hati yang aku punya sekarang ini. Mama. Kakak menangis lagi. Tapi tak mampu nak cakap pada mama. Kalau cakap, mama pasti risau ya kan.

Aku menangis kerana rasa hati bertabur rindu. Aku tak kuat. Ya aku malu kerana jadi gadis sembilan belas yang tak kuat. Menangis sahaja aku mampu. Tapi mama sendiri yang kata, aku memang perangai begitu. Hanya menangis yang mampu tenangkan aku. Mama pun kadang kadang tak mampu memujuk aku.

Entah kenapa rasa hati itu datang lagi. Setelah dua bulan aku kuatkan diri, setelah dua bulan aku menyibukkan hari, dan setelah dua bulan aku menyendiri, aku masih belum dapat kekuatan abadi, aku masih belum dapat melupai, dan aku masih di sini menanti. Sungguh, cinta sejati itu susah dicari. Kenapa, aku tak pasti. Aku mahu buatkan hati aku mati. Pada lelaki. Tapi mustahil lagi. Kerana perasaan itu tak dapat dihalangi. Tak dapat dihabisi sesuka hati. Kerana aku gadis sunti yang tak mahu sendiri.

Sungguh, aku mahu Allah jauhkan aku dari perasaan ini. Perasaan yang buat hari hari aku jadi sepi. Aku cuba ini. Aku cuba. Tapi tak mampu lagi. Belum mampu lagi.

Sekarang, jam lima dua puluh lapan pagi, aku buka kotak itu lagi dengan rasa berbaur di hati. Aku takut air hujan sepi itu menitis lagi. Ya memang pun, sudah jatuh menimpa pipi. Dan aku tak tahan lagi. Kotak itu penuh dengan memori. Memori menyentak tangkai hati, memori yang aku coretkan rasa hati untuk seorang lelaki. Aku buka sedikit. Aku nampak patung comel beruang yang aku sering kelek dulu. Yang engkau beri. Patung beruang yang aku sering ceritakan masalah diri. Yang aku buat peneman diri di kala sunyi. Tapi sekarang, patung itu tak membuat aku aman malah rasa benci, benci kerana aku masih sukakan kau lagi, benci kerana perasaan itu tak mampu aku buang dari hati.

Aku mahu tutup kotak empat segi itu dan buang jauh-jauh. Sejauh jauh hati aku yang kau bawa pergi. Sehingga aku tak mampu rasa apa apa dah sehingga mati. Oh bukan. Bukan. Bukan sehingga mati. Hanya sehingga ada lelaki lain yang datang untuk memiliki.
Aku tak mahu ingat semua itu lagi. Aku mahu lupakan kau sebagaimana kau lupakan gadis ini. Aku ingin letak kau di satu sudut jauh dalam kotak memori hitam yang aku pernah hidup di dalamnya sejak dua ribu lapan sehingga dua ribu sebelas. Aku ingin lupa.

Aku tahu, banyak yang aku cuba lakukan untuk lupa. Aku cari kawan-kawan lama. Aku melayan twitter sampai aku lupa semua. Aku buat kerja sampai aku terleka. Aku dengar lagu sampai aku rasa hepy gila. Dan aku menulis karya-karya yang buat aku rasa bangga. Aku berdoa dengan rasa redha. Dan aku cari semula buku tua. Aku buat semua. Aku buat semua. Kau tahu. Semata mata. Semata mata kerana kau.

Hari ini, aku mahu berjanji lagi, walaupun aku tak pernah tepati, tapi aku mahu ulangi, janji mahu jadi gadis yang mampu harungi segala onak duri, janji untuk mencari kebahagiaan diri sendiri, dan janji untuk kembali pada yang maha hakiki, dan janji untuk kembali pada yang azali. Aku benar benar mahu itu terjadi.

Hati, tolong tepati pada janji ini. Ya?

Buat kawan-kawan yang memahami, terima kasih ya? :)

Nissa, kak long, haiqal, razan, aishah, ila, ieyla, mus, sofia, ain, muni, ciman, dearq, pait, acu, fatin syamimi, miza, fari, amir, awan, ain nasuha, wina, alang, abrar, kakcik, angah, ateh, nash, farrah, farahna, shawal, dan semua orang, seriously terharu ada kawan macam ampa :’)

Sunday, December 4

perampas hati

tahun kebelakangan ini
aku rasa gundah
kerana aku sudah tahu
untung nasibku dengan kamu

wahai perampas hati
kembalikan ia kepada aku
dan pergilah sesuka hatimu
aku tak mahu tunggu aku jemu
hati yang kau curi itu
kembalikan padaku.

wahai perampas hati
aku sudah tidak mahu menanti
kerana rasa sakit itu bakal buat aku mati.

aku biar kau pergi
kerana tak ada apa lagi yang perlu dikasihi
aku tak benci
juga tak rasa sakit hati
kerana kenangan manis itu
mampu memujuk hati
dan mengubati.

butterfly

ketika waktu mendatangkan cinta
aku putuskan memilih dirimu
setitik rasa itu menitis
dan semakin parah

bisa ku rasa
getar jantungmu
mencintaiku
apalagi aku
jadikanlah diriku
pilihan terakhir hatimu

butterfly
terbanglah tinggi
setinggi anganku
untuk meraihmu
memeluk batinmu
yang sama kacau kerna merindu

butterfly
fly away so high
as high as hopes I pray
to come and reach for you
rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

jalan ini jauh
namun kita tempuh
bagai bumi ini
hanya milik berdua
biar ku berlebihan mendekatimu
namun ku tunggu

butterfly
terbanglah tinggi
setinggi anganku
untuk meraihmu
memeluk batinku
yang sama kacau kerna merindu

butterfly
fly away so high
as high as hopes I pray
to come and reach for you
rescuing your soul
that previous messed up touching me and you


bukan cinta biasa

ku dekati kau sepenuh hati
ku tak bermain dengan rasa
serius ku suka padamu

sesungguhnya ku ada hati
padamu yang manis selalu
cintaku kini untuk kamu

ku dan kamu
jatuh cinta bukan cinta biasa
dunia ini milik berdua
bukan cinta biasa

ku dan kamu
berjanji bukan janji biasa
cinta kita keterlaluan
bukan cinta biasa
ohh

ku dekati kau sepenuh hati
ku tak bermain dengan rasa
serius ku suka padamu.

p/s: oh ini lirik lagu ya, bukan karya aku :)

songsang

Kau itu songsang

Dengan yang sama spesis pun kau terangsang

Kau sengaja ubah kejadian Tuhan

Dan pulak kau bangga beritahu dunia terang terang

Sebab kau memang bangang

Kau ingat semua orang boleh terima dengan senang

Dan bersorak bagai kau pemenang

Sekali lagi kau memang bangang

Dan caci maki kau tak peduli

Kau anggap itu nasihat basi

Kau cakap kau tak takut mati

Kau cakap kubur sendiri sendiri

Tapi ada satu yang kau tak sedari

Kubur kau kami yang gali

Yang nak masukkan kau ke sana pun masih kami

Bukan mayat kau berjalan sendiri

Masuk ke dalam lahad yang sunyi

Kau memang tak pandai menghargai

Kasih sayang kami

Sudahlah

Buatlah apa yang kau nak

Nak bercakap apa pun kami dah tak hendak

Kau dah senak dan benak

Kami cuma mampu cakap, “Ah gasak!”

Hari itu

Kami cuma mampu lihat kau tersentak

Dan terbelalak

Dan berteriak

Ketika roh sudah di anak tekak

Masa itu kau dah tak boleh bertekak

Kerana rasa sakit amat pedang Jibril bakal menetak

Kami kasihan

Kerana pengakhiran kau

Pengakhiran yang rosak.

buat LGBT.

Air Mata Langit

Air mata langit turun lagi

Dengan pekikan maha kuat dari atas sana

Payung pun tak mampu menyeka air mata itu

Apatah lagi yang tak punya apa apa

Namun takdirku baik

Aku di dalam kotak berpintu bertingkap

Merenung ke luar dengan rasa gerun

Kerana bunyi pekikan itu tidak membuat aku seronok

Bukan aku sahaja

Malah menakutkan setiap makhluk Tuhan yang mengharapkan kasih sayang-Mu

Pada waktu itu

Tuhan

Jangan kau turunkan bala itu kepada kami

Kerana salah dua tiga makhluk yang menjadi sebab kemarahan-Mu

Kerana

Kami yang lain di sini

Masih bersujud, tunduk serendah rendahnya kepada keagungan-Mu

Dan masih percayakan kasih sayang suci Mu

Wahai Tuhan

Jauhkan kami dari bala dunia yang merungkai segala kasih sayang kami kepada makhluk lain

Kerana kami risaukan mereka

Dan kami perlu amat mereka

Selamatkan mereka di luar

Yang berjalan jalan di atas muka bumi bulat Mu

Sebagaimana Engkau selamatkan kami di dalam kotak ini

Dan selamatkan juga semua makhluk Engkau yang tunduk dan patuh kepada Mu

Tuhan

Kami mohon

Walaupun air mata langit itu tumpah kerana marah-Mu

Tapi aku mohon

Biarlah untuk kami

Air mata itu turun

Kerana rahmat

Bukan laknat

Kami mohon Ya Allah.

insomnia.

ibu tua itu

ibu tua itu
berulang alik dari bilik ke bilik
di rumah kuning itu
kejutkan jasad jasad yang masih berselimutkan kulit babi
dan berulang kembali ke biliknya
menyambung semula pertemuan dengan pencipta alam

namun selepas beberapa ketika
rutin itu berulang semula
kerana jasad jasad bersaiz besar itu tidak mahu berganjak
masih di bawah keamanan selimut babi haram itu

namun
ibu tua berusia 56 tahun itu
tidak langsung rasa marah
hanya sedikit gundah
kerana matahari sudah di atas rumah
subuh juga sudah menjadi subuh gajah


tetapi
walau apa pun
dia masih tersenyum
merenung mereka dengan rasa kasih
dan mengusap kepala mereka dengan penuh kelembutan

ibu tua itu
berhenti di bilik gadis itu
anak yang masih kelihatan seperti anak kecilnya beberapa tahun dulu
oh itu aku.

aku rasakan sentuhan tangan kasar itu
tapi aku masih diam membatu
kerana aman dalam sentuhan kasih agung ibu tua itu
menyentuh dan meniup dahiku dengan tangan sejuk itu
aku dengar mulutnya gumat gamit menyebut sesuatu
aku tahu apa itu
kerana setiap hari rutinnya begitu

doa yang dia kumat kamitkan aku tidak tahu
tapi yang aku pasti
doa itu yang mengubah perjalanan hidup aku
kerana ibu tua itu mampu
mengubah yang malang menjadi senang
mengubah yang walang menjadi riang
mengubah yang susah menjadi gampang

ibu tua itu
berbisik kepada aku
bangunlah
Allah sedang murka kepada kamu
aku terkejut dan bangun
meminta ampun kepada ibu tua itu
dengan penuh rasa takut
aku langkahkan kaki menuju bilik basah itu di sudut bilik
dengan kaki berjengket
terasa dinginnya air rahmat itu turun
membasahi setiap bahagian jasad yang masih berfungsi

aku bersyukur
masih punya orang tua itu
mengingatkan aku dengan kewajipan
mengingatkan aku agar terus bertahan
dengan dugaan dan godaan
membawa aku menuju jalan lurus di depan
membawa aku menuju Tuhan
sebelum jasadku ditutup dengan kain kapan
di mana ketika itu sudah tidak punya harapan
kerana ketika itu Munkar dan Nakir sudah bersedia dengan arahan
memukul dan membantai setiap makhluk Tuhan
yang dulu tidak mahu menghargai
kasih sayang Tuhan.

dan aku bersyukur
kerana ibu tua itu
ibu aku.
dia ibu aku.

p/s: terima kasih buat mama, Rohmah binti Abd Wahab sebab kejut kakak sembahyang subuh
setiap hari. kakak sayang mama :)



rintihan anak haram di kaki lima

kaki lima kotor itu menghampari tanah
untuk budak kecil bermuka comot itu
budak itu berdiri di situ
mencari apa entah tiada siapa yang tahu
andai tanya pun dia malu malu
kerana dia juga tidak tahu
kerna itulah wajahnya nampak keliru

aku dekati dia
berikan dia roti gardenia
tanya namanya
oh mukanya nampak gembira

namun
bila aku tanya dia anak siapa
oh dia tersentak tengok aku pula
butir mutiara itu jatuh tanpa dia seka
aku tergamam tak tahu apa apa

kasihan dia
tidak punya apa apa
malah dia masih mencari
untung takdirnya
dia tidak putus asa
kerana katanya
ibu itu semua orang punya
maka dia juga pasti ada
meskipun ibu itu tidak mengakuinya.

oh dia anak haram rupanya
dibuang di longkang di taman sana
membesar di rumah entah siapa siapa
mujur dikutip jika tidak tinggal mayat saja

dia cerita
dia mahu seorang ibu
dia minta pada aku
tetapi aku buntu
aku juga tidak tahu
mana ibu durjana itu.

dia pegang tangan lembut aku
lihat aku dengan mata berair dan kotor
dia beritahu dia mahu ibu
aku berjanji
dan tinggalkan dia dengan rasa pilu
tapi aku berharap
suatu hari
aku tidak lagi melihat dia seperti itu.

Saturday, December 3

dengar aku cakap.

boleh aku bercakap pasal cinta? aku layakkah?

rasanya aku layak sebab aku punya pengalaman. sedikit pengalaman. untuk aku ceritakan betapa tidak matangnya orang yang lebih mementingkan cinta yang tidak penting ini. ya, tahu kan perkataan priority? maknanya kau pentingkan apa yang patut dipentingkan dan letak di tepi dahulu apa yang tidak penting. aku tahu kau marahkan aku dengan cerita tak berguna aku ini, tapi aku mahu bercakap dari pengalaman, sebab pengalaman itu yang mematangkan aku. kau pun sama kan?

aku tahu kau marah lagi sebab kau terlalu cintakan dia, ya, aku pun pernah melalui pengalaman itu, pernah, dan aku seronok hidup dalam dunia kancah hiburan yang tiada berpenghujung sehingga kiamat. maafkan aku kalau aku kata kita sama-sama bodoh. sangat bodoh. kita sama-sama rasa yang cinta dia itu boleh bawa ke syurga. tapi aku sudah sedar. mahukah kau sedar bersama aku? mahukah kau kita sama-sama cari cinta yang lebih sempurna selepas ini?

ya, aku tahu kau marahkan aku lagi, tapi biar aku ceritakan yang dulu aku pernah merasakan lelaki itu lelaki terbaik yang layak dijadikan suami, pilihan hati, pembimbing diri dan keluarga kami, pelindung sejati dan penyejuk hati, tetapi bukan. aku malah salah sama sekali. salah. sebenarnya kau tidak boleh katakan dia sempurna kalau kau hanya kenal dia dua tiga tahun, kau pernah dengarkah yang bercinta 23 tahun pun boleh berputus kasih, bercerai malah bergaduh bagai? kau pernah dengar kan? sebab itu aku katakan, aku sudah sedar, sebab pengalaman itu sudah meninggalkan aku satu beban batu yang aku kira sangat sulit untuk aku lupakan, jauh lagi aku mampu hilangkan terus dari dalam titik-tik ingatan minda berakal bejat yang aku punya. sumpah aku tidak boleh. kalau kau jadi sepeti aku, pasti kau akan sesal amat. jadi, mari aku jelaskan kepada kau apa sebenarnya yang kau perlu lakukan.

kawan, aku mahu kau jadi sedikit mahal. kau punya dia, dan dia juga punya kau, tetapi jadi sedikit mahal. kau faham maksud aku kan? kau tak kenal dia. kau cakap kau kenal dia tapi sebenarnya kau belum cukup kenal. dari caranya sahaja, aku sudah tahu dia budak kurang tamadun diri, kurang sifat, dan kurang ajar. kau tahu kan dia bagaimana, jadi mengapa tanyakan aku apa pandangan aku tentang dia. aku beri pandangan, tapi kau tak mahu terima. salah akukah?

aku mohon pada kau, percayalah, kau akan rasa nikmatnya cinta itu bila kau ada dia, dia punya kau tapi sama-sama menjaga diri masing-masing. biar dia lindungi kau. bukan dia rosakkan kau. kau faham kan maksud aku? jangan marahkan aku kerana aku bercakap dari pengalaman. bukan aku cakapkan yang aku ada pengalaman menjadi gadis murah tetapi pengalaman pahit mencari cinta itu buatkan aku takut untuk masuk dalam lorong ke neraka cinta itu lagi. aku mahu tolong kau dan kau juga mesti tolong aku. aku keluarkan kau dari lorong itu dan kau pula jangan biarkan aku masuk sekali lagi dalam lorong hitam, hina dan penuh kejahatan itu. bolehkah kau tolong aku?

nota cinta buat seorang abang

ya.nota itu bukan nota biasa tapi nota cinta. nota itu khas buat seorang abang yang saya sangat sangat rindu. namanya muhammad rafiuddin bin a rahman. saya panggil abg cik. sangat sangat rindu. ya, ketika dia masih hidup,kami tak pernah bercakap. selalu bergaduh teruk, tak tahu kenapa. memang sejak kecil kami macam tu. sampaikan mama pernah cakap,"datang dari satu perut mama tapi bergaduh macam apa. nanti mama nak rebus air penyepit tali pusat tu n bagi kamu minum.".tak tahu pun apa kena mengena bergaduh ngan air rebusan tu.

masa tu tak rasa apa apa. rasa abg cik tak sayang adik langsung. teringin nak kita cakap macam adik beradik lain. abg cik. adik rindu abg cik sangat sangat. masa tu ingat lagi, bilik kita sebelah sebelah n ada ruang kat atas. kita main baling baling air, sampah n macam macam. kita tak bercakap. tapi kita bergaduh. hari yang lain, abg cik tendang gigi adik n adik tumbuk hidung abg cik sampai darah. masa tu, adik cakap kat abg cik, "hang bukan abg aku!". hari yang lain, masa kita tadika, adik ajak abg cik pegi toilet, tapi abg cik takmau, so adik kencing dalam seluar. hari yang lain, masa kita dah masuk sekolah rendah, abang cik lepak ngan kawan kawan abg cik, kawan abg cik nama akmal kata adik hodoh. abg cik tak bela langsung adik pown. adik sedih. adik marah abg cik sangat sangat. adik marah. kita tak bercakap sampailah kita besar. masa sekolah menengah, abg cik masuk ikbn kat bukit mertajam, adik pown masuk sekolah menengah sains kat bukit mertajam, still kita tak bercakap. adik teringin nak sembang ngan abg cik. tapi tak tahu apa masalahnya. tak tahu. semua kenangan tu, tu jelah yang adik mampu ingat. eh ada lagi, adik ingat abang cik pernah belikan nasi goreng yang pedas kat adik, n pernah belikan topup kat adik. adik ingat yang tu. tapi kita still macam orang asing.adik stilll bencikan abg cik sangat sangat.

satu hari, adik tido lewat sebab bercakap kat fon ngan kawan. pukul 4 pagi lebih, mama bising bising kat luar sambil menangis. mama cakap kat adik, abg cik accident teruk. tapi masa tu adik tak rasa apa apa. mama p hospital ngan abah n abg jih. adik kat rumah ngan kak shah. adik still tak rasa apa apa. adik sambung cakap ngan kawan. tak lama lepas tu, kak shah masuk bilik adik, peluk adik n cakap abg cik dah tak ada. masa tu, adik tak tau nak cakap apa. adik menangis abg cik. adik menangis. adik baru sedar, adik sayangkan abg cik sangat sangat. sayang sangat sangat. ya, adik tak tipu. tak. kul 8 lebih mama balik, abg cik pown balik. adik rindu nak tgk abg cik. adik buka kain tu n tgk abg cik lama lama. adik rindu abg cik. rindu sangat.

abg cik, ingat tak masa raya, adik kena paksa salam ngan abg cik, adik takmau tapi mama paksa, adik salam tapi abg cik tak cakap apa apa, abg cik pandang ja adik lama lama, adik tak paham lagi masa tu. sekarang adik paham kenapa abg cik pandang adik lama. adik tau abg cik pown sayang adik kan. 4 syawal, adik takkan lupa tarikh tu. adik suka ada abang banyak banyak. adik suka. adik sayang abg cik.masa abg cik dah nak dipakaikan kain kapan, mama panggil adik tgk abg cik. adik tgk n adik menangis sambil peluk abg idan. ya, adik baru sedar adik sayang abg cik. masa adik ikut abg cik pegi kubur, adik baru sedar dah tak ada orang nak gaduh ngan adik lepas ni. adik baru sedar. abg cik, kalau lah abang cik boleh balik, adik janji kita takkan gaduh dah.takkan.

abg cik, jangan risau, kat syurga nanti, kita akan jadi adik beradik yang paling baik. adik tak pernah lupa doa yang tu. adik janji. adik sayang abg cik. jangan risau, nota cinta tu, adik tak pernah lupa bacakan untuk abg cik. tak pernah lupa n tak akan lupa. abang cik, selamat hari lahir. walaupun sedikit lewat, adik tak lupa kan? :) adik sayang abang cik sangat sangat. sangat sangat. nota cinta tu adik bacakan bila adik rindukan abg cik.

rindu.


tadi mama berkata,

"buat apa memuja setelah dia tinggalkan kita?"

"kau lari dari rumah bawa gambar dia sekali?"

"kenapa tidak sayangkan dia ketika dia masih hidup?"

mama tidak tahu kenapa takdir aku begitu, aku juga tidak tahu

bukan aku sengaja,

mama, jangan menuduh begitu

aku ingin punya dia kembali

tetapi takdir menentukan begini

yang aku mampu lakukan hanya menitipkan sekalung doa buat dia di sana

menyesal juga tak guna

menangis meratap juga sia sia saja

kadang kadang aku bertanya,"abg cik, ingat adik lagikah?""tak rindu adikkah?"

dia tidak menjawab.

aku hargainya jika dia masih mengingati aku

kerana aku tak pernah lupakan dia

sekelumit benci langsung tidak ada

hanya rindu bertimpa timpa

doa yang aku titipkan

"abg cik, kau mahu dengarkah?"

"aku minta pada Allah, agar dia ketemukan kita di dalam syurga."

"abg cik, gembirakah kau mendengar itu?"

"aku juga berjanji pada Dia, waktu itu nanti, kita akan menjadi adik dan abang yang paling akrab, sehingga tidak ada yang mampu menandingi kita."

"abg cik, diam diam di sana sehingga aku datang menemani kamu."

tunggu adik ya.

Rindu yang teramat sangat,

adik nabilah.


muhammad rafiuddin bin a rahman
18/03/1990 - 23/09/2009