Monday, December 5

janji

Oh baru lepas bercakap dengan cinta hati. Cinta hati yang aku punya sekarang ini. Mama. Kakak menangis lagi. Tapi tak mampu nak cakap pada mama. Kalau cakap, mama pasti risau ya kan.

Aku menangis kerana rasa hati bertabur rindu. Aku tak kuat. Ya aku malu kerana jadi gadis sembilan belas yang tak kuat. Menangis sahaja aku mampu. Tapi mama sendiri yang kata, aku memang perangai begitu. Hanya menangis yang mampu tenangkan aku. Mama pun kadang kadang tak mampu memujuk aku.

Entah kenapa rasa hati itu datang lagi. Setelah dua bulan aku kuatkan diri, setelah dua bulan aku menyibukkan hari, dan setelah dua bulan aku menyendiri, aku masih belum dapat kekuatan abadi, aku masih belum dapat melupai, dan aku masih di sini menanti. Sungguh, cinta sejati itu susah dicari. Kenapa, aku tak pasti. Aku mahu buatkan hati aku mati. Pada lelaki. Tapi mustahil lagi. Kerana perasaan itu tak dapat dihalangi. Tak dapat dihabisi sesuka hati. Kerana aku gadis sunti yang tak mahu sendiri.

Sungguh, aku mahu Allah jauhkan aku dari perasaan ini. Perasaan yang buat hari hari aku jadi sepi. Aku cuba ini. Aku cuba. Tapi tak mampu lagi. Belum mampu lagi.

Sekarang, jam lima dua puluh lapan pagi, aku buka kotak itu lagi dengan rasa berbaur di hati. Aku takut air hujan sepi itu menitis lagi. Ya memang pun, sudah jatuh menimpa pipi. Dan aku tak tahan lagi. Kotak itu penuh dengan memori. Memori menyentak tangkai hati, memori yang aku coretkan rasa hati untuk seorang lelaki. Aku buka sedikit. Aku nampak patung comel beruang yang aku sering kelek dulu. Yang engkau beri. Patung beruang yang aku sering ceritakan masalah diri. Yang aku buat peneman diri di kala sunyi. Tapi sekarang, patung itu tak membuat aku aman malah rasa benci, benci kerana aku masih sukakan kau lagi, benci kerana perasaan itu tak mampu aku buang dari hati.

Aku mahu tutup kotak empat segi itu dan buang jauh-jauh. Sejauh jauh hati aku yang kau bawa pergi. Sehingga aku tak mampu rasa apa apa dah sehingga mati. Oh bukan. Bukan. Bukan sehingga mati. Hanya sehingga ada lelaki lain yang datang untuk memiliki.
Aku tak mahu ingat semua itu lagi. Aku mahu lupakan kau sebagaimana kau lupakan gadis ini. Aku ingin letak kau di satu sudut jauh dalam kotak memori hitam yang aku pernah hidup di dalamnya sejak dua ribu lapan sehingga dua ribu sebelas. Aku ingin lupa.

Aku tahu, banyak yang aku cuba lakukan untuk lupa. Aku cari kawan-kawan lama. Aku melayan twitter sampai aku lupa semua. Aku buat kerja sampai aku terleka. Aku dengar lagu sampai aku rasa hepy gila. Dan aku menulis karya-karya yang buat aku rasa bangga. Aku berdoa dengan rasa redha. Dan aku cari semula buku tua. Aku buat semua. Aku buat semua. Kau tahu. Semata mata. Semata mata kerana kau.

Hari ini, aku mahu berjanji lagi, walaupun aku tak pernah tepati, tapi aku mahu ulangi, janji mahu jadi gadis yang mampu harungi segala onak duri, janji untuk mencari kebahagiaan diri sendiri, dan janji untuk kembali pada yang maha hakiki, dan janji untuk kembali pada yang azali. Aku benar benar mahu itu terjadi.

Hati, tolong tepati pada janji ini. Ya?

Buat kawan-kawan yang memahami, terima kasih ya? :)

Nissa, kak long, haiqal, razan, aishah, ila, ieyla, mus, sofia, ain, muni, ciman, dearq, pait, acu, fatin syamimi, miza, fari, amir, awan, ain nasuha, wina, alang, abrar, kakcik, angah, ateh, nash, farrah, farahna, shawal, dan semua orang, seriously terharu ada kawan macam ampa :’)

No comments:

Post a Comment