Friday, December 9

mahasiswa itu.

Hai mahasiswa
Aku hormat kamu tahu
Kerana hati kau sekeras batu
Walau ditangkap kau masih mampu
Membahas seribu satu
Bercakap tak jemu jemu
Untuk mengubah nasib rakyat dan kamu

Hai mahasiswa
Kau berdiri membatu
Kau teruskan ucapan jitu
Walaupun bau ucapan radikal kamu
Mereka dapat hidu
Kau tak buka langkah seribu
Biar ditangkap kau tak mahu
Berganjak dari situ
Kerana kau tahu
Kau ada maruah itu
Aku hormat kamu tahu!

Hai mahasiswa
Teruskan usaha kamu
Biar mereka tahu
Suara kau sarat
Dengan yang tersurat
Dan tersirat
Untuk jatuhkan pemimpin yang sudah berkarat
Di medan pilihan rakyat

Kerana suara mahasiswa seperti kita
Masih segar bugar
Walaupun berdegar
Tapi inilah yang mahu didengar
Yang mahu diuar-uar
Kerana kita mahu keluar
Keluar dari sangkar
Biar pemimpin itu takut
Mahasiswa seperti kita
Yang mampu membongkar dan menukar
Dari akar
Mampu mengubah dan menjatuhkan mereka
Ke dasar.

Teruskan usaha besar kamu
Aku yakin
Suatu hari
Mereka akan dapati
Suara kita mahasiswa mahasiswi
Perlu dipuji
Perlu diikuti
Perlu diberi
Perhatian sendiri
Kerana
Cara kita berfikir
Mampu mengubah generasi
Zaman kini
Menjadi berjiwa besi
Dan berani
Merekonstruksi.

No comments:

Post a Comment