Saturday, December 3

dengar aku cakap.

boleh aku bercakap pasal cinta? aku layakkah?

rasanya aku layak sebab aku punya pengalaman. sedikit pengalaman. untuk aku ceritakan betapa tidak matangnya orang yang lebih mementingkan cinta yang tidak penting ini. ya, tahu kan perkataan priority? maknanya kau pentingkan apa yang patut dipentingkan dan letak di tepi dahulu apa yang tidak penting. aku tahu kau marahkan aku dengan cerita tak berguna aku ini, tapi aku mahu bercakap dari pengalaman, sebab pengalaman itu yang mematangkan aku. kau pun sama kan?

aku tahu kau marah lagi sebab kau terlalu cintakan dia, ya, aku pun pernah melalui pengalaman itu, pernah, dan aku seronok hidup dalam dunia kancah hiburan yang tiada berpenghujung sehingga kiamat. maafkan aku kalau aku kata kita sama-sama bodoh. sangat bodoh. kita sama-sama rasa yang cinta dia itu boleh bawa ke syurga. tapi aku sudah sedar. mahukah kau sedar bersama aku? mahukah kau kita sama-sama cari cinta yang lebih sempurna selepas ini?

ya, aku tahu kau marahkan aku lagi, tapi biar aku ceritakan yang dulu aku pernah merasakan lelaki itu lelaki terbaik yang layak dijadikan suami, pilihan hati, pembimbing diri dan keluarga kami, pelindung sejati dan penyejuk hati, tetapi bukan. aku malah salah sama sekali. salah. sebenarnya kau tidak boleh katakan dia sempurna kalau kau hanya kenal dia dua tiga tahun, kau pernah dengarkah yang bercinta 23 tahun pun boleh berputus kasih, bercerai malah bergaduh bagai? kau pernah dengar kan? sebab itu aku katakan, aku sudah sedar, sebab pengalaman itu sudah meninggalkan aku satu beban batu yang aku kira sangat sulit untuk aku lupakan, jauh lagi aku mampu hilangkan terus dari dalam titik-tik ingatan minda berakal bejat yang aku punya. sumpah aku tidak boleh. kalau kau jadi sepeti aku, pasti kau akan sesal amat. jadi, mari aku jelaskan kepada kau apa sebenarnya yang kau perlu lakukan.

kawan, aku mahu kau jadi sedikit mahal. kau punya dia, dan dia juga punya kau, tetapi jadi sedikit mahal. kau faham maksud aku kan? kau tak kenal dia. kau cakap kau kenal dia tapi sebenarnya kau belum cukup kenal. dari caranya sahaja, aku sudah tahu dia budak kurang tamadun diri, kurang sifat, dan kurang ajar. kau tahu kan dia bagaimana, jadi mengapa tanyakan aku apa pandangan aku tentang dia. aku beri pandangan, tapi kau tak mahu terima. salah akukah?

aku mohon pada kau, percayalah, kau akan rasa nikmatnya cinta itu bila kau ada dia, dia punya kau tapi sama-sama menjaga diri masing-masing. biar dia lindungi kau. bukan dia rosakkan kau. kau faham kan maksud aku? jangan marahkan aku kerana aku bercakap dari pengalaman. bukan aku cakapkan yang aku ada pengalaman menjadi gadis murah tetapi pengalaman pahit mencari cinta itu buatkan aku takut untuk masuk dalam lorong ke neraka cinta itu lagi. aku mahu tolong kau dan kau juga mesti tolong aku. aku keluarkan kau dari lorong itu dan kau pula jangan biarkan aku masuk sekali lagi dalam lorong hitam, hina dan penuh kejahatan itu. bolehkah kau tolong aku?

No comments:

Post a Comment