Friday, December 9

entrytiadatajuk

Entrytiadatajuk.

Aku benar benar ingin jadi berani. Tak beranikah aku sekarang? Belum cukup rasanya.
Aku mahu jadi lebih berani. Dalam setiap segi.

Aku: Apa yang aku berani huh?
Kawan: bla..bla..bla..

Oh kesimpulannya dia cakap yang ini.

Aku tak rasa malu beli benda benda itu dan bayar di pasaraya, walaupun ada pula mamat mamat bejat tapi bajet hebat di belakang, melihat lihat bagai aku ney tikus sesat yang makan roti berkulat. Sengal tahu kamu! Benda biasa, kau ini bodoh sangat. Benda macam itu pun kau nak renung. Yang kau beli boxer corak dora the explorer itu kau tak malukah? Oh muka ganas saja tapi oh. Balik lah. Muntah aku tengok kau. Memang aku tak malu, sebab yang itu kawan aku punya tahu! Dia malu nak bayar, jadi aku yang tak punya perasaan inilah yang kena. Oh itu biasa. Aku ini baik orangnya. Tengok lah aku banyak kali, perli lah aku berkati kati, aku tak peduli, yang aku tahu buat hal sendiri. Tak kacau kau kan.

Cakap pasal berani, aku tak tahu dari mana datangnya ini, rasanya dalam keluarga aku abang aku seorang saja yang berani. Boleh buat apa apa pun. Jadi aku ini kembar dia. Sebab semua orang cakap begitu. Kembar. Muka photostat. Perangai juga begitu. Bangga tahu!

Berani aku bukanlah dalam konteks bercakap di depan orang ramai. Oh yang itu aku sangat benci. Sangat benci. Aku hanya mampu berdiri, di atas pentas memerhati tapi dalam hati bagai nak mati. Bencinya aku sampai memberi kesan pada setiap presentation yang aku buat di universiti. Haish rimas. Aku memang tak suka. Biar suruh aku menulis berjela jela tak apa, tapi cakap seminit di depan orang aku dah rasa bagai di neraka. Sebab itu menulis aku suka. Sebab tak perlu bersuara, hanya diam semata mata, hanya perlu hati, mata dan tangan yang bicara, hanya perlu pen, kertas dan laptop sahaja.

Berani aku, berani apa?

Oh berani lain. Kalau hendak bertanya apa apa, aku yang selalu jadi mangsa. Oh melampau ya. Jadinya akulah yang akan nampak bodoh setiap masa. Oh kejam kamu semua. Kejam. Tapi itu aku. Bertanya soalan itu aku suka. Kerana aku teruja. Bertanya untuk menambah ilmu itu berguna. Tahu. Jadi jangan rasa aku ini menyusahkan. Dan jangan hina.

Aku juga berani buat sesuatu yang baru. Bukan dalam konteks itu. I mean, suka buat benda yang  baru. Aku suka bila orang tanya, “pernahkah kau buat itu?” Aku sentiasa mahu jawab , “Oh pernah!’ Walaupun hanya sekali. Walaupun hanya sekali aku buat itu. Aku mahu cuba semua. Semua. Tiada yang terkecuali. Jadi sekarang aku mahu tahu semua dan mahu cuba semua. Puas. Jadi ajarkan aku main gitar ya? Please please.

Lagi apa?

Oh aku berani marah orang yang melampau. Walaupun dia lelaki. Dan aku suka memerli. Mama marah aku begitu. Katanya tak elok menjawab. Mencari pasal. Tapi aku mahu. Aku tak suka orang yang suka melanggar hak orang lain. Aku suka perli kapel yang beromen dalam lrt, atas seat suka hati. Muda lagi tapi tak ada simpati, tak nampak orang tua di sebelah yang sakit lutut hampir nak mati, sikit je lagi kau nak makan kaki. Aku yang nak bagi. Aku peril pun tak peduli. Kau tahu, kau berdua makhluk paling keji dalam dunia ini? Tahu?

Aku juga suka marah orang yang ikut aku di kedai bila aku nak beli baju or whatever. Bukan marah, aku tegur saja. Rimas tahu. Kau ikut aku ke sana sini. Sampaikan seluar dalam pun kau nak promote itu ini. Aku tahulah aku punya sendiri. Takkan dah besar macam ini aku perlu nasihat tentang itu lagi. Haish. Tak suka tahu. Jadi aku marah. Eh bukan marah.aku cuma tegur dengan berani. Minta maaf ya?

Yang dalam bas ini pun lagi satu. Seat ada dua. Dia kurus saja tapi duduk kangkang macam apa. Eh paham seat tu ada dua? Dua? Kau bukan besar mana nak duduk macam gorila. Takkan yang itu pun nak kena cerita. Kalau dah tahu ramai dalam bus itu pandai pandai lah guna mata. Bagi ruang orang lain nak duduk juga. Orang nak bagi pahala tak mahukah? Kau kaum aku tahu. Have some respect to other people. Saja je tunggu aku bagi hint dan mengata.

Tapi seriously, aku paling benci orang kurang ajar dengan orang tua. Itu paling melampau. Aku jahat juga tapi aku tahu adab dengan mereka. Kau jangan jadi spesis tak guna. Kau imagine lah dorang tu mak bapak kau. Yang kau nak maki maki dah kenapa? Dia mop lantai kau pijak pijak, kejadah kau ney. At least cakap lah tumpang lalu, minta maaf or whatever. Dah kau pijak dengan kasut dan kaki busuk hapak, dah tu kau sepak baldi dia pulak. Waklu. Kau ney dah tahap nak makan penyepak. Eh kau ney, aku dah nampak muka kau lah yang bakal dihumban kat rumah orang orang tua nanti tahu. Sebab kau yang start dulu. Sia sia kau hidup. Kecik kecik tak mau mati, besar besar perangai dah macam babi. Okay aku jarang mencarut, means aku marah sangat.

Okaylah aku pun tak sempurna, perangai aku pun kadang kadang celaka, tapi ada certain benda aku jaga, sebab bila kita jaga hubungan dengan manusia lain itu yang buat kita ini nampak macam manusia. kena lah jaga. Takut kena kat kau juga, baru padan muka.


Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment