Sunday, February 19

impian si gadis.

Halaman luar itu dia renung tajam. Langit kelabu gelap, tak berseri. Sepi. Budak budak main sepak takraw cap plastik gulung gulung pun dia tak peduli.  Dua tiga kali dia berpaling dan mengintai si ibu. Sungguh dia terasa hati. Mama sungguh tak faham dia. Dia sebenarnya malu tapi mahu. Sungguh mama enigma itu. Kadang kadang tidak langsung faham isi hati si gadis sunti.

“Eh, saya bukan menolak sesuka hati. Sebenarnya anak saya tu dah ada calon sendiri. Plus, masak pun dia tak reti. Kemas rumah apatah lagi. Agaknya, biar anak awak cari lain lah, Cik Jah. “

Oh dia mahu sebenarnya. Peluang itu rasanya datang bukan berkali kali. Dua kali pun belum tentu lagi. Sara tak mahu menyendiri lagi. Dia sudah menjadi gadis sunti yang comel sekali. Yang sudah mampu jadi orang punya bini. Kehkeh. Itu tafsiran sesuka hati. Padahal, apa pun dia tak reti. Harapkan orang gaji saja kalau kahwin nanti. Tidakpun, domino’s pizza punya delivery. Boleh jadi lepas sebulan laki dia lari ikut orang gaji. Kemungkinan itu sangat tinggi, kalau dilihat semula dia punya abiliti untuk jadi bini.

Itupun dia mengamuk tak berhenti.

“Mak, sampai hati. Orang muda lagi, tapi orang berhak tentukan hidup sendiri. “

“Kepala hotak kau tentukan hidup sendiri?! Hingus kau pun meleleh tak berenti, pulak tu kau punya hidup pun yang aku yang manage hari hari, berangan kau dah boleh hidup sendiri. Itu, bilik dah macam reban ayam, duduk terkangkang macam orang mati laki, adab jadi perempuan pun tak habis belajar lagi, barang tak reti nak jaga simpan sendiri. Kalau aku bagi lah tak lama mesti laki kau lari. Itu yang dalam seluar tu, kalaulah tak melekat, nak buang air mesti kau cari cari. Jaga barang pun tak reti. Ada beza dengan jaga laki? Memang taklah aku nak bagi.”

Oh punah harapan Sara nak berlaki. Pilot ke mana, arkitek ke mana, akhirnya dia sendiri lagi. Makian mamanya sudah cukup buat dia diam tak berbunyi. Umurnya baru dua puluh, sudah fikir nak punya suami. Belajar tak habis lagi. Tapi, Sara tak mampu tegaskan lagi. Takut si ibu menyinga lagi.




p/s: entah ini cerita siapa. tapi cerita sebenar, ada pada aishah pattali. kehkeh.

No comments:

Post a Comment