Friday, July 26

Minta Maaf.

Kawan.

Itu antara jenis- jenis hati yang sangat susah aku jaga. Bukan kerana dangkalnya aku, tapi hanya kerana lainnya setiap satu.

Setiap satunya lain. Amat. Aku lebihkan ini, kurangnya di sana. Aku hampir ke sana, di sini rasa sakitnya.

Entah. Mungkin aku salah, mungkin aku yang tak tahu arah, mungkin aku yang silap langkah. Tapi, sebetulnya, aku mahu cuba samakan adilnya dalam setiap kasih sayang yang aku curah.

Tapi sungguh, cubalah macam mana pun, ada yang tak kena. Ada yang tak sama, ada yang terasa, ada yang tak suka, dan ada yang merana dan rasa dihina. Sungguh, aku tak sengaja.

Maafkanlah aku, kerana semakin rapat kita, semakin berkali-kalinya kau akan rasa sakitnya. Sebab itu orang kata, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Aku sudah rasa binasanya.
Hanya kerana aku. Aku.

Buat yang rapat, aku minta ampun. Buat yang jauh dan dekat, aku mohon ampun. Buat yang setakat kenal dan bertegur sapa sekali dua kali sekala dua kala, juga aku pohonkan maafnya.
Kerana, dalam aku menjaga, masih juga aku terlupa yang sebenarnya, hati kita tak sama.

Maaf buat yang rapat,
Khairani, Ainmah, Sapik, Alip, Ila, Farah Ahyani, Nissa, Aishah, Acu, Muni, Qisthina, Mus, Adda dan ramai lagi yang tidak mampu aku tuliskan semua namanya.

Buat Razan, minta maaf juga.


Aku, Raihan Nabilah binti Ab Rahman mohon maaf sesungguh-sungguhnya. 

No comments:

Post a Comment